...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Tuesday, February 22, 2005

Topik...

nak tulih aper ek....

two hectic weeks...

tadi tak sempat nak serahkan report kat boss... tapi sebenar nya dah siap... dah boss tak mintak... hehehe.. tapi sebenarnya aku still tak puas ati ngan report tuh.. sbb buat agak kelam kabut kan.... tuh yg nak simpan dulu.. nak kena check balik dulu.. esok boss start out station sampai isnin depan.. selasa baru ader balik.. seminggu aku 'relek' sket.. tp takpe.. akan aku setelkan sumer keje2 yg tertangguh sbb nak siapkan report tuh.. insya Allah boss balik opis nanti dier tgk aku dah ready for next task!!! ganbate!!!!

life.. as usual...

semalam seperti biasa kronikiter yg bekerja di menara - farah, ina dan aku (tak cukup2 jumpa kat umah) lunch skali kat tkt 3 bersama2 k aiza dan nad...

topik hangat yang dibincangkan semalam ialah topik kahwin & curang - kaitan dgn kerja.. heheh.. ye ke? lebih kurang tu la.. isu nya pasal kita2 ni.. yg bekerja dan sudah berkahwin tetapi menjalin/terjalin 'hubungan' bersama teman sekerja yg berlainan jantina... alasannya kerana kita lebih byk (dr segi masa) bertemu dgn teman sekerja, tiada org lain satu unit/satu bahagian @ kita mmg berkerja secara langsung ngan dia, berdua shj, jadi rapat sehingga wujud satu perasaan yang sukar ditafsir sedangkan kedua2nya atau mungkin salah satu telah pon berkeluarga... tambahan ada yg mendakwa benda nih sesuatu yang sukar dihalang kerana tuntutan tugasan/kerja yg menjadikan kita rapat tanpa sedar ngan org tuh...

hehe.. panjang nyeh penjelasan berkaitan isu.. takper la kan... yg pasti kitorang diskas2 sampai la ke pukul 2.. apa yg didiskan tuh malaih ler nak tulih... panjang sgt...

ok.. this is my opinion... org lain tak tau la kan... mungkin sumer ahli kronikiter yg lain leh kasi pendapat sama kot.. ehhehe....

ok.. cuba bayangkan..
A = si lelaki, sudah berkeluarga dan B = si perempuan juga sudah berkeluarga....
setiap hari si A akan berjumpa dgn si B seawal pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang, bekerja bersama, makan bersama, berbincang, bersembang bersama.. = 9 jam,
balik ke rumah, 10.30 dah tidur = 5 jam,
tidur = 6-7 jam,
pagi.. mungkin spend masa bersama2-3 jam..
tu pon tolak masa sibuk memasak, melayan anak2, mandi, makan sumer.. baper jam sgt kita berinteraksi bersama pasangan kita.. maksudnya mmg masa kita 'lebih byk' bersama teman sekerja kita...


Punca:

1. Environment - keadaan sekeliling yang mengarah kepada situasi tersebut..
- kerja - of course la tak bley pilih partner kan.. so benda nih tak leh nak elak.. kecuali dlm keadaan tertentu...

2. Individu - mungkin kekurangan benteng pertahanan diri dari segi 'soal hati' ini.. mudah berubah2 atau mudah tersemai satu perasaan mudah menyenangi org lain atau kesepian atau tiada tpt meluah rasa lantaran masa yg berkualiti lebih byk diluangkan waktu kerja...

3. Nature/Lumrah Kerja - bergantung pada syarikat.. budaya syarikat tu.. contoh cam company kronikiter keje nih.. budaya dier sumer pepaham je la ek..


Cara mengatasi:


1. Berhenti/Bertukar Kerja

Bagi org pomwan cam kita, yg nih paling senang.. tak payah susah2 nak pk pasal keje.. dok umah jaga anak dan keluarga... tp pomwan zaman skang bukan jenih dok umah keyh.. penat la belaja tinggi2, pastu dok umah.. kalu keje at least duit ade dlm tangan, bley tolong mak ayah kita.. kalu berenti nak cari keje lain bkn nyer senang...
bagi org lelaki mungkin payah sket nak berenti/tukar keje... pucuk pangkal skang mmg susah nak cari keje lain.. kang tade keje hancur la rumahtangga tuh nanti....
so cara ni kurang berkesan la..


2. Elakkan berinteraksi secara langsung terlalu kerap

Kalu boleh dielakkan interaksi secara lansung berdua2an, elakkan lah.. lagipun tak baik kan kalu seorg lelaki dan seorg pomwan yg bukan muhrim ni berdua2an kan... Islam telah lama gariskan panduan dan batas2 dalam pergaulan... kenapa? antaranya adalah kerana tak nak timbul masalah2 spt yg isu yg kita bincangkan ini la... aku pernah baca dulu seorg pekerja yg professional tidak akan mencampurkan soal peribadi dlm kerja.. maksudnya bkn shj kerja kita tidak boleh diganggu kerana urusan peribadi, rakan sekerja pon tak boleh/tak digalakkan diganggu kerana urusan peribadi kita.. heheh.. btol ke ek..

contoh: si A ceritakan masalah peribadi/keluarga pada si B dan sebaliknya.. lama2 derang jadi rapat.. so masing2 nak tolong.. tiba2 jadi lain plak..

kenapa si A kena citer kat si B? nak buat aper? apa gunanya citer kat si B kiranya akhirnya lebih meruntuhkan kehidupan si A? kenapa tak ceritakan pada yang lebih berhak, yang lebih sesuai, atau yang lebih reliable???





tulis, taip, cakap memang la senang!!!!

------------------------------------------------------

penat dah.. nanti korang sambung2kan la...

------------------------------------------------------

aku bukanlah sasterawan negara...
aku hanya manusia biasa...
menulis sekadar meluah.. rasa jiwa...