...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Monday, March 28, 2005

Sesuatu....

huhuhu... aper ek nak diceritakan hari ini... last weekend balik ipoh tetiba mak ngan abah plan nak buat kenduri doa selamat ari sabtu ari tuh.. sempena masuk umah baru.... just buat mkn2 sket jek.. jemput jiran2 baru... (salah satu cara utk berkenalan dgn jiran baru dan inform derang yg kitorang dah officially dok situ) brg2 kat taiping tak angkut lagi - 10 ari bulan baru angkut2 sumer... just brg2 kat umah sementara kat ipoh jek angkut ke umah baru.. merasa la aku tido satu malam kat umah baru... penat? hehehe.. biasa la....

other things about last week/weekend.... remain unchanged... sampai kl smalam sempat la singgah jln masjid india ngan yan.. beli tudung sket.. tudung sedia ada dah lusuh.. huhuhu... and to farah, sorry about your car... to momay, sorry about your flight... to ina, sorry about your 'phone bill'... to deqno and yan, still maintain keyh!!! to me? sorry about my financial conditions probably.. but never mind... duit boleh dicari... but true friends masa susah & senang, susah nak dapat....

so, what about others? please update on yours... ;)

-------------------------------------------------------
Deqno forwardkan nih kat e-mail tadi...

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki ang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda2 lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH**....

my comment : rasa2nya semua orang pon sama.. tak kira lelaki atau perempuan... pasti inginkan yang terbaik dan ingin melakukan yang terbaik untuk orang2 yang disayanginya... sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayangnya yang mendalam terhadap org tersebut... ;)

-------------------------------------------------------

Nazam Berkasih (Syura)

Pandang-pandang hati berkenan, Tidur malam wajah terbayang,
Harap-harap ulang bertemu, Bimbang nanti resah menunggu…

Lama-lama... lama apa, Lama rindu... pada siapa,
Pada teruna idaman,

Rasa-rasa... rasa apa, Rasa pilu... Eh! kenapa,
Hai dia buat tak tahu,

Jauh-jauh... jauh apa, Jauh hati... hati siapa,
Hati kita yang terluka,

Rasa-rasa... rasa apa, Rasa malu... Eh! kenapa,
Tangan bertepuk sebelah, Dapatkah... ku inginkan,

Hatimu dan hatiku, Berpadu jadi satu,
Jauh-jauh orang berpesan, Yang di sana sedang merindu,

Harap-harap masa terluang, Ada waktu ingin bertemu,
Jauh-jauh menuai padi, Tidak lalang tumbuh sebendang,

Harap-harap kasih menjadi, Dua jiwa berpasangan,
Cintaku... cintamu, Suci berpadu…

Rinduku... rindumu, Mekar menjadi satu,
Dua jiwa berpasangan, Dua cinta berpautan,
Senandungkanlah alam, Irama cinta suci…

p/s: untuk 'org' tu, kalu baca entri nih, this song is for you...