...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Wednesday, March 30, 2005

Sahabat...

hurm... nih member aku forward kat e-mail pg tadi....

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."



Monday, March 28, 2005

Sesuatu....

huhuhu... aper ek nak diceritakan hari ini... last weekend balik ipoh tetiba mak ngan abah plan nak buat kenduri doa selamat ari sabtu ari tuh.. sempena masuk umah baru.... just buat mkn2 sket jek.. jemput jiran2 baru... (salah satu cara utk berkenalan dgn jiran baru dan inform derang yg kitorang dah officially dok situ) brg2 kat taiping tak angkut lagi - 10 ari bulan baru angkut2 sumer... just brg2 kat umah sementara kat ipoh jek angkut ke umah baru.. merasa la aku tido satu malam kat umah baru... penat? hehehe.. biasa la....

other things about last week/weekend.... remain unchanged... sampai kl smalam sempat la singgah jln masjid india ngan yan.. beli tudung sket.. tudung sedia ada dah lusuh.. huhuhu... and to farah, sorry about your car... to momay, sorry about your flight... to ina, sorry about your 'phone bill'... to deqno and yan, still maintain keyh!!! to me? sorry about my financial conditions probably.. but never mind... duit boleh dicari... but true friends masa susah & senang, susah nak dapat....

so, what about others? please update on yours... ;)

-------------------------------------------------------
Deqno forwardkan nih kat e-mail tadi...

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki ang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda2 lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH**....

my comment : rasa2nya semua orang pon sama.. tak kira lelaki atau perempuan... pasti inginkan yang terbaik dan ingin melakukan yang terbaik untuk orang2 yang disayanginya... sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayangnya yang mendalam terhadap org tersebut... ;)

-------------------------------------------------------

Nazam Berkasih (Syura)

Pandang-pandang hati berkenan, Tidur malam wajah terbayang,
Harap-harap ulang bertemu, Bimbang nanti resah menunggu…

Lama-lama... lama apa, Lama rindu... pada siapa,
Pada teruna idaman,

Rasa-rasa... rasa apa, Rasa pilu... Eh! kenapa,
Hai dia buat tak tahu,

Jauh-jauh... jauh apa, Jauh hati... hati siapa,
Hati kita yang terluka,

Rasa-rasa... rasa apa, Rasa malu... Eh! kenapa,
Tangan bertepuk sebelah, Dapatkah... ku inginkan,

Hatimu dan hatiku, Berpadu jadi satu,
Jauh-jauh orang berpesan, Yang di sana sedang merindu,

Harap-harap masa terluang, Ada waktu ingin bertemu,
Jauh-jauh menuai padi, Tidak lalang tumbuh sebendang,

Harap-harap kasih menjadi, Dua jiwa berpasangan,
Cintaku... cintamu, Suci berpadu…

Rinduku... rindumu, Mekar menjadi satu,
Dua jiwa berpasangan, Dua cinta berpautan,
Senandungkanlah alam, Irama cinta suci…

p/s: untuk 'org' tu, kalu baca entri nih, this song is for you...



Friday, March 25, 2005

Cebisan Catatan...

Setelah hampir 10 hari membaca posting "kunci rumahku patah lagi..." aku rasa agak terpanggil la untuk memulakan kembali bicara di sini...

My previous posting is about 'balik kampung" and today I want to story2 about balik kampung also.. hehehe.. mlm ni balik ipoh ngan yan naik bas trans... balik lagi!! hehe... ramai la kot tak pueh ati aku asik balik jek.. tapi 2 bulan nih (March & April) aku agak hectic sket la.. urusan keluarga... hari tu akak sedara aku nikah on 5th March & kenduri kawen on 12th March - 2 kenduri.. kali ni abg sedara & adik lelakinya plak - 2 org nikah & 1 kenduri kawin = 3 kenduri.. yg sorang tu dah nikah last week on 19th March kat kg, aku tak dpt balik la.. the next one minggu depan on 2nd April.. tapi nikah nye ngan orang kat kl, but still aku busy la... probably aku akan jadi salah sorang drebar utk rombongan pengantin lelaki plus mak aku nak dtg utk kenduri tuh & nak pi soping kat nilai beli langsir baru utk rumah baru kitorang.... then 2 weeks after that on 16th April baru wat kenduri sebelah lelaki utk dedua pasangan pengantin baru nih.. huhuhuh.. sepupu aku yg dua orang nih tunang last year.. this year sumer dah kawen.. sorang tua setahun aku, sorang lagi muda setahun dr aku..

This week kenapa balik? selain urusan kenduri kendara.. urusan keluarga sendiri pon kena take care la kan.. adik aku si ina tu kan baru dpt result spm.. ari tu balik tak sempat nak diskas & plan abih ngan dier pasal 'future plan' dier.. sempat sentuh pasal UPU jek.. so balik nih nak selesaikan lah apa2 yg berkenaan.. sbb nyeh tarikh tutup permohonan sumer kan dah nak tutup.. pastu on 10th April, family aku will be officially pindah dr taiping to ipoh.. rumah baru insya Allah dah siap sepenuhnya time tuh.. skang ni pon mak & adik aku dah basuh2 umah tuh.. tinggal nak pasang2 lampu ngan cat tingkap/pintu jek... siap dah bentang karpet dah.. hehehe.. tinggal tunggu furniture ngan kotak2 besar kat umah taiping tuh.. brg2 dr umah sementara tu dah bley angkut la kot.. utk yg tak tahu.. mak ngan adik2 aku skang dah dok kat ipoh sbb adik aku yg kecik tu skolah kat ipoh.. target ari tu pindah sebelum skolah bukak.. sekali umah tak siap.. tu yg dok umah 'sementara' tu.. umah sementara ni actually utk disewa.. so sesape nak cari umah sewa kat ipoh leh la kontek aku.. umah tu agak ok la.. umah kampung, separuh baru, separuh papan.. environment sumer melayu.. kampung di tengah bandaraya ipoh ;)

