...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, July 15, 2005

Kahwin percuma di Kuala Lumpur

Kahwin percuma di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 14 Julai - Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menanggung sepenuhnya kos perkahwinan bagi pasangan kurang berkemampuan yang ingin mendirikan rumah tangga di bawah Skim Perkahwinan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che Ali berkata, pada masa ini skim yang diperkenalkan pada tahun 2000 itu, Baitulmal memberi bantuan untuk membiayai sebahagian sahaja kos perkahwinan ataupun sehingga RM3,000.

``Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kurang berkemampuan boleh tuntut agihan ini daripada Baitulmal oleh kerana pada hari ini ramai generasi muda yang tidak kahwin,'' katanya.

Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) berkata demikian kepada pemberita pada bengkel penambahbaikan skim agihan zakat era millenium Mawip di sini, hari ini.

Che Mat berkata, lelaki yang berpendapatan kurang RM1,024 sebulan layak untuk memohon bantuan Skim Perkahwinan itu. (baca lagi)

----------------------------------------


yeah... macam-macam skim ada skang nih.. tp takut plak nak kawen baitulmal bagi sumbangan kewangan, dah kawen bini lak bagi 'sumbangan' kewangan.. penyudah nya lelaki tu tak payah keje teruk2 nak carik duit sbb ada org nak suapkan masuk poket die jek.. huhuh..