...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Wednesday, January 19, 2005

Bukan sekadar teman biasa.....

Assalamua'laikum...
lama betoi tak nulis dlm blog ni....
sempena menyambut ketibaan Aidiladha pada 10 Zuhijjah 1425, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan yang menyinggung hati insan² yg mengenali diri kerdil ini...
semoga Aidiladha ini membawa seribu hikmah untuk umah islam seluruh dunia...insyaAllah...

"Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang
hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan
kawan, kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan
kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita
sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita
sedih yang ingin
diluahkan,
disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu."

Renungilah.......
khas untuk kawan² yg sentiasa di sisi di saat susah atau pun senang..terima kasih atas ikatan murni ini....