So, minggu ni aku balik, next week gi umah makcik aku, 2nd week of april balik nak pindah, 3rd week of april balik kg ader kenduri - and I'm fully book for the whole month except the final week.. which i really really really hope i can rest on that week.. otherwise aku akan jatuh sakit ka, demam ka, migraine ka sbb no rest at all for the whole month... aku ni kan kurang daya tahan diri sket.. huhuhuhuh... lepas nih ina tak balik kg 6 bln.. aku akan ganti dier la plak balik tiap2 minggu... hehehe.. jgn sedey ek ina tak dpt balik.. berjuang utk ilmu!!! yeah yeah yeah!!!

hurm.. nak citer aper lagi.. terasa cam nak ler gak tahu perkembangan kroni yang lain2.. tapi nampak gayanye sumer kroni2 aku nih busy tahap gaban meraban jek rupanyeh.. so tak kesampaian la aku.. ader plak tu org tu kata dier tak bley nak wat posting kat sini.. bila nak menulih jek dier rasa sedey jek.. so aku rasa kena tuka la kot interface design for this blog.. tunggu lah ek bebila aku ebelebel nanti aku tukar2 la sket design sumer...

oraits.. aku soda mau pulang.. jumpa lagi nanti... bubyesss... wassalam.....

-------------------------------------

Suatu pencarian sinar bersulam harapan...
mungkinkah ketemu di penghujung jalan...
moga penemuan memenuhi keperluan...
menjalani hidup di sana sbg bekalan...



Tuesday, March 15, 2005

kunci rumahku patah lagi...

wallahu'alam.. tak tau laa apsal, semejak dua menjak nih, tgn aku nih ader bisa sket. Pegang brg jer rosak. untuk pengetahuan semua, aku dgn jaya nyer telah mematahkan 2 kunci-kunci rumah aku. 1st sekali kunci solex ari tuh, then kunci pintu. Dedue patah sbb kunci tokleh nak dipulas dan menyebabkan patah sbb ia telah dipulas secara paksa oleh aku. Masa 1st patah tuh aku ngan eyna tokleh kua sbb kitorang terkunci dari dalam, 2nd time lak terkunci dari luar menyebabkan aku terpaksa tido di mmu sementara tunggu eyna ngan ayah nye dtg baiki (eyna masa tuh ader kat semban)

Selain dari kunci, printer di office aku juga nampak nye tak suka ngan aku. Dua kali printer takmo print biler time aku nak print... uwaaaa!!.. dugaan sungguh. Sabar jerla...

Kepada laili.. tahniah sbb berjaya menjayakan kenduri kat umah makcik ko tuh. Nampak nyer besar jugak peranan ko dlm menjayakan kenduri tuh.. well done!! keep it up.. Nanti ko cadangkan kat ayah ko bukak company katering.. sure ok nyer laah!

nampaknye itu saja perkembangan dari aku setakat nih, akhirkata.. selamat maju jaya kpd sumer kroni cayang bucuk sumer... bubbyeess.. wassalam



Friday, March 11, 2005

Renungan Pagi Jumaat.....

Assalamua'laikum...
secebis peringatan, ambik dr berita harian....

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi).

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

1. Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak (sesuatu yg selalu aku amalkan).

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.


*Tuhan walau taubat sering kumungkir,namun keampunanmu tak pernah bertepi.....
KeampunanMu Tuhan, lebih besar dari kesalahan insan...



Thursday, March 10, 2005

Aku mahu pulang...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pekabo sahabat2 sumer? lama tak baca posting korang nih... sumer busy2 jek ek...

Anyway esok aku cuti.. mlm ni nak balik ipoh.. kenduri kawen akak sedara aku plak... bas kol 8.30 malam.. bas transnasional.. doakan perjalanan aku selamat pergi dan pulang keyh.. kalu tade aral melintang.. isnin baru aku balik kl.. isnin pon cuti.. huhuh... sakan.. sakan...

apa2 pon selamat berhari minggu gak la kat semua.. have a nice & sweet weekend! don't miss me keyhh!!! bubyesssss... muahhsss muahhhssss!!!



Wednesday, March 09, 2005

RiNDu

My memory...
Mo duki yoke yo ke song ga...
Nan dreka me na...
Ha cucha gen niye to poyi ne yo...
(My memory...
I remember every second of it...
Even for trivial things, if I close my eyes,
I can still see them)

Mengapa aku memilih lagu ini sebagai background blog nih pada masa ini?

hehe.. lagu ni mengembalikan banyak kisah2 lama.. maksudnya sendiri berkaitan memori2 indah yang lama.. impian yang tercapai dan yang tidak kesampaian..

kita sering merasa bahagia mengingati kembali perkara2 indah yang lalu.. kata orang.. jangan dok ingat yang belakang jek... nanti kita tak nampak peluang2 yg ada sekarang dan di masa depan, yg lebih baik, lebih bagus..

