...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, July 15, 2005

Naikkan bantuan bulanan penduduk miskin

Naikkan bantuan bulanan penduduk miskin
Oleh NORLIZAH ABAS

PULAU PINANG 14 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memohon kepada Perbendaharaan bagi menaikkan kadar bantuan bulanan untuk golongan miskin yang diberikan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, permohonan itu perlu kerana pihaknya sedar kadar bantuan bulanan yang diterima sekarang tidak mencukupi memandangkan kos hidup yang tinggi.

"Kementerian memang sentiasa berusaha untuk meminta kadar bantuan yang lebih. Kita akan mohon untuk kadar bantuan bulanan itu dinaikkan dan selepas itu kena tunggu sehingga Bajet 2006 diumumkan, kita harap berjaya,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan geran tahunan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) badan kebajikan sukarela di Rumah Orang Tua Uzur, Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Sebanyak RM1.4 juta diagihkan kepada 230 NGO bagi membolehkan pertubuhan berkenaan menjalankan kegiatan utama mereka.

Menurut Shahrizat, kementeriannya juga meminta kerajaan negeri agar mengkaji semula bantuan bulanan yang diberikan kerana jumlahnya rendah.

"Biar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sama-sama kaji supaya kadar berpatutan dapat disalurkan. Walaupun kita bukan negara kebajikan namun kita masih bantu mereka yang miskin,'' katanya.

Kadar bantuan bulanan di Pulau Pinang ketika ini ialah antara RM80 hingga RM250 manakala negeri lain berbeza-beza. (baca lagi)

--------------------------------------------------

huhuh... bantuan RM80 ke RM250 jek sebulan... sian kat derang nih ha.. ada yg kurang upaya, sakit, dah tua & tak mampu nak bekerja sara hidup... hurm.. 'org lain' buta2 dapat berpuluh ribu.. depa dapat berpuluh ringgit jek.. sungguh tidak adil skali.. :(

insaf...
bila tgk org lain susah.. terasa diri nih tak lah sesusah mana....
bila tgk org lain sakit.. terasa sakit pd diri tak seberapa mana...
bila tgk org lain sedih.. terasa sedih kita sekelumit cuma...
yg pasti.. bersyukur dengan apa yang ada..
redha dengan apa yang menimpa..
pasti ada hikmah di sebaliknya...