...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Monday, July 25, 2005

PeRJuMPaaN KRoNiKiTeR 03/2005

To: All Kronikiter Members

Assalamu'alaikum wbt buat semua sahabat kronikiter sekalian… Apa khabar kroni-kroni sekalian? Harap sihat sejahteralah semua hendaknya…

Ok.. Straight to the point… nak announce pasal perjumpaan kita yang seterusnya.
Tarikh cadangan adalah seperti berikut:

Ahad : 31 Julai 2005 - siang/malam
Isnin : 1 / 8 / 15 / 22 Ogos 2005 - malam
Selasa : 2 / 9 / 16 / 23 Ogos 2005 - malam
Rabu : 3 / 10 / 17 / 24 Ogos 2005 - malam
Khamis : 4 / 11 / 18 / 25 Ogos 2005 - malam
Jumaat : 12 Ogos 2005 - malam
Sabtu : 13 Ogos 2005 - siang/malam
Ahad : 14 Ogos 2005 - siang/malam

(Tarikh2 lain organizer tak ebelebel, unless ada org lain nak take over tpt main organizer dipersilakan le)

Tempat:
Sila cadangkan sebarang tempat yang anda ingin kita semua berkumpul kat situ ;) .. cadangan adalah terbuka. Kriteria tempat yang dicadangkan adalah seperti berikut:
i) Tempat yang mudah untuk semua orang pergi & well-known pada semua orang
ii) Jenis makanan - semua org lSeh makan, mudah didapati dan harga berpatutan
iii) Persekitaran yang selesa untuk kita semua berkumpul aka buat bising aaa
iv) Dalam area KL/Selangor

Agenda/Aktiviti:
Selain dari jumpa2 dan makan-makan, seronok gak kan kalu ada aktiviti lain yang kita buat. So, kat sini cadangan turut dibuka kalau ada aktiviti tambahan lain yang boleh kita buat (e.g. cabutan bertuah, berkelah, any games dll). Sila kemukakan cadangan kalian untuk dibincangkan dan difinalizekan…
Untuk pengetahuan semua, dua pengumuman khas akan dibuat semasa program ini dijalankan.
Adalah diharapkan semua orang bersiap-sedia fizikal dan mental bagi menghadapi pengumuman ini.

Jemputan:
Terbuka untuk semua, nak ajak saper pon boleh, suami / tunang / pakwe / adik-beradik / member / family dsb. Tapi biar bersesuaian la dan rasa2 cam dia leh masuk ngan kita nanti la… jgn dia ternganga plak sensorang nanti waktu kita tgh suke2….;)

Bayaran:
Seperti biasa, kadarnya pada RM20 sekepala. Namun begitu, kita akan tgk jugak pada tempat dan makanan yg bakal kita persetujui nanti berkadaran atau tidak ngan bayaran yang kita setkan tuh…

Itu sahajalah buat kali ini, semoga dapat bertemu nanti.. Wassalam…
(Sila lawati laman web Kronikiter untuk maklumat terkini - untuk sebaran di kalangan kroni sahaja)