Choose the best for your life!
Either you want to be remain with past,
or face the present,
and build for the better future!!



Tuesday, March 08, 2005

SePi

SePi (I)

Dalam kekalutan itu..
aku terpandang sayup wajahnya..
betapa ketabahannya cukup teruji..
betapa hatinya sering digoyah...
jerih payahnya menyusur suasana...
memberi bakti nan tiada hentinya...
seorang diri...

Langkah longlai itu...
bukan sekadar langkah lesu...
kerna langkah itu mampu...
memberi seribu kebahagiaan...
kepada insan-insan yang sering lupa...
kepada insan-insan yang senantiasa alpa...
kepada insan-insan yang sambil lewa...
akan pengorbanannya...

Aku terpana..
kuatkah aku sepertinya?
mampukah aku menjadi setabahnya?
mahukah aku ditindas tanpa rela?
berbakti untuk kebahagiaan...
berjerih untuk keharmonian...
insan-insan itu...
yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari...
yang dibela tapak kakinya sekecil dua jari...
yang ditatang sehingga mampu berdikari...

Betapa aku kagum...
dengan kekuasaan-Nya...
mencipta sekeping hati sesuci itu...
menganugerahi sekeping hati setabah itu...
buat seorang insan bergelar ibu...
moga darah yang sama mengalir di tubuhku...
walau tidak secara langsung...
akan mengajarku erti sebuah pengorbanan...
erti sebuah ketabahan...
erti sebuah kasih sayang.....

--------------------------------------------------------------

SePi (II)

"Ku meniti awan yang kelabu...
ku tempuhi lorong nan berliku...
mencari sinar menerangi...
kegelapanku...."

Bait indah si "Pelangi Petang"...
tidaklah seindah maksud disebaliknya...
betapa kesepian itu menjurus ke arah kesamaran...
kesamaran yang membawa kepada kegelapan...

Sepi itu kian mencengkam...
lepaskan saja ia...
longgarkan ikatannya...

atau terus harunginya...
pilihan ada di tangan kita...

Sebaiknya....
biarkan saja sepi itu berlalu...
biarkan kisah sayu itu terkubur...
di tengah jalan dan di hujung jalan sana...
lebih banyak cabaran yang menunggu...
lebih banyak bahagia yang perlu diburu.....



Monday, March 07, 2005

Gathering II - ponat den!!!

hehehe... jgn ler terkezut ngan tajuk tuh.. nak citer jek gathering nih.. nih sebeno nyeh gathering family plak... heheh... penat.. penat.. 2-3 kali lagi penat dr gather2 ngan kengkawan.. yg nih sebeno nyeh kenduri akak sedara aku menikah ari sabtu malam ari tuh.. refer la post2 aku terdahulu keyh...

hari jumaat - bergegas pulang dr ofis utk ke pudu sbb tiket tak beli lagi.. tup tup sampai kat sana skali ngan yangg.. minta yangg jagakan beg.. gi beli tiket - dapat bas kol 11.. bas lain sumer abih dah.. huhuh... so tunggu punya tunggu, tak dapat gak naik bas lagi awai, yangg dah naik bas dier dulu.. aku plak balik sat ke ofis (tinggal beg kat kedai simpan beg) sbb baru teringat ada brg tertinggal.. pastu.. kebetulan farahsu, alina & deqno ader kat ofis menara.. minta derang tolong antarkan ke pudu.. thanks gals.. aku mmg penat nak menapak dah time tuh..

naik2 jek bas, tak sempat sampai tol jln duta aku dah "pengsan".. penat giler.. tapi sepanjang perjalanan aku tak tido lena sgt sbb driver tuh bawak laju, tapi tetiba dier berenti kejap tepi jalan.. tak tau pasal aper.. ader la 3-4 kali dier berenti kejap.. pastu jalan balik.. tgh mamai time tuh malas nak pk aper2.. jgn dier langgar aper2 dah.. huhuh... by 1.30 dah sampai ipoh, pakcik amik kat bus station medan gopeng, kol 2 dah sampai umah makcik aku.. salin baju, terus tido - tak larat dah nak balik umah sendirik...

pagi sabtu tuh, bgn tido, lepas solat subuh terus dikerah buat kerja.. memula diarahkan utk prepare brg utk buat breakfast (bihun goreng) kat umah aku, nanti mak masak - mak nak gi pasar + anta adik ke driving school.... tetiba pakcik panggil mintak tolong dirikan khemah ngan dier.. adei.. pk sbb tade org jek (org lelaki yg ada pakcik aku ngan hubby akak sedara aku jek).. so aku tinggal kejap keje2 lain + rasa ngantuk, mamai, penat sumer la.. abih pasang 2 khemah, ingat kejap je ler, skali mak dah sampai dlm 9 lebey, brg2 dier nak memasak tak siap lagi! bihun aper pon tak rendam... aku series terlupa nak rendam bihun + tak larat nak balik umah time tuh.. apa lagi kena sembur la.. cepat2 siapkan keje2 akhir dirikan khemah tuh.. pehtu berlari plak balik ke umah.. mak diam je time tuh.. aku pon buat ler aper2 yg patut.. siang sayur, basuh2 apa yg patut.. prepare sumer kasik ready dier nak masak jek.. selesai tuh dlm kol 10.. baru mak nak bersuara.. huhu.. lega.. pehtu dah abih sumer keje2 ngemas dapur... makanan pass kat org lain anta umah makcik sbb org lain sumer ader kat sana.. then.. baru sempat nak mandi sumer.. lepas mandi berkejar plak gi umah makcik nak breakfast.. lapa perut aku mlm tu mkn buah ngan air milo jek..

