...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Monday, June 13, 2005

Sakit

Assalamu'alaikum...

Salam penuh sejahtera untuk semua..

hari ini hari ketiga belas di bulan keenam di tahun ini...

posting terakhir aku di sini ialah lebih kurang tiga minggu yang lepas.. maksudnya di pertengahan bulan lepas... begitu pantas masa berlalu.. rasanya macam baru jek lagi aku memerah sedikit otakku untuk menaip di sini tika itu.. maaf buat semua kerana kesibukan diri yang mencengkam sehingga mengabaikan tugas aku di sini...

sepanjang lebih tiga minggu ini.. pelbagai perkara yang berlaku.. terutama 4 kali hujung minggu yang telah kulalui... program bersama alumni, nisa', sesi berehat dan merehatkan diri, bercuti ke kuantan, pahang meraikan walimah noly, terus ke perak (ipoh-taiping-kuala kangsar-ipoh) utk walimah skeimc pulak, bermalam di ladang bikam ;), ke melaka meraikan pula walimah abg kpd farahsu, meeting di rembang senja sehingga lewat malam...

minggu lepas jugak menyaksikan 2 ahli keluargaku yang terdekat dimasukkan ke hospital - adik kesayanganku dan atukku yang telah lanjut usianya.. seorang berumur 18 tahun dan seorang berumur 85 tahun.. begitu sakit itu tidak mengenal usia, rupa dan darjat...

adikku sakit dah lama, sejak usianya 14 tahun... sakitnya di bahagian pinggang... sakit tu paling teruk sejak april tahun lepas selepas kami turun dr cameron highands.. dia tidak mampu membuat kerja berat dan beraktiviti lasak... jika sakitnya datang, dia pasti akan demam.. kadang sampai muntah-muntah... seperti aku, dia pun ada migraine tapi migraine nya lebih teruk sket dari aku.... setelah penat berulang-alik ke hospital-milik-kerajaan-tu lebih dari setahun, abahku sudah berputus asa dgn mereka kerana masih tidak dapat mengesan sakit sebenar adikku... usaha lain turut dibuat - berubat cara kampung, berurut dsb.nya namun tiada hasil... 4 pagi 4 jun sakitnya menjadi-jadi dan abahku tiada jalan lain selain ke hospital swasta slps ke hospital-milik-kerajaan-tu dan pihak sana kata "tak ada apa2, boleh balik "(slps hanya buat ujian air kencing shj & kasi injection tahan sakit yg bertahan setengah jam jek)... 2 hari masuk ke hospital swasta sakitnya terus dapat dikesan dimana salah satu uratnya tersepit di antara dua piring tulang di pinggulnya.. sakitnya makin aku yang terasa... agak bodoh jugak lah orang-orang di hospital-milik-kerajaan-tu kerana benda macam ni pon dia tak leh nak kesan... budus budus.... mentang-mentanglah kami nih orang kecik dan bukan sapa-sapa....

keluar adikku dari wad, atukku pula tiba-tiba masuk hospital... atukku cuma sakit seorang tua, lelah dan batuk yang membawa kepada pneumonia.. tetapi tidak serius sgt walaupun perlu ditahan di wad selama 4 hari 3 malam sebagai langkah pemantauan, tak seserius adikku yang perlu menjalani beberapa terapi selepas mengikuti pakej 'bercuti' 3 hari 2 malam di hospital pantai puteri, ipoh... aku berharap agar mereka cepat sembuh dan bisa menjalani kehidupan seperti biasa, terutama ina, adikku... kerana di usia mudanya ini aku mengharapkan dia akan dapat melanjutkan pelajarannya ke mana-mana ipt... semoga tawaran akan tiba selepas dia benar-benar sembuh.. andai kesakitannya itu dapat dipindahkan kepadaku...

tugasan kerja di pejabat semakin menjerit-jerit mahukan perhatianku.. belum usai satu tugas datang lagi tugasan yang lain.. semenjak dua menjak ini juga aku "kurang sihat" sehingga semangat untuk ke pejabat semakin berkurangan... keselerakan mejaku usah dipertikaikan lagi la.. nasiblah mempunyai ruang kerja yang kecil tetapi tugas yang besar...

sekarang waktu rehat.. tiada selera aku mahu menelan sebarang makanan.. roti yang ku beli pagi tadi masih tidak berusik.. huhuhu.. aku tidak sanggup lagi mengomel di sini lama-lama.. terlalu banyak perkara yang bercelaru dan bersilih ganti di kotak fikiranku... izinkan aku pergi dulu...

minggu ni aku berharap agar dapat pulang ke ipoh untuk melawat mereka... doakan supaya perjalananku selamat pergi dan pulang...

---------------------------------------------------

buat temanku farahsu,
tahniah kerana berjaya buat posting 5 kali berturut-turut di sini.. nampak gayanya macam kita jek yg sudi mencoret di sini.. tak apalah.. mungkin hanya kita shj yang kusut dan perlu meluahkan rasa hati yang berperangan..


buat seorang lagi temanku...
aku berharap kau janganlah bersedih sangat... dan janganlah bersedih sentiasa... sebab mungkin kesedihan kita tu akan menyedihkan orang lain pula... atau mungkin akan menggembirakan orang lain... yang mudaratnya diri kita jugak... tak ke satu kerja yang sia-sia namanya tu???

aku tak tahu apa masalah ko... sedih juga sbg kawan ko tp aku tak tahu apa masalah ko.. apa punya kawan la aku ni.. kawan sendiri ada masalah tapi tak tahu.. aku hanya harap masalah ko selesai sahaja... sebab aku tak mampu nak tolong dan tak tahu nak tolong apa... sakit jugak hati ni sbb jadi seorang kawan yang tak berguna.. tapi nak buat macam mana.. aku tak boleh memaksa... mugnkin ko lebih suka macam tu...

-------------------------------------------

hari tu ada orang mintak aku buat cerita pendek kisah pasal "Blok 8 dan Honda City".... tengok la petang kang kot2 dapat idea ke.. huhuhu...