...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, May 20, 2005

Sejiwa...

Assalamu'alaikum semua...

Apa khabar kawan-kawan semua?

Hurm.. hari ini hari jumaat... minggu depan merupakan minggu terakhir di bulan mei ini.. ia juga bermaksud akan berganjak lagi satu bulan di dalam hidup kita... bulan june mungkin merupakan bulan yang agak 'sibuk' bagi ahli kronikiter.. mengundang atau memenuhi undangan walimah yang rancak diadakan di musim cuti sekolah akan datang ini... yeah.. semestinya bulan june menyaksikan juga salah seorang ahli kronikiter (mungkin sudah disebut sebelum ini) iaitu Cik Norli Dolah kita yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya yang terchenta, Tg. Mohd Khairi Nizam Tg. Mohd Adam @ K-dam, sekaligus menjadi perintis di antara ahli-ahli kronikiter, menempuh alam baru, melayari alam rumahtangga ....

Ya.. bagaimana dengan ahli-ahli kronikiter yang lain? Sudah ada yang membuat perancangan menjadi ahli kedua yang merasmikan panggilan "Puan" untuk diri sendiri? Semestinya di kepala masing-masing turut memasang angan-angan untuk menceburi bidang ini juga.. namun jodoh bagi sahabat kita ini telah sampai dahulu.. jodoh kita insya Allah akan tiba juga.. sabar yek semua..... huhuhuuh....

aku ni sedang membilang waktu nak balik nih.. nak tunggu pukul 5.. esok cuti sampai isnin.. bessshh nyehh.... sakan ler cuti.. minggu ni aku nak berehat dulu... sebab start minggu depan aku terpaksa berhadapan dengan dugaan "menahan nafsu makan dsb." aku ketika menghadiri majlis-majlis walimah sahabat2ku ini...

ok... cik ina kita telah menelepon.. perlu pulang sekarang... jumpa lagi nanti.... bubyes.. wassalam....

---------------------------------------------------
Sejiwa - Spring

Pada irama ku berpesan... lagu ini ditujukan padanya yang tersayang....
Kasihku kau pernah dipersia... lalu ku bawa cintamu sebagai penawarnya....
Biar lukamu masih terasa...

Sesaat engkau tidak kutemu... bulan seakan pilu... tiada dapat beradu...
Begitu jika engkau membisu... Badai jauh di lautan... tiada bertepian...
Sebegitu cintaku padamu...

Usahlah cinta dibawa bersama... ditenggalami mentari di timur..
Gelap gelita tiada bercahaya... ku tiada berdaya...

Inginku selalu di sampingmu... tiap waktu siang melambai malam...
Bagaikan senja denyutan cinta kita... penyambung hadirnya....

Akan kubina istana bahgia... menjadi lambang kasih berpanjangan...
Hentikan air mata pedih kenangan... yang mencakar perasaan...

Mekarlah bunga cinta... seharum wangi kemboja...
Mekarlah bunga cinta... di taman kita sejiwa...