lepas brekafast.. masuk dapur makcik aku pulak. tgk2 apa yg nak dibuat.. time nih org2 yg ada 2 lelaki (spt yg disebut di atas) dan 7 org pomwan (aku, mak aku, sorang kakak dan sorang adik mak aku, akak sedara, pengantin & kwn pengantin).. tgh ari sket tambah 2 org - abah aku yg baru dtg dr taiping bwk brg2 nak memasak dier + adik aku yg dah balik dr driving school dier..

start buat keje2 penyediaan utk memasak kenduri utk mlm tuh - kupas bawang, siang udang, potong daging, basuh ikan dsb. menu utk mlm tu - nasi putih, ikan talapia bakar + air asam, daging masak taucu, pajeri nenas dan udang masak tomato (resepi khas abah aku).. pastu abah aku nak gi pasar sekali lagi, aku pesan beli brg2 nak wat agar2-puding-aper-ntah-nama-dier.. pastu sambil tuh terus goreng daging utk lunch, masak nasi sumer.. kat dapur ader 2-3 org jek memasak utk lunch.. ader lagi jiran makcik aku dtg masak taucu daging ngan pajeri nenas kat luar umah.. yg lain2 buat keje2 hiasan umah, bilik pengantin, pintu gerbang, pelamin, angkat kerusi meja dsb. lunch kol 3.30 ptg baru siap.. huhuhu... tau tau la pasal apa lambat.. hehehe...

petang tuh, nak asar, sumer org2/jiran2 yg tolong2 masak balik.. org2 yg sama disebutkan sebelum ini shj yg tinggal.. pastu, prepare lak brg utk 2 masakan yg lain - ikan bakar + air asam & udang masak tomato.. time nih agar2-puding-aper-ntah-nama-dier aku tuh dah siap.. kipas2kan dier.. dah keras terus masuk peti ais.. huhu.. sib baik makcik aku ader peti ais beso.. huhuhuh.. peram2 ikan + tolong2 abah prepare barang2 dier (plus berlari balik umah aku amik periuk besar nak masak udang).. hahaha.. mmg marathon la aku hari tu.. ke hulu ke hilir.. dah la panas.. huhuhu... pastu petang tuh task terakhir seblom aku balik umah nak mandi + solat + siap2 utk kenduri mlm tuh - abah aku suh kira udang (udang beso) sbb dier nak bajet nak jamu nanti letak baper eko.. nanti tak cukup susah la plak..

balik jek umah.. aku terus gi mandi, solat sumer.. time tuh dah 6.30 ptg.. selesai urusan kendiri, aku baring sat.. fuhhh... baru ler terasa sengal satu badan.. kaki aku dah sakit tak kira dah la.. tunggu maghrib.. solat jama' maghrib isya' sesiap... pastu siap2 pakai baju.. berlari balik ke umah makcik aku .. (sib baik dekat jek umah makcik aku.. selang 4-5 buah umah jek ngan umah aku.. )

dah malam... start bakar ikan.. nikah kat masjid lepas isya', so betul2 lepas isya' tuh kitorang dah start menghidang.. sekali rupa2nya pihak lelaki tak sampai lagi kat masjid.. dekat kol 9.30 mlm baru nak sampai.. kol 10 lebey sampai umah makcik aku.. makan time!!! fuh.. time nih letih gak. sbb tukang hidang nyeh 4-5 org jek.. hahahahah... first course - mkn nasi + lauk2 nyeh, second course - makan bubur jagung + kuih muih lain2 (masak/beli/org kasik)..

dah abihs umer.. derang balik dalam kol 11 lebey.. start plak Ops "Kemas".. pakcik aku la chief dier.. pakcik aku nih polis, buat keje cepat jek.. kira kalu dier takde mmg tak jadi aah sumer keje.. kemas2 pinggan mangkuk, basuh pinggan sumer, terap2 depan umah.. angkut periuk belanga sumer basuh.. pukul 12.45 pagi siap sumer... aku dah kiok awai2.. kaki dah sengal2.. tp pk esok nak balik.. menapak gak aa balik umah... kang tak tido kat umah sendirik mak kecik ati plak.. balik jek terus salin baju + bummmm... tido tak hingat aper dah...

esok pepagi mak gerak solat subuh.. pehtu nak sambung tido balik, mak pesan kalu nak balik kl ikut pakcik aku siap cecepat, derang nak balik kl awal2 pagi.. huhuuh.. nak menangis aku rasa.. penat seyh aku nak tido!! pastu mak ngan abah aku gi sambung wat umah baru kitorang.. kitorang tiga beradik tido kat umah (baguih punya anak!).. dalam kol 9 aku terjaga.. baru la nak pi mandi siap beg packing sumer.. style aku.. bersiap cepat jek.. kol 10 aku dah terpacak depan umah makcik aku.. tgk yg nak balik tuh aku antara yg terawal la siap.. apo la.. pehtu aku breakfast dan packing2 makanan nak bawak balik kat dak2 umah aku.. last skali kol 12 baru gerak... hahahahahaha

