...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Tuesday, March 01, 2005

GaTHeRiNG!!!!! gAthErIng!!!!!!

hurmm...

sekali lagi Kronikiter gempar dgn gAthErIng nyeh!!!!!!!!


Kronikiter.... :-?


Citer sejarah sket.. hehehe...

Ahli Kronikiter yg asal sebenarnya tak ramai... pada awalnya hanya lah beberapa kerat jek.. dlm 7-8 org jek... lama-lama... kesan daripada sikap ramah tamah, berbudi bahasa, berfikiran terbuka dan berpekerti 'mulia' mereka2 ini, maka semakin ramailah yg suka nak involve ngan group minah2 nih.. huhuhuh..

Sejak zaman belaja dulu (1999) sampai la zaman keje/belaja lagi tinggi, group Kronikiter nih dah macam satu family... dekat 6 thn dah la.. hehehe.. lama nyeh... tapi kepala semua satu macam jek.. tade dua tiga macam... buat mende sumer nyeh sepakat (insya Allah..), tapi gaduh2 selisih faham tuh standard la.. baru la ader rencah2 yg memberi rasa dlm kehidupan nih... rasa masin, masam, manis, tawar.. sumer ader... makan sesama, tidur sesama, gi kelas sesama.. balik kg sesama.. ziarah sesama family masing2.. kuar jenjalan ke sana ke mari sesama... susah ke sengkek ke senang ke, gembira, sedih, sihat, sakit... insya Allah sentiasa bersama... al-Hamdullillah.. syukur ke hadrat Allah swt sbb aku mempunyai sahabat2 sebegini.. org lain belum tentu lagi sebertuah kami... tika kami senang, sama2 merasainya... tika kami susah.. sama2 menanggungnya.. tika kami lupa, alpa, lalai dan leka dgn nikmat dunia sama2 kami saling ingat memperingati...

hurmm... kalu lah nak menyingkap kembali kisah2 lama sesama Kronikiter mmg la tak tertaip dan tak terbaca.. semoga keakraban yang terjalin diharapkan akan terus terjalin sampai bila-bila la hendaknya.... insya Allah... ;)

------------------------------------------------------

E-mail 1

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh........

Di celah-celah kesibukan kerja ini...........
Aku titipkan secebis peringatan untuk semua.................
Seperti di tahun-tahun yang lalu................
Bulan Februari bakal membuka tirai kepada 'majlis-majlis' reunion KRONIKITER................
Di mana majlis tersebut pastinya bertujuan untuk menyambut hari lahir seorang atau lebih sahabat2 kita nih............
dan bakal disusuli dgn majlis-majlis yang lain (jika berkesempatan dan berkemampuan dari segi masa, tenaga mahupun kewangan).................


TAPI..........


PADA TAHUN 2005 ini...


Atas sbb2 yg munasabah dan diterima akal, pihak penganjur pada tahun ini (aka Biro Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti ) akan menganjurkan satu program bernama PROGRAM BERKALA KHAS KRONIKITER pada hujung setiap bulan (kalau mampu la ek... kalu tak mampu tuh mintak mahap awai2....)

Oleh itu, selaku Program Direktor aka Ketua Biro Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti, dengan ini dimaklumkan bahawa Program Berkala Khas Kronikiter yang pertama akan diadakan pada hari ISNIN, 28 FEBRUARI 2005 yang akan datang ini (Isnin depan keyh), pada pukul 6.36 petang sehingga 9.36 malam, bertempat di MID VALLEY MEGA MALL (kawasan permainan kroni 4-12-4) - bajet maghrib kat sana, tp program mkn2 start lepas maghrib la...

Program ini diharapkan akan dapat mencapai tujuan2 seperti berikut:-

i) Perjumpaan pertama Kronikiter bagi tahun 2005
ii) Menyambut hari lahir sahabat2 kesayangan kita - Mala, Shaz, Aznur, Norli dan Farah (January & February 2005) - sila rujuk lampiran
iii) Perbincangan berkenaan aktiviti dan program sepanjang tahun 2005
iv) Sesi meng'update' perkembangan diri dan kehidupan masing-masing
v) Aktiviti bebas tetapi terbatas... huhuhuuh...

Untuk pengetahuan semua, program pada kali ini tidak dapat dibuat pada hujung minggu atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan (ramai balik kg minggu ni, minggu depan, minggu lagi satu dan minggu yang lagi satu...), maka terpaksalah dipilih satu hari bekerja, di mana adalah diharapkan semua dapat menghadirkan diri... tak kiralah bersama siapa pon boleh ajak, osmet ker, opismet ker, skoolmet ker, soulmet ker, pakwe ker, tunang ker, suami ker tp tolong maklumkan kepada pihak penganjur utk urusan penempahan tempat ek.....

Kos yang terlibat bagi program ini masih belum ditetapkan, tapi disasarkan satu kepala akan dikenakan sekurang-kurangnya RM10, dan paling byk pon RM20 la... semua ini bergantung kepada jumlah yg hadir nanti la.... kos adalah untuk tujuan pembayaran makanan dan kek shj. Untuk hadiah, masing2 beli sendiri la kalu nak kan... makan aper? tuh tak abih pk lagi, saper2 ada cadangan lagi bley aar cadangkan... kat Mid Valley macam2 ader... cakap jek la nak aper (kecuali Ciken Hartz.. huhuhu... )

Tolong berikan pengesahan kehadiran anda kepada saya melalui e--mail atau menelefon kepada saya di talian 013 - 520 ****, selewat-lewatnya pukul 5.16 petang, Isnin, 28 Februari 2005 (abih lewat dah nih)....


(p/s:
1. tolong rujuk lampiran dan sape bley tolong isikan nanti inpom aku ek... kalu ader yg tertinggal pon bitau lah... kalu ader yg tersilap pon bitau lah.... dah kusut dah paler aku nih....

2. program nih akan diberitahu secara berasingan kepada Mala, Shaz, Aznur, Norli dan Farah...
jgn bocor lak keyh....

)



Yang menjalankan tugas,

- Laili -
21 Feb 2005 @ 6.46 pm


-----------------------------------------------------

E-mail 2

Assalamu'alaikum waramatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera........

Sorik pada semua sbb tak sempat nak kasi updated info pasal prog kiter nih...
ada kecemasan dan terpaksa pulang ke kg halaman...

lanjutan drpd rancangan gather2 kita.. sukacita nak maklumkan Perjumpaan Program Berkala Khas Kroni Kiter akan berlangsung seperti yang dijadualkan jugak kecuali terdapat pada perubahan tarikhnya, harinya dan masanya...

maklumat berkaitan adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 Mac 2005
Hari : Selasa
Masa : 7.46 malam - 9.46 malam
Tempat : Pizza Hut Restaurant, Lot LG075 - LG077,
Lower Ground, Mid Valley Megamall,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.
(Map Restaurant? http://midvalley.com.my/storesl.pge )
(How to get there? http://midvalley.com.my/bus-schedule.cfm )
Kontek : 013 - 520 **** (Leli) / 013 - 398 **** (Deqno) /
013 - 399 ****(Momay) / 013 - 529 ****(Ina)

ok.. tu jek.. sebarang pertanyaan leh terus call org2 kat atas.. kalu ader sesaper lagi yg aku tertinggal nak ajak ke ape ke tolong2 la jemputkan.. aku tak hingat la sumer org.. lagi satu... aku akan book tpt kat tpt makan tuh.. so kalu bley kasik confirmation ek.... tenkiu so muchhh... see you all there!!!!!

bubyes... muaahhhsss muahhhsss...