...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Monday, January 10, 2005

Hati Seorang Kekasih....

hurm... virus kejiwangan semakin berleluasa kini di coretan kroni-kroni... rata-rata setiap karya bakal-bakal penulis terkenal pasti mempunyai sedikit simptom2 yang barkait rapat dengan virus yang menghantui ini... namun begitu fenomena ini dilihat sebagai sebuah lumrah alam bagi golongan ini.. mungkin masa itu telah tiba.. cuma mereka yang tidak sedar.. atau tidak mahu sedar... atau buat-buat tak sedar... atau sedar dan hanya membiarkannya sahaja...

perjalanan kehidupan terus berlalu mengikut arus masa.. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.. kias peribahasa lama menjadi ungkapan terbaik untuk menjelaskan lagi perjalanan ini.. bermacam-macam perkara berlaku dalam kehidupan kita.. pekakah kita dalam menghadapinya?

aku tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya di sini.. hati sering bermain-main dengan perasaan.. mencuit-cuit... menggamit-gamit... rahsia itu harus terus kupendam......

buat teman... kerumitan hidupmu mungkin tidak serumit hidupku.. namun mungkin aku yang tidak tahu betapa rumitnya hidupmu itu.... tapi aku yakin, pasti ada yang lebih rumit dari hidup kita ini sebenarnya... kerana kita sering menganggap kitalah yang paling hebat menanggung siksanya... namun segalanya harus terus diteruskan juga... dan biarlah kerumitan itu berlalu bersama masa.. mungkin masa bisa merawatnya... bersama doa dan tawakkal kita kepada-Nya...

(rehat - gi lunch)
----------------------------------------------
(after lunch)

tak bley nak sambung wat keje lagi sbb ader org ITD nih nak membetulkan pc aku.. ader probs sket... so sementara nak tunggu dia nak mai kat sini aku sambung mencoret2 kat sini dulu..

ada orang minta aku wujudkan blog ni.. sebagai satu wadah perbicaraan antara kami semua..
ada gak orang minta aku wujudkan blog ni.. sebagai satu landasan bagi mengasah bakat penulisan 'orang' tu...
ada gak orang minta aku wujudkan blog ni.. sebagai satu talian untuk mengukuhkan lagi ukhuwah yang terbina...
ada gak orang minta aku wujudkan blog ni.. sebagai satu 'aktiviti tambahan' bagi yang merasakan kekurangan 'aktiviti' dalam hidupnya...
ada gak orang minta aku wujudkan blog ni.. sebagai satu platform untuknya mencoretkan apa yang tak mampu diungkapkan secara terus melalui bibir mongelnya...
apa sahaja alasannya... aku menciptanya kerana mereka.. tidak mahu aku mengendahkan hasratnya begitu sahaja...
dan walau apa sahaja alasan sekalipun... aku sudi untuk melakukan apa sahaja untuk kalian... selagi aku terdaya... ;)

----------------------------------------------
Dalam keriuhan.. riang suasana.. di majlis yang indah....
Dari kejauhan.. aku menyaksikan persandingan dikau....
Kau dikelilingi.. teman teman dan saudara....
Aku ditemani air mata....

Sukar meyakinkan.. hati yang terluka.. oleh janji janji....
Masih kedengaran.. jelas di bayangan.. kemesraan yang lalu....
Setiap kulahirkan.. keraguan masa depan.. kau selalu meyakinkan daku....

Amat pedih melindungi kelukaan hati....
Dengan senyum senda gurau dan ketawa....
Diri seperti sekam dan api....
Ku terbakar.. sendiri....

Bila bersendiri.. aku memikirkan.. di mana silapnya....
Hingga dengan mudah.. dikau memungkiri.. mengkhianati janji....
Apa alasanmu.. tiba tiba melukakan.. hati seorang kekasih lama......

Title: Hati Seorang Kekasih
Sing by: Noor Kumalasari
Source: http://www.liriklagu.com

----------------------------------------------
hati seorang perempuan...