sampai kl dalam kol 4.. byk singgah2 - umah pakcik aku kat tambun la, pastu singgah solat zohor la.. dan macam2 lagi.. aku terus dihantar ke umah.. huhuh.. sampai jek umah.. tingat makanan utk kawan2 tertinggal.. balik umah salin baju, turun terus gi umah makcik aku.. (aku sampai dulu umah dier, dier singgah kedai beli brg).. pastu tunggu dinner kat umah dier.. kol 9 .15 aku balik, singgah stesen minyak isi minyak kete, sampai umah kol 10 - terus tgk Tru Callin! abih tuh.. baring2 lepak2 tgk citer 3 abdul sambil sembang2 citer2 ngan bebudak nih.. sedo2 aku dah terlelap.. tetiba saper ntah momei kot kejut suh masuk tido dlm bilik.. masuk bilik bentang sumer terus tido sampai pagi..

pagi tadi series tak larat giler nak bangun.. kepala pening2, rasa cam nak demam sumer.. huhuhu... tapi berjaya gak sampai opis.. dapat bertahan sampai lunch.. gi beli makan tapau.. kol 2.30 dah pening2 tersengguk2 depan pc.. adei.. tak tahan!!! masuk bilik kecik aka surau opis aku, terus baring.. set kat enpon setengah jam jek.. kol 4 baru terjaga!!! hahahahahha.... sori sumer.. nanti pehni aku kaver keje balik.. series tak larat.. silap ari bulan aku pengsan kang susah plak.. huhuhu....

skang nih rasa segar sket.. aku nak balik dah.. nak pi cari aper nak makan mlm nih.. hurm... pasar malam aa malam nih... ok ok. nak balik la.. kang nak pilih2 makanan lagi.. dah maghrib.. adei.. mlm ni ader citer NCIS ngan Texas la plak.. tak bley tidoq awai.. takper la.. tidoq sat lepas maghrib sampai kol 9.30.. huhuh.. oraits.. nak b alik dulu.. bubyes sumer... minggu nih nak balik ipoh lagi.. kenduri kawen nyeh pulak.. kali ni aku balik lagi awai.. ari kamis mlm dah balik ipoh.. isnin baru balik kl... huhuh.. sakan sakan... :))

----------------------------------------------------

My Memory (Ryu) - OST Winter Sonata

My memory...
Mo duki yoke yo ke song ga...
Nan dreka me na...
Ha cucha gen niye to poyi ne yo...
(My memory...
I remember every second of it...
Even for trivial things, if I close my eyes,
I can still see them)

You're far away...
Ta ur sur wong nen wusei...
Sara nan tanun manito...
Kidarin tanun maido hacimo tako...
(You're far away...
I couldn't tell you that...
I am still in love with you,
still waiting for you)

Congmai mui laicu ki dayi roke...
Tashiman ner churu, Sengga cocha mote soto...
Achi ner sara ne...
Yo che radu negego bekaike...
I wanna love you forever...
Nuchin yana tana...
Hidoke nawa hanke...
yowonyi...
(It is not even in my dream that...
I thought we could meet again like this...
Therefore, I have to be frank with you:
I am still in love with you
I wanna love you forever
If, it is not too late for our fate,
I wish I could stay with you forever....)

Hore tonga...
Ke dandayega sone...
Maneshi tanun lado...
Ajemo yeyi sodo...
Sarayi socho...
(For a long time,
you have been alive in my heart...
No matter how long we have parted,
no matter how far you are,
you are always in my heart)

Congmai mui laicu ki dayi roke...
Tashiman ner churu,
Sengga cocha mote soto...
Achi ner sara ne...
Yo che radu negego bekaike...
I wanna love you forever...
Nuchin yana tana...
Hidoke nawa hanke...
yowonyi...
(It is not even in my dream that...
I thought we could meet again like this...
Therefore, I have to be frank with you:
I am still in love with you...
I wanna love you forever...
If, it is not too late for our fate,
I wish I could stay with you forever....)

(Source: http://geocities.com/lovewintersonata/indeks.html )



Secebis Peringatan...

Assalamua'laikum,

Lamo benor rasenya dok nulis kat blog ni...agak kebzan kesgtan mingguan lepasan...jd di kesempatan yg ada ni, w'pun hanyalah sementara cuma, harap butiran kata² ini dpt memberikan peringatan kepada semua...

Pagi tadi terdengar kuliah di ikim.fm....mmg kebiasaannya lepas subuh je terus tdo, tp pg tadi tak terlena lak...hrp² lepas ni, dpt ubah tabiat tdo lepas subuh tuh...kata org tuer2.....rezeki kedekut bila tdo lepas subuh..tatau le betui ke tidak...allahua'lam...

tak perasaan sape penceramah pg tadi, tp kata² beliau memberi kesan jauh dilubuk hati saya ni yg selalu lalai dlm mengingati Allah...

Racun Hati

1. Berlebih-lebihan dalam percakapan
- kebiasannya kita ni selalu berlebih-lebihan dlm perckpan bila mana berckp hal yg sia², tidak menegakkan amar makruf nahi mungkar. Menggunakan lidah/mulut utk mengumpat, fitnah dan memburukkan org lain.
-Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
-Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
-Pesan Rasulullah lagi bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi).

