...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Thursday, June 22, 2006

Merawat Luka Terpendam - Part 1

laa..yg kat bawah ni aku tulis sblom tgk blog.hehehe.rupanya dah ada update.hahaha.aperla farah.teruk btol.refer post kat bawah, alhamdulillah.dah sihat sok.sian dia.sakit berapa hari.yang penting skali sorry banyak sok.tak dapat lawat kau langsung hari tu.sibuk dgn BP review.betapa duniawai dan kerjawi betul aku.kawan sakit pun tk dpt lawat.hari submit nak pergi lawat, sok dah balik rumah dah.hhuhuhu.ini farah sangat teruk punya kawan.isk isk isk.naseb baik ada leli.aku tabik spring kat ko leli.kaulah yang selalu menyatukan kami.thanks a lot.tanpa kau tataula camne kami ni.especially aku la kan.thanks jaga kami selama ni.hehehe.
------------------------------------
a'kum semua.aduss.sbulan tidak ber'update' blog ini dpd last post kat bawah.maybe semua nya sibuk2 belaka 2-3 menjak ni.tgk title, alahai jiwangnya plak.hahahaha.kalau nama peng'post' nye farahsu mmg la tk lepas menjiwang2 ni.wokeh2.banyak nak tulis & nak cerita ni.so artikel dpd 'Utusan Malaysia (16 June 2006)" ni kira mukaddimahla dulu.lepas ni ada banyak nak cerita.tapi biasala kan.kena cari masa la ni untuk tulis.huhuhu.nanti jumpa lagilah.

Lima Cara Pulih Merana

LAZIMNYA wanitalah yang akan terasa dan kecewa setiap kali gagal bercinta. Namun akhirnya ramai yang gagah mengatasinya dengan cara mereka sendiri. Berikut adalah petua yang dikatakan mampu memulihkan semangat anda untuk meneruskan perjuangan hidup tanpa si dia.

  • Jangan menghubunginya lagi. Padamkan terus nombor telefonnya, dapatkan kad sim baru bagi memastikan dia tidak menelefon anda semula. Buatlah sesuatu yang berfaedah dan positif dalam mengisi masa.
  • Lakukan senaman seperti berjalan kaki, berenang mahupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di gimnasium. Selain menyegarkan minda, anda akan mendapat ramai kenalan baru.
  • Keluar saja dari rumah pada hujung minggu bersama keluarga atau sendirian. Ini boleh dilakukan dengan mengunjungi pameran, menonton wayang mahupun ke kompleks membeli-belah. Terperap di bilik akan membuat anda lebih sengsara apa lagi kalau memencilkan diri dari dunia luar.
  • Telefon sahabat dan keluarga terdekat juga adalah satu terapi yang baik. Apa lagi dikelilingi oleh mereka yang mengambil berat mengenai diri dan membuat anda berasa selesa.
  • Hias semula bilik tidur dengan susun atur yang berbeza termasuk menyimpan segala benda yang boleh mengingati si dia semula.
  • Bekerja dengan lebih tekun agar minda sentiasa bekerja dan tidak hanya memikirkan kekasih lama.

Selamat mencuba.