...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Wednesday, March 02, 2005

PoST MoRTeM!!

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah kerana sekali lagi program GaTHeRiNG Kronikiter telah berjaya diadakan semalam... hehehehe... menjadi organizer sesebuah majlis tidak lah semudah mana sebenarnyeh... byk pengorbanan yg perlu dituntut.. ;) namun begitu.... apalah sgt semua tuh kalu nak dibandingkan dgn majlis yg berjalan lancar dan menggembirakan hati semua yg hadir, lagak2 yg mencuit hati dan perjumpaan semula bersama rakan2 lama yg pastinya mengimbas kembali kenangan2 pahit manis nan lalu...

Program gathering yang berlangsung semalam dihadiri oleh 21 org jemputan (Alia, Deqno, Ina, Momay, Yan, Sok, Nad, Dieya, Lisa, Cik Aa, Cik Sarah & K Iena, Besday Gals - Farahsu, Shaz, Zaza & partner, Cik Tina & tunang, Mala & partner + her partner's fren).. kecoh Pizza Hut Mid Valley tuh dibuat nyeh.. huhuhuh.. jgn mara ekk org pizza... ;)
--------------------------------------------------------

kehidupan kadang2 terasa semakin lama menjadi semakin sukar... kadang2 terasa seperti sentiasa dipermudahkan... peringatan di antara nikmat kesenangan dan nikmat kesusahan sering bersilih ganti... hati.. kau sering berbolak balik.. sekejap di situ, sekejap di sini... sekejap tekad dgn keputusan itu... tetapi pelaksanaannya bertentangan dgn keputusan itu... sekejap ingin membuat ini... tetapi sering terbuat itu... sering mengharapkan begitu tetapi mendapat begini... segala perancangan tidak semestinya menjadi seperti yg diingini.. ketetapan-Nya perlu dipasrahi.. jangan ada "uhh", "ishhh" atau "arghhh".... Dia lebih mengetahui yang apa terbaik untuk hamba-Nya ini... sukarnya utk mentafsirkan segalanya... namun ada sesuatu di situ.. yang harus diperjelaskan dan diselesaikan...

bila hati resah gelisah memikirkannya.... buangkan sahaja ia jauh dari fikiran... tenangkan hati dengan perkara-perkara yang menyenangkan... tapi cara ini kurang berkesan kerana bila timbul kembali persoalan itu, hati menjadi semakin hebat resah gelisahnya... apa yg harus dibuat??? hurrmmm... think positive, bebeh!

setiap permasalahan, persoalan, isu, kejadian, ujian - segala2nya lah.... datangnya pasti bersebab dan mempunyai puncanya!! first, carilah sebab dan puncanya... then solve it!

cakap senang la!!!

hahahaha....

musuh kita ader tiga.. iblis syaitan dan sekutunya, nafsu kita dan diri kita sendiri!

di antara ketiga2 musuh kita ini.. iblis syaitan dan sekutunya mmg dah nyata permusuhannya dgn kita... nafsu kita dan diri kita sendiri adalah musuh yang tidak nyata sgt permusuhannya dgn kita sbb kita yg mengawalnya... jika tersilap kawal... habislah kita!

kita hidup nih perlu bergantung kepada sesuatu... supaya kita tidak berputus asa.. tidak berasa keseorangan.. tidak berasa negatif! dan pergantungan tuh haruslah hanya kepada Allah swt, Dia Yang Maha Esa, Maha Mendengar, Maha Memahami, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Bijaksana dan Maha Pengampun...

segala apa yang berlaku pada diri kita.. tidak kira baik atau pun buruk... segalanya adalah satu ujian dan dugaan bagi mengukur tahap ketaqwaan kita kepada-Nya... adakah kita perlu menghindar daripadanya? adakah kita perlu lari daripadanya? Allah menguji seseorang hamba-Nya itu kerana Dia sayang kepada kita... bukankah kita selalu mahu menguji org yg kita sayangi utk mengukur sejauh mana org tu menyayangi kita??? dari sudut ini, Dia tahu hamba-Nya itu mampu, kerana Dia dah kurniakan kekuatan yang bersesuaian utk kita menghadapi ujian-Nya itu, lantas mengapa kita mahu menghindar dan lari dari ujian itu seolah-olah kita nak membelakangi ketetapan-Nya??? jika kita tidak mahu menghadapinya.. pasti Dia lebih murka kerana kita tidak bersyukur, kita tidak benar2 sayang pada-Nya...

Allah swt berfirman: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah:Ayat 286)


Allah swt berfirman: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). " (Surah al-Baqarah:Ayat 214)


Allah swt berfirman: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah:Ayat 186)


menghadapi ujian yang serasa tak termampu ditanggung ubatnya sabar... sabar dalam menunggu masa.. kerana masa yang bakal merawat kesan yang ditinggalkan itu.... bersulam doa dan tawakal pada-Nya... pohon agar sabar itu terus ada dalam diri... dan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan mengharap pada-Nya...

----------------------------------------------------

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah dosa kedua ibubapaku,
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku,
Sejahterakanlah hidup mereka dan
hindarkan mereka daripada malapetaka yang tidak diingini...
Jauhkan mereka daripada maksiat dan kemungkaran yang engkau tidak redhai...
Tempatkanlah mereka diantara orang-orang yang beriman....

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah dosa guru-guruku, kawan-kawanku, adik-beradikku dan saudara-maraku,
Sejahterakanlah hidup mereka dan
hindarkanlah mereka daripada malapetaka yang tidak diingini...
Jauhkan mereka daripada maksiat dan kemungkaran yang engkau tidak redhai...
Tempatkanlah mereka diantara orang-orang yang beriman....

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah dosaku dan tabahkanlah aku menghadapi ujian-Mu ini,
Berilah aku kekuatan dalam menghadapinya..
Lindungilah aku daripada malapetaka yang tidak diingini...
Jauhkan aku dari maksiat dan kemungkaran yang engkau tidak redhai...
Jadikanlah aku hamba-Mu yang bersyukur..
Bersyukur di atas segala limpah rahmat-Mu...
Bersyukur di atas segala kurniaan-Mu...
Semoga aku tidak menjadi di kalangan orang-orang yang lupa, alpa, leka dan lalai dengan nikmat dunia..
Semoga aku sentiasa mengingati-Mu,
Semoga aku sentiasa mengharap kepada-Mu..
Sesungguhnya, Engkaulah yang mengetahui segala-galanya di dalam hati ini...
Engkaulah juga yang mengetahui segala kekuranganku...
Kepada-Mu lah aku berharap dan memohon belas-Mu...
Ampunilah aku Ya Allah.... ampunilah aku...

Amin Ya Rabbal 'alamin..