2. Berlebih-lebihan dalam pandangan
- selalu terjd di mana kita selalu berlebih-lebihan dalam hal pandang memandang tambah2 di antara lelaki dan pompuan. Ustazah memberi contoh di mana, kalau seorg isteri membawa RM100 utk bershoping brg rumah, tetapi bila terpandang ada offer beg tangan, terus hati teringin, mkn tak lena, tido tak lena..dok ingat beg tangan akhirnya memaksa suami yg tidak berkemampuan utk memenuhi kehendaknya....ada lg contoh di mana, apabila lelaki/pompuan memandang berlebihan antara satu sama lain berlainan jantina, mata pandangan yg melebih itu adalah anak panah syaitan di mana boleh membangkitkan nafsu syahwat dan boleh terdorang ke lembah penzinaan....nauzubillah....

3. Berlebih-lebihan dalam makan & tidur
-seharusnya mengikut sunnah Rasulullah 1/3 utk mknan, 1/3 utk minuman & 1/3 utk bernafas..apabila terlebih mkn akan menyebabkan hati & akal lembab dan syaitan senang menyucuk jarum, akhirnya lena dibuai mimpi hingga mengabaikan solat......lagi satu ustazah menyebut, org yg kuat tdo ni,kurang amal ibadahnya......astaghfirullah...

4. Berlebih-lebihan dalam pergaulan
-ustazah memberikan contoh hubungan di opis, jgnlah sampai keterlaluan sehingga mkn bersama dan akhirnya nafsu/syaitan akan mengawasi akal....seperti kata² ustazah norbahiyah...jauhilah U.G.U.T......(Usikan yg melampaui batas, Gurauan yg berlebih-lebih, Ucapan yg lemah lembut, Tingkah laku/Tindakan yg mendatangkan maksiat)....

harapnya dpt menjadi iktibar bkn saja kepada akhawat semua, tp pd diri saya sendiri....
sesungguhnya mati itu benar...dan pintu taubat sentiasa terbuka....
allahua'lam.....



Wednesday, March 02, 2005

PoST MoRTeM!!

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah kerana sekali lagi program GaTHeRiNG Kronikiter telah berjaya diadakan semalam... hehehehe... menjadi organizer sesebuah majlis tidak lah semudah mana sebenarnyeh... byk pengorbanan yg perlu dituntut.. ;) namun begitu.... apalah sgt semua tuh kalu nak dibandingkan dgn majlis yg berjalan lancar dan menggembirakan hati semua yg hadir, lagak2 yg mencuit hati dan perjumpaan semula bersama rakan2 lama yg pastinya mengimbas kembali kenangan2 pahit manis nan lalu...

Program gathering yang berlangsung semalam dihadiri oleh 21 org jemputan (Alia, Deqno, Ina, Momay, Yan, Sok, Nad, Dieya, Lisa, Cik Aa, Cik Sarah & K Iena, Besday Gals - Farahsu, Shaz, Zaza & partner, Cik Tina & tunang, Mala & partner + her partner's fren).. kecoh Pizza Hut Mid Valley tuh dibuat nyeh.. huhuhuh.. jgn mara ekk org pizza... ;)
--------------------------------------------------------

kehidupan kadang2 terasa semakin lama menjadi semakin sukar... kadang2 terasa seperti sentiasa dipermudahkan... peringatan di antara nikmat kesenangan dan nikmat kesusahan sering bersilih ganti... hati.. kau sering berbolak balik.. sekejap di situ, sekejap di sini... sekejap tekad dgn keputusan itu... tetapi pelaksanaannya bertentangan dgn keputusan itu... sekejap ingin membuat ini... tetapi sering terbuat itu... sering mengharapkan begitu tetapi mendapat begini... segala perancangan tidak semestinya menjadi seperti yg diingini.. ketetapan-Nya perlu dipasrahi.. jangan ada "uhh", "ishhh" atau "arghhh".... Dia lebih mengetahui yang apa terbaik untuk hamba-Nya ini... sukarnya utk mentafsirkan segalanya... namun ada sesuatu di situ.. yang harus diperjelaskan dan diselesaikan...

bila hati resah gelisah memikirkannya.... buangkan sahaja ia jauh dari fikiran... tenangkan hati dengan perkara-perkara yang menyenangkan... tapi cara ini kurang berkesan kerana bila timbul kembali persoalan itu, hati menjadi semakin hebat resah gelisahnya... apa yg harus dibuat??? hurrmmm... think positive, bebeh!

setiap permasalahan, persoalan, isu, kejadian, ujian - segala2nya lah.... datangnya pasti bersebab dan mempunyai puncanya!! first, carilah sebab dan puncanya... then solve it!

cakap senang la!!!

hahahaha....

musuh kita ader tiga.. iblis syaitan dan sekutunya, nafsu kita dan diri kita sendiri!

di antara ketiga2 musuh kita ini.. iblis syaitan dan sekutunya mmg dah nyata permusuhannya dgn kita... nafsu kita dan diri kita sendiri adalah musuh yang tidak nyata sgt permusuhannya dgn kita sbb kita yg mengawalnya... jika tersilap kawal... habislah kita!

kita hidup nih perlu bergantung kepada sesuatu... supaya kita tidak berputus asa.. tidak berasa keseorangan.. tidak berasa negatif! dan pergantungan tuh haruslah hanya kepada Allah swt, Dia Yang Maha Esa, Maha Mendengar, Maha Memahami, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Bijaksana dan Maha Pengampun...

