...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, July 08, 2005

Hindari Kegelisahan...

ini diberikan oleh seorang sahabat kepada saya dan selalu saya baca dan cuba ingat dikala hati dan fikiran saya resah dan gelisah sekali. terima kasih banyak. Insya Allah menjadi ingatan yang baik kepada kita juga.

Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd.Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd,nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.

Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.

Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah.

Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.

Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram,mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu.
Setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Wallahua'lam.
--------------------------------------------------------
Saujana - Nur Malam
Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam
Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran
Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati
Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding
Yang Esa Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku Allah yang satu
Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat