...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Tuesday, February 22, 2005

Mencari ketenangan jiwa menerusi alam

BAGAIMANAKAH hendak mencari ketenangan jiwa? Ada orang menonton wayang, merokok, mengambil dadah atau berkunjung ke pusat hiburan dengan tujuan untuk mencari ketenangan jiwa.

Bagaimanapun cara begini hanya boleh menjadikan jiwa mereka tenang seketika, kemudian bercelaru kembali. Ia bukan cara menenangkan jiwa yang abadi.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko, bahkan akan mendatangkan penyakit jiwa seperti runsing, resah gelisah dan yang lebih parah, menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan secara wajar.

Oleh itu, dalam mencari ketenangan jiwa, seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya tidak terbabas daripada batasan agama.

Memang sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak-pinak, bermain, makan minum dan pakaian.

Kehidupan dunia ini sendiri bagaikan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah bermaksud: "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan." (Surah al-An'am, ayat 32)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Ruum, ayat 21)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya. Ia bertepatan dengan tujuan asal manusia itu diciptakan untuk sentiasa menyembah Allah. Firman-Nya bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah al-Zariat, ayat 56)

Syarat bagi ketenangan hati adalah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah bermaksud: "Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-! Ra'ad, ayat 28)

Oleh itu, orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara sunat seperti zikir, puasa dan sedekah. Begitu juga berinteraksi dengan alam ciptaan Allah dan menerima segala ketentuan daripada-Nya.

Dengan melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana berasa perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan. Malah, kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadat itu.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat, mereka berasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka juga terhibur, lalu bersabar.

Mereka yakin dengan firman Allah bermaksud: "(Katakanlah wahai orang yang beriman: "Agama Islam yang kami telah sebati den! gannya adalah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat." (Surah al-Baqarah, ayat 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah. Mereka sentiasa berasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya.
Melihat, mendengar dan berfikir mengenai keindahan itu sudah cukup bagi mereka untuk merasakan keindahan alam dan kebesaran pencipta-Nya.


Ia adalah sifat orang yang bertakwa iaitu mereka yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah.

bagus artivle ni..tq aznur fwd this pada kita..

sibuk sgt lately..br hari ni teringat nk masuk blog..nih pun ada keje pending..lepak jap..jenuhla..penat tuh..tadi ngantuk sgt..terlelap jap kt meja..sakitla pergelangan tgn kanan ni..lenguh..tuh physical..mental + emosi pun tk sihat ni..bile time byk keje time tuh gak nk serabut pkran pasal lain..tahla..doa banyak2..moga Allah kurniakan kesabaran pada aku n korang2 sume in whatever yg DIA nak uji kita..


-------------------------------------------------------------------

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan..

Tak harus kuturuti kelemahan diri

Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...