segala apa yang berlaku pada diri kita.. tidak kira baik atau pun buruk... segalanya adalah satu ujian dan dugaan bagi mengukur tahap ketaqwaan kita kepada-Nya... adakah kita perlu menghindar daripadanya? adakah kita perlu lari daripadanya? Allah menguji seseorang hamba-Nya itu kerana Dia sayang kepada kita... bukankah kita selalu mahu menguji org yg kita sayangi utk mengukur sejauh mana org tu menyayangi kita??? dari sudut ini, Dia tahu hamba-Nya itu mampu, kerana Dia dah kurniakan kekuatan yang bersesuaian utk kita menghadapi ujian-Nya itu, lantas mengapa kita mahu menghindar dan lari dari ujian itu seolah-olah kita nak membelakangi ketetapan-Nya??? jika kita tidak mahu menghadapinya.. pasti Dia lebih murka kerana kita tidak bersyukur, kita tidak benar2 sayang pada-Nya...

Allah swt berfirman: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah:Ayat 286)


Allah swt berfirman: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). " (Surah al-Baqarah:Ayat 214)


Allah swt berfirman: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah:Ayat 186)


menghadapi ujian yang serasa tak termampu ditanggung ubatnya sabar... sabar dalam menunggu masa.. kerana masa yang bakal merawat kesan yang ditinggalkan itu.... bersulam doa dan tawakal pada-Nya... pohon agar sabar itu terus ada dalam diri... dan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan mengharap pada-Nya...

----------------------------------------------------

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah dosa kedua ibubapaku,
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku,
Sejahterakanlah hidup mereka dan
hindarkan mereka daripada malapetaka yang tidak diingini...
Jauhkan mereka daripada maksiat dan kemungkaran yang engkau tidak redhai...
Tempatkanlah mereka diantara orang-orang yang beriman....

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah dosa guru-guruku, kawan-kawanku, adik-beradikku dan saudara-maraku,
Sejahterakanlah hidup mereka dan
hindarkanlah mereka daripada malapetaka yang tidak diingini...
Jauhkan mereka daripada maksiat dan kemungkaran yang engkau tidak redhai...
Tempatkanlah mereka diantara orang-orang yang beriman....

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah dosaku dan tabahkanlah aku menghadapi ujian-Mu ini,
Berilah aku kekuatan dalam menghadapinya..
Lindungilah aku daripada malapetaka yang tidak diingini...
Jauhkan aku dari maksiat dan kemungkaran yang engkau tidak redhai...
Jadikanlah aku hamba-Mu yang bersyukur..
Bersyukur di atas segala limpah rahmat-Mu...
Bersyukur di atas segala kurniaan-Mu...
Semoga aku tidak menjadi di kalangan orang-orang yang lupa, alpa, leka dan lalai dengan nikmat dunia..
Semoga aku sentiasa mengingati-Mu,
Semoga aku sentiasa mengharap kepada-Mu..
Sesungguhnya, Engkaulah yang mengetahui segala-galanya di dalam hati ini...
Engkaulah juga yang mengetahui segala kekuranganku...
Kepada-Mu lah aku berharap dan memohon belas-Mu...
Ampunilah aku Ya Allah.... ampunilah aku...

Amin Ya Rabbal 'alamin..



Tuesday, March 01, 2005

GaTHeRiNG!!!!! gAthErIng!!!!!!

hurmm...

sekali lagi Kronikiter gempar dgn gAthErIng nyeh!!!!!!!!


Kronikiter.... :-?


Citer sejarah sket.. hehehe...

Ahli Kronikiter yg asal sebenarnya tak ramai... pada awalnya hanya lah beberapa kerat jek.. dlm 7-8 org jek... lama-lama... kesan daripada sikap ramah tamah, berbudi bahasa, berfikiran terbuka dan berpekerti 'mulia' mereka2 ini, maka semakin ramailah yg suka nak involve ngan group minah2 nih.. huhuhuh..

Sejak zaman belaja dulu (1999) sampai la zaman keje/belaja lagi tinggi, group Kronikiter nih dah macam satu family... dekat 6 thn dah la.. hehehe.. lama nyeh... tapi kepala semua satu macam jek.. tade dua tiga macam... buat mende sumer nyeh sepakat (insya Allah..), tapi gaduh2 selisih faham tuh standard la.. baru la ader rencah2 yg memberi rasa dlm kehidupan nih... rasa masin, masam, manis, tawar.. sumer ader... makan sesama, tidur sesama, gi kelas sesama.. balik kg sesama.. ziarah sesama family masing2.. kuar jenjalan ke sana ke mari sesama... susah ke sengkek ke senang ke, gembira, sedih, sihat, sakit... insya Allah sentiasa bersama... al-Hamdullillah.. syukur ke hadrat Allah swt sbb aku mempunyai sahabat2 sebegini.. org lain belum tentu lagi sebertuah kami... tika kami senang, sama2 merasainya... tika kami susah.. sama2 menanggungnya.. tika kami lupa, alpa, lalai dan leka dgn nikmat dunia sama2 kami saling ingat memperingati...

hurmm... kalu lah nak menyingkap kembali kisah2 lama sesama Kronikiter mmg la tak tertaip dan tak terbaca.. semoga keakraban yang terjalin diharapkan akan terus terjalin sampai bila-bila la hendaknya.... insya Allah... ;)

------------------------------------------------------

E-mail 1

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh........

