...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Wednesday, July 13, 2005

Syor nikah wanita menopaus

Syor nikah wanita menopaus

SIDANG Dewan Rakyat, semalam gamat apabila Ahli Parlimen disaran mengambil wanita yang berusia lebih 65 tahun jika mereka berminat untuk beristeri lebih daripada seorang.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika membahaskan isu itu, menyarankan lelaki termasuk di kalangan Ahli Parlimen mengambil wanita dalam lingkungan usia berkenaan kerana jumlah mereka melebihi lelaki di negara ini.

Terdahulu, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mencelah, berkata poligami dibolehkan apatah lagi dengan jumlah wanita di negara ini melebihi jumlah lelaki pada nisbah 1:7.

Fong menyangkal dakwaan Bung Mokthar itu dan menjelaskan angka itu tidak tepat kerana perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berbeza.

Beliau berkata, perangkaan kementerian itu, menunjukkan pada usia 4 hingga 64 tahun jumlah lelaki lebih daripada wanita, manakala pada usia 65 hingga 76 tahun, jumlah wanita melebihi lelaki. baca lagi