...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, January 06, 2006

salam dari perantauan...

arakian... dalam kesayuan menyambut eiduladha di perantauan... aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari tangan hingga ke hati... dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.. dari 'to' hingga ke 'cc'... seandainya selama ini aku ada mengguris hati dan perasaan korang semua... maafkanlah aku...

isk isk isk.. aku nak balik sebeno nyeh tapi apakan daya abah aku tak kasik balik... tp mmg reasonable juga reason2 abah aku utk tidak balik.. cuti pon tak dapat sampai rabu.. dpt isnin jek.. nak tumpang orang. orang tuh balik sampai rabu.... nak balik sendiri modal plak tak mencukupi.. namun begitu.. aku berharap aku akan dapat bersama-sama merayakan eiduladha bersama2 yg tidak pulang kali ini dengan meriah sekali...

jesteru.. bagi merealisasikan impian aku dan yg lain yg tak balik dan beraya di perantauan.. aku telah terfikirkan beberapa menu utk dicubamasakkan sempena eiduladha ini.. menu-menunya adalah seperti berikut:

1. bihun soto + begedil + nasi impit
2. lemang + rendang ayam
3. kuih bakar mak ina (satu2nya kuih raya yg ada, nanti kitorang beli sekotak ek...)
4. air oren sunquick/sebarang jenis air
5. lain-lain (jika ada)

jesteru.. kepada yang tidak pulang... semoga kita dapat meraikan sama seperti kita berada di kampung halaman kita.. sekiranya ada menu tambahan atau bantahan.. boleh juga.. kita kan demokrasi... ikut suka hati sumer orang la kan..... kepada yang pulang.. jgn ler jeles pulak sebab korang pon bisa makan sedap2 macam kitorang cuma tak dapat la merasa masakan kitorang yg sedap inih... (kecuali ada lebih dan disimpan utk korang ke)

oleh sebab yang tinggal nya tiga orang jek.. campur sepupu kepada yg sorang tuh... lalu aku telahpun menjemput rakan2 kita yg juga beraya di perantauan atau yg mmg dok kat sini (e.g norli & husband) utk datang ke umah kita utk beraya.. budak-comei-lagi-kulit-lawa-lagi-sore-sedap pon ader gak menjemput spt lisa, cik aa, zaza dan lain2... budak-comei-lagi-realistik-lagi-kuat-perasan pon leh gak kot mengajak yati dan kawan2 nya yg lain yg dia rasa nak jemput dtg ke umah... ari raya eidulfitri tu tak dpt wat mkn2 so kita 'cuba' la wat kali ni... ikut suka ati la kan.. tapi nanti kang kasik la estimate figure supaya nanti kita nak masak senang...

namun begitu.. andaikata sejenis penyakit menyerang tatkala kegembiraan melanda iaitu penyakit 'meem'.. mungkin kita akan tunda rancangan kita ini di lain masa...

sekian, harap maklum...


------------------------------------------

kepada yang lain yang membaca post ini dan rasa2 cam nak datang tuh.. bitau la ek.. nanti kang sumer mai serbu tak cukup makanan laks... nanti senang kitorang nak bajet.. wat sehari sahaja.. hari selasa.. jemput la ek....

---