Di celah-celah kesibukan kerja ini...........
Aku titipkan secebis peringatan untuk semua.................
Seperti di tahun-tahun yang lalu................
Bulan Februari bakal membuka tirai kepada 'majlis-majlis' reunion KRONIKITER................
Di mana majlis tersebut pastinya bertujuan untuk menyambut hari lahir seorang atau lebih sahabat2 kita nih............
dan bakal disusuli dgn majlis-majlis yang lain (jika berkesempatan dan berkemampuan dari segi masa, tenaga mahupun kewangan).................


TAPI..........


PADA TAHUN 2005 ini...


Atas sbb2 yg munasabah dan diterima akal, pihak penganjur pada tahun ini (aka Biro Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti ) akan menganjurkan satu program bernama PROGRAM BERKALA KHAS KRONIKITER pada hujung setiap bulan (kalau mampu la ek... kalu tak mampu tuh mintak mahap awai2....)

Oleh itu, selaku Program Direktor aka Ketua Biro Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti, dengan ini dimaklumkan bahawa Program Berkala Khas Kronikiter yang pertama akan diadakan pada hari ISNIN, 28 FEBRUARI 2005 yang akan datang ini (Isnin depan keyh), pada pukul 6.36 petang sehingga 9.36 malam, bertempat di MID VALLEY MEGA MALL (kawasan permainan kroni 4-12-4) - bajet maghrib kat sana, tp program mkn2 start lepas maghrib la...

Program ini diharapkan akan dapat mencapai tujuan2 seperti berikut:-

i) Perjumpaan pertama Kronikiter bagi tahun 2005
ii) Menyambut hari lahir sahabat2 kesayangan kita - Mala, Shaz, Aznur, Norli dan Farah (January & February 2005) - sila rujuk lampiran
iii) Perbincangan berkenaan aktiviti dan program sepanjang tahun 2005
iv) Sesi meng'update' perkembangan diri dan kehidupan masing-masing
v) Aktiviti bebas tetapi terbatas... huhuhuuh...

Untuk pengetahuan semua, program pada kali ini tidak dapat dibuat pada hujung minggu atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan (ramai balik kg minggu ni, minggu depan, minggu lagi satu dan minggu yang lagi satu...), maka terpaksalah dipilih satu hari bekerja, di mana adalah diharapkan semua dapat menghadirkan diri... tak kiralah bersama siapa pon boleh ajak, osmet ker, opismet ker, skoolmet ker, soulmet ker, pakwe ker, tunang ker, suami ker tp tolong maklumkan kepada pihak penganjur utk urusan penempahan tempat ek.....

Kos yang terlibat bagi program ini masih belum ditetapkan, tapi disasarkan satu kepala akan dikenakan sekurang-kurangnya RM10, dan paling byk pon RM20 la... semua ini bergantung kepada jumlah yg hadir nanti la.... kos adalah untuk tujuan pembayaran makanan dan kek shj. Untuk hadiah, masing2 beli sendiri la kalu nak kan... makan aper? tuh tak abih pk lagi, saper2 ada cadangan lagi bley aar cadangkan... kat Mid Valley macam2 ader... cakap jek la nak aper (kecuali Ciken Hartz.. huhuhu... )

Tolong berikan pengesahan kehadiran anda kepada saya melalui e--mail atau menelefon kepada saya di talian 013 - 520 ****, selewat-lewatnya pukul 5.16 petang, Isnin, 28 Februari 2005 (abih lewat dah nih)....


(p/s:
1. tolong rujuk lampiran dan sape bley tolong isikan nanti inpom aku ek... kalu ader yg tertinggal pon bitau lah... kalu ader yg tersilap pon bitau lah.... dah kusut dah paler aku nih....

2. program nih akan diberitahu secara berasingan kepada Mala, Shaz, Aznur, Norli dan Farah...
jgn bocor lak keyh....

)



Yang menjalankan tugas,

- Laili -
21 Feb 2005 @ 6.46 pm


-----------------------------------------------------

E-mail 2

Assalamu'alaikum waramatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera........

Sorik pada semua sbb tak sempat nak kasi updated info pasal prog kiter nih...
ada kecemasan dan terpaksa pulang ke kg halaman...

lanjutan drpd rancangan gather2 kita.. sukacita nak maklumkan Perjumpaan Program Berkala Khas Kroni Kiter akan berlangsung seperti yang dijadualkan jugak kecuali terdapat pada perubahan tarikhnya, harinya dan masanya...

maklumat berkaitan adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 Mac 2005
Hari : Selasa
Masa : 7.46 malam - 9.46 malam
Tempat : Pizza Hut Restaurant, Lot LG075 - LG077,
Lower Ground, Mid Valley Megamall,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.
(Map Restaurant? http://midvalley.com.my/storesl.pge )
(How to get there? http://midvalley.com.my/bus-schedule.cfm )
Kontek : 013 - 520 **** (Leli) / 013 - 398 **** (Deqno) /
013 - 399 ****(Momay) / 013 - 529 ****(Ina)

ok.. tu jek.. sebarang pertanyaan leh terus call org2 kat atas.. kalu ader sesaper lagi yg aku tertinggal nak ajak ke ape ke tolong2 la jemputkan.. aku tak hingat la sumer org.. lagi satu... aku akan book tpt kat tpt makan tuh.. so kalu bley kasik confirmation ek.... tenkiu so muchhh... see you all there!!!!!

bubyes... muaahhhsss muahhhsss...