...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Sunday, April 24, 2005

......

assalamualaikum wm..wbt..
sahabat- sahabat sekalian...


first, happy birthday to our beloved mod nurlaili mohamad. moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.hidup yang bahagia dan sejahtera seperti yang diinginkan.

second, congrats utk our beloved sister yang comel, kak siti & hubby (abang man) yang baru dapat baby girl comel sgt (Nurin Anisah) on 12th April 2005.nak tgk gambar si comel sayang kat sini ok.. ;) ..moga berbahagia selalu dan sentiasa hendaknya kak siti dan abang man.

so saya, dkt kg skarang.menenangkan fikiran.banyak sgt perkara berlaku. expected dan unexpected.kat sini, kadang-kadang rasa tenang, kadang-kadang rasa gelisah dan runsing sekali.susah nak kata juga skarg.bercampur2 perasaan saya.sekejap macam ok, sekejap macam tak.macam tuhla kita manusia.lemah dan tidak berdaya.tapi saya yakin DIA sentiasa ada untuk saya dan kita semua.yang penting keyakinan padaNYA.YA Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus.to quote something dr blog Saudara Najmudin.

From La Tahzan:
" Satu pondok yang dibuat dari kayu, khemah yang dibuat dari kain, dan roti gandum adalah lebih mulia, selagi kita mampu menjaga kehormatan kita, daripada istana yang bagus, taman yang rendang namun dipenuhi dengan keresahan dan kebimbangan.
Ujian itu tidak ubah seperti penyakit, apabila tiba masanya nanti pasti akan sembuh. Sesiapa yang terburu-buru untuk membuangnya maka keadaan tubuhnya semakin lemah dan semakin parah. Begitu pulalah dengan musibah dan ujian, apabila tiba masanya nanti akan hilang bersama bekas-bekasnya. Sebab itu kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar, dan sentiasa berdoa."


makin banyak yg kita cuba nak ubah makin tak kuat pula rasanya.moga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk semua dalam apa jua kebaikan yang cuba dilakukan dan menghindarkan keburukan daripada berlaku.kadang2 susah skali di sana sini.kadang2 rasa tak sempat dan tak mampu nak buat semua.
seperti kata Hasan Din, 'perjalanan hidup yang sangat panjang tapi dengan umur yang sgt pendek' sempatke kita...

hmmm...esok, nak balik KL.harap-harap semua baik2 sahaja bila sampai sana.
besok pun rumah sana penuh balik.semua dah ada balik. :) ..meneruskan kehidupan, menunaikan apa yang dituntut oleh NYA.hidup di bawah payung kasih sayangNYA insya Allah.

---------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui" (Al-Baqarah:216)
-Allahhumma Solli 'Ala Muhammad, Wa A'la Alihi Muhammad-