...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Saturday, February 07, 2009

Sabah Post.. sambungan

Januari 31, 2009

Dah nak dekat sebulan dah aku di Sabah nih… biasa laa aku, mmg excited dengan benda-benda yang baru. Alhamdulillah.. aku dapat laa jugak berjalan-jalan melihat keadaaan sekitar tempat aku tuh. Kawasan rumah aku tuh tepi jalan besar jer. Jln beluran namanya. Rumah aku dari pekan beluran tak sampai 30 km. Tapi pekan beluran tuh takde apa-apa sgt. Cuma ada pejabat pos, stesen minyak, pasar ikan.. pas tuh adalah 2-3 deret kedai. org kata pekan koboi aa.. kalau setakat nak beli lauk tuh ok aa. Ramai org pegi bandar sandakan untuk cari keperluan lain. Nak ke bandar Sandakan dalam 60km. Memula tuh aku rasa cam jauh gak aa.. oleh kerana aku dah byk kali gak aa ke bandar samada ngan housmate aku atau aku pegi sendirik, takde laa aku rasa jauh sgt. Kalau naik kete. 45 minit bleh sampai. Tapi kalau naik bas makan 1jam lebeh jugak aa.. tapi no hal, bila aku naik bas tuh, aku teringat masa aku keje kat Bangsar dulu.. aku ulang-alik dari puchong ke bangsar hari-hari naik bas.. sejam lebeh gak aaa. Tapi kat sandakan takde laa bas sejuk macam bas metro kat KL tuh. Kat sinih bas mini atau van yg jadik pengangkutan awam utama.

Minggu lepas kan tahun baru cina. Sekolah aku cuti sampai ari rabu. Tuan rumah aku ajak pulak pegi Kota Kinabalu (KK). Uishh.. aku apa lagi, mmg tak melepaskan peluang. Tuan rumah aku tuh mmg baik dan berani giler. Dia boleh jer drive dari beluran tuh ke KK ilek jer.. Jalan ke kk tuh, mmg mencabar skill driving. Kalau ko tak bawak kete yg lasak, jgn laa bawak laju2 kalau tak biasa dgn jln tuh. Lobang jln merata.. tak campur lagi naik-turun bukit+gunung+kabus kalau jalan ujan waktu malam+ ada jalan yg takde line putih kat tengah. Masa kami pegi tuh dah malam so, tak nampak laa pemandangan luar. Jaraknya dari Beluran ke KK dalam 290Km, 5 jam perjalanan… Sampai di KK kami tinggal kat umah yg tuan rumah aku beli disana. Banyak betol umah dia. Kat KK kami tak berjalan sgt, aku ngan anak2 tuan rumah aku sempat tgk wayang kat One Borneo Mall. Tuh mall paling besar laa kat sabah. dekat ngan UMS. Kami 2 mlm je di KK then balik sbb anak tuan rumah aku sekolah hari rabu.

Masa on the way balik tuh yg bes, dapat laa aku tgk gunung kinabalu. Subhanallah.. cantik nyerr. Sejuk aa kat situh. Singgah juga kami sekejap kat kundasang. Beli buah. Then kami singgah di Poring Hot Spring.. anak tuan rumah aku nak mandi kolam air panas. Kat poring tuh sebenarnye banyak tempat boleh pegi, cuma kami tak sempat. Nanti la lain kali aku pegi ngan geng cekgu plak…

Kami sebenarnye pegi 2 kete. Kete tuan umah dgn kete hosmet aku. Kete hosmate aku tuh anak tuan umah aku yg drive, hosmet aku tak berani drive jauh2. Masa kat poring tuh driver kete kami nih sakit gigi, dah tokleh tahan dah. Hmmm.. aku telah diberikan kunci kete tuh. Uishh.. berdebor gak aku. Tapi aku buat2 berani jelah. Aku drive laa kete tuh pelan2.. pelan2 tuh pon terentak gak laa satu dua lobang besor.. Risau gak aku bawak kete org nih. Tapi alhamdulillah sampai gak akhirnya kami di umah.

Sampai umah je, member aku yg kene posting kat pulau di sandakan call. Mintak aku teman dia kat umah sewa sandakan sbb dia sorang2. Ptg tuh kebetulan tuan umah aku nak hantar anak dia ke asrama di bandar, aku minta tumpang. Hari rabu sekolah aku cuti lagi.. dan lagi la sehari aku pegi bandar. di bandar jumpa laa geng2 cekgu semaktab ngan aku. Yg tak semaktab pon jumpa gak. Sbb banyak sekolah cuti seminggu, so ramai laa cegku yg dari pendalaman keluar bandar. Ada yg nak kuar bandar kene ikut jalan balak 3 jam baru leh sampai jln besar. Aduii kesian betol aku dengar.. Then member2 ajak gi sepilok pulak. Berjalan sakan aku.. tapi kami tak ke tmpat org utan tuh. Ade lagi satu tmpat di sepilok tuh namanya RDC (Rainforest Discovery Centre) Menarik gak laa tmpt tuh sbb boleh tgk pokok hutan yg dah susun dan dilabel. Ader menara canopy walk yg tinggi. Boleh tgk hutan tuh dari atas.. bes bes..