...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Saturday, February 07, 2009

khas untuk pembaca mykronikiter

Assalamualaikum...

Oleh kerana kroniku di TM dilarang akses ke friendster.. ni aku nak salin balik post aku dalam blog friendster.. kesian korang tokleh baca blog aku.. post nih kira backdated laa ehh.. mula dari aku sampai Sandakan..

Januari 11, 2009

Dear bloggie,

bile aku pandang kat laut luar tuh, aku terasa betapa jauhnyer aku dengan family dan kawan2 aku..
Aku dah selamat menjejakkan kaki ke bumi sandakan setelah berteleku selama 2 jam 40 minit dalam kapal terbang tuh.. Agak sedeh jugak tadi bile nak masuk balai berlepas, tapi ku tahan. Tak boleh tunjuk sedeh.. nanti sumer org sedeh plak.. sampai kat sandakan dalam kol 1.30ptg, kene naik bas pulak ke hotel. lepas daftar dan check in, kene taklimat pulak smapi kol 5.30ptg. kol 6 dah gelap dah kat sinih.. menu makan mlm ikan sweet sour ngan udang goreng, selera aku tak ade sgt sbb penat dan mengantuk. Lepas tuh sambung lai taklimat kol 8 mlm sampai kol 10.
Balik bilik, aku terus bukak laptop.. online. lepas nih, tak tau laa ku boleh lagi online ke tidak.. uwaaaa!!


Januari 16, 2009

Alhamdulillah.. akhirnya aku sampai jugak ke negeri sabah nih. Mula-mula sekali aku mmg bersyukur sangat sbb tempat yang aku dapat nih bukanlah tempat yg teruk sgt yg selalu aku bayangkan. Takpayah naik bot.. tak de jln balak nak ke sekolah.. jln raya biasa jer. Guru besar sekolah aku nih selalu ckp ‘kamu bersyukur la dpt sekolah ini drpd kawan-kawan kamu yg kene naik bot sana’

Walaupun sekolah nih dikira sekolah gred A, tapi aku rasa kalau di semenanjung nampak macam sekolah pendalaman laa.. bukan aku nak merendah kan sekolah aku nih.. tak. Cuma aku nak menggambarkan negeri sabah nih masih pada aku macam semenanjung tahun 90an dulu- tapi akses internet ok jer sinih. Kalau ade line celcom tuh, buleh lagi nak guna broadband. Mula-mula aku dijemput oleh cekgu sekolah aku di sandakan, dia ade laa cerita serba sikit pasal sekolah. Aku bygkan masa tuh, sekolah tuh sekolah batu biaser 2/3 tingkat macam kat kg aku tuh kan.. maybe ade 1 atau 2 blok sekolah jer tambah kantin. sbb itu laa yg kita bayang kan kalau sekolah tuh di kg. Bila aku sampai sinih, rupanya sekolah nih sekolah kayu. ader 4 blok sekolah nih termasuk blok prasekolah. 3 blok kayu, 1 blok batu. semua setingkat jer, takpayah laa naik2 tangga kan. Blok batu tuh harus laa blok prasekolah .

Prasekolah ade 2 kelas disekolah ni. Satu di blok batu, satu di blok kayu. Lama dah sekolah ni ade kelas prasekolah. Aku cuma menggantikan guru pra yg sudah berpindah. Kelas aku di blok kayu. Ok jer, actually aku suka lagi kelas kayu sbb senang aku nak ketuk paku (dalam lorat sabah ‘lantak paku’) kalau nak gantung apa di kelas aku. Kelas aku tuh baru di cat, so dinding kelas kosong takde decoration lagi. Tuh laa yg aku kene pikirkan mula2 nih. Menghias kelas..
Pasal rumah tempat aku tinggal pulak. Aku telah dibawa oleh guru besar menyewa dengan guru jqaf dari sekolah itu jugak. Alhamdulillah, rumah pon ok. Dekat je dgn sekolah. Aku naik kereta laa dgn housemate ku ke sekolah. Cuma di kawasan jaya bakti ni, takde bekalan air paip. Penduduk di sini semua ader tangki besar2 untuk tadah air hujan.. huhuh.. aku rasa licin skit muka aku sejak guna air hujan nih.. ehehe..

to be continued…