...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Thursday, July 20, 2006

Speechlesss.... :|


assalamu'alaikum....


gathering kronikiter 06.08.06 mungkin akan ditunda lagi...


maafkan aku teman....


wassalam.....



---------------------------------------------



Monday, July 17, 2006

Masa sihat sebelum sakit....

Sungguh lama sekali tidak menjenguk ke sini... blog sendiri pon tak terapdet.... sori la pada semua.... semenjak berumur 25 tahun nih... bizi sket.. heheh... tak ler... kurang sihat sket semenjak dua menjak nih.... terlalu byk sgt ngadap pc utk keje... bila balik / slps waktu keje tak mampu dah tgk pc lama2 utk baca/apdet blog/surfing kat mana2 sekalipun... alhamdulillah.. sekarang dah bertambah baik dah.. waktu2 kecemasan telah lepas.. insya Allah...

buat kawan2 semua... jgn ler contohi aku.. bgn pagi, pegi keje, balik keje, makan, tgk tv, tidur dan bgn pagi, pegi keje bla bla bla.... tidak sihat sama sekali kehidupan sebegitu.. sebelum korang semua melalui apa yang aku lalui.. marilah kita sama2 mengamalkan cara hidup yang sihat... mari ler kiter at least buat exercise 1, 2 atau 3 kali seminggu.. aku nih tadek member lomah sket nak buat sumer tuh.. aku harap ada ler yang sanggup temankan aku... semalam gi family day tuh ada la main2 sukaneka darat & air... ada la aktiviti lari2 sumer tuh.. rasa segar plak bila dah berpeluh2 gitu... nikmat nya tak terkata... rasa ringan jek badan... walaupun ari nih rasa sakit2 badan sket tapi rasa lega sbb terasa darah berjalan lancar dlm badan aku...

jadinya... aku menyeru la kawan2 sumer supaya jagalah kesihatan kalian... kalau sakit nanti saper yang susah? diri sendiri gak kan... kita nih sumer hidup di perantauan... byk perlu bergantung pada diri sendiri... dan kita bernasib baik kerana punya teman2 yang memahami dan boleh juga bergantung harap... tapi selama mana teman2 kita nak bantu kita kalau kita sendiri tak bantu diri kita kan... huhuhu... cakap senang ler... tapi nak buat nyeh susah btol... huhuhu... takpe ler.. at least kita saling ingat mengingati kan ;) aku tak janji la aku buat apa yang aku sebut kat sini.. aku cuma akan cuba sedaya upada shj.. harap2 nya menjadi ler.. korang doakan la aku supaya dapat fit kembali dan aktif seperti dulu! yeah!!!!

-----------------------------------------------

Hati Yang Rapuh (Rahimah Rahim )

Di hati kulakarkan sebuah impian...
Yang aku namakan harapan...
Apabila kutentukan arah serta tujuan...
Rela kuhadapi cabaran...

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku...
Menyukarkan pendakianku...
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini...
Demi hasrat yang suci...

Aku sangkakan harapan selembut impian...
Yang menguliti tidur insan...
Kiranya kehidupan tidak sedemikian...
Goyah hatiku oleh kenyataan...

Tak harus kuturuti kelemahan diri...
Tak daya bertahan diuji...
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan...
Berlandaskan keimanan.....

Goyah hatiku oleh kenyataan......