...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Monday, July 25, 2005

PeRJuMPaaN KRoNiKiTeR 03/2005

To: All Kronikiter Members

Assalamu'alaikum wbt buat semua sahabat kronikiter sekalian… Apa khabar kroni-kroni sekalian? Harap sihat sejahteralah semua hendaknya…

Ok.. Straight to the point… nak announce pasal perjumpaan kita yang seterusnya.
Tarikh cadangan adalah seperti berikut:

Ahad : 31 Julai 2005 - siang/malam
Isnin : 1 / 8 / 15 / 22 Ogos 2005 - malam
Selasa : 2 / 9 / 16 / 23 Ogos 2005 - malam
Rabu : 3 / 10 / 17 / 24 Ogos 2005 - malam
Khamis : 4 / 11 / 18 / 25 Ogos 2005 - malam
Jumaat : 12 Ogos 2005 - malam
Sabtu : 13 Ogos 2005 - siang/malam
Ahad : 14 Ogos 2005 - siang/malam

(Tarikh2 lain organizer tak ebelebel, unless ada org lain nak take over tpt main organizer dipersilakan le)

Tempat:
Sila cadangkan sebarang tempat yang anda ingin kita semua berkumpul kat situ ;) .. cadangan adalah terbuka. Kriteria tempat yang dicadangkan adalah seperti berikut:
i) Tempat yang mudah untuk semua orang pergi & well-known pada semua orang
ii) Jenis makanan - semua org lSeh makan, mudah didapati dan harga berpatutan
iii) Persekitaran yang selesa untuk kita semua berkumpul aka buat bising aaa
iv) Dalam area KL/Selangor

Agenda/Aktiviti:
Selain dari jumpa2 dan makan-makan, seronok gak kan kalu ada aktiviti lain yang kita buat. So, kat sini cadangan turut dibuka kalau ada aktiviti tambahan lain yang boleh kita buat (e.g. cabutan bertuah, berkelah, any games dll). Sila kemukakan cadangan kalian untuk dibincangkan dan difinalizekan…
Untuk pengetahuan semua, dua pengumuman khas akan dibuat semasa program ini dijalankan.
Adalah diharapkan semua orang bersiap-sedia fizikal dan mental bagi menghadapi pengumuman ini.

Jemputan:
Terbuka untuk semua, nak ajak saper pon boleh, suami / tunang / pakwe / adik-beradik / member / family dsb. Tapi biar bersesuaian la dan rasa2 cam dia leh masuk ngan kita nanti la… jgn dia ternganga plak sensorang nanti waktu kita tgh suke2….;)

Bayaran:
Seperti biasa, kadarnya pada RM20 sekepala. Namun begitu, kita akan tgk jugak pada tempat dan makanan yg bakal kita persetujui nanti berkadaran atau tidak ngan bayaran yang kita setkan tuh…

Itu sahajalah buat kali ini, semoga dapat bertemu nanti.. Wassalam…
(Sila lawati laman web Kronikiter untuk maklumat terkini - untuk sebaran di kalangan kroni sahaja)



Tuesday, July 19, 2005

Manhaj Kebersahajaan

Bersikap bersahaja akan membuat anda bahagia. Bersahaja dalam ibadah berarti jangan terlalu berlebihan karena sikap itu hanya akan merusak fisik, memadamkan kobaran semangat dan ketahanan dalam bekerja. Dan, jangan bersikap ogah-ogahan karena kemudian anda akan cenderung menjauhi hal-hal yang bersifat nafilah, mengabaikan yang fardhu, dan hanya bergantung pada harapan-harapan kosong. Bersahaja dalam berinfak berarti jangan menghambur-hamburkan harta sehingga kemudian anda menjadi orang merana. Namun, jangan pula terlalu banyak perhitungan dan kikir terhadap apa yang anda miliki, sehingga anda menjadi tercela dan dijauhkan dari rahmat Allah. Bersahaja dalam berakhlak berarti bersikap di antara ketegasan yang melampaui batas dan kelembekan yang tidak berdaya, antara kemuraman hati yang terlalu dan tertawa yang terpingkal-pingkal, antara mengucilkan diri hingga tak kenal lingkungan dan berbaur dengan masyarakat hingga lupa segalanya.

-- petikan buku La Tahzan



Friday, July 15, 2005

Naikkan bantuan bulanan penduduk miskin

Naikkan bantuan bulanan penduduk miskin
Oleh NORLIZAH ABAS

PULAU PINANG 14 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memohon kepada Perbendaharaan bagi menaikkan kadar bantuan bulanan untuk golongan miskin yang diberikan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, permohonan itu perlu kerana pihaknya sedar kadar bantuan bulanan yang diterima sekarang tidak mencukupi memandangkan kos hidup yang tinggi.

"Kementerian memang sentiasa berusaha untuk meminta kadar bantuan yang lebih. Kita akan mohon untuk kadar bantuan bulanan itu dinaikkan dan selepas itu kena tunggu sehingga Bajet 2006 diumumkan, kita harap berjaya,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan geran tahunan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) badan kebajikan sukarela di Rumah Orang Tua Uzur, Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Sebanyak RM1.4 juta diagihkan kepada 230 NGO bagi membolehkan pertubuhan berkenaan menjalankan kegiatan utama mereka.

Menurut Shahrizat, kementeriannya juga meminta kerajaan negeri agar mengkaji semula bantuan bulanan yang diberikan kerana jumlahnya rendah.

"Biar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sama-sama kaji supaya kadar berpatutan dapat disalurkan. Walaupun kita bukan negara kebajikan namun kita masih bantu mereka yang miskin,'' katanya.

Kadar bantuan bulanan di Pulau Pinang ketika ini ialah antara RM80 hingga RM250 manakala negeri lain berbeza-beza. (baca lagi)

--------------------------------------------------

huhuh... bantuan RM80 ke RM250 jek sebulan... sian kat derang nih ha.. ada yg kurang upaya, sakit, dah tua & tak mampu nak bekerja sara hidup... hurm.. 'org lain' buta2 dapat berpuluh ribu.. depa dapat berpuluh ringgit jek.. sungguh tidak adil skali.. :(

insaf...
bila tgk org lain susah.. terasa diri nih tak lah sesusah mana....
bila tgk org lain sakit.. terasa sakit pd diri tak seberapa mana...
bila tgk org lain sedih.. terasa sedih kita sekelumit cuma...
yg pasti.. bersyukur dengan apa yang ada..
redha dengan apa yang menimpa..
pasti ada hikmah di sebaliknya...



Di pagi hari yang cerah.....

Di suatu pagi jumaat….

Kenanga : Aku mkn roti tadi…tp rasa cam makan durian pulak
Mawar : hehehe…..roti telur durian yan
Kenanga : bukan lah……Roti telur duriYan….ekekekek
(melur hanya tersenyum tersipu-sipu……..)

Di dalam perjalanan titian kehidupan…..

Mawar : Maaf cik teratai….terlewat hari ni
Teratai : Saya ingatkan saya dah lewat tadi..sama2 lewat ari ni…
Mawar : Sian cik teratai…dah lama ke tunggu…
Teratai : Taklah…baru je turun…napa lewat ari ni..basuh kain lg ke???
Mawar : Taklah….dok borak2 ngan bunga2 yang lain….ari ni buat sarapan..sambil mkn sambil sembang2……alamak..jem le pulak….
Teratai : Semalam hujan lebat kan???
Mawar : Ye ke???…kul bape??
Teratai : Dalam kul 10…11….
Mawar : ohhh yg waktu dush dush dushhh…bunyi guruh tu erk….eh…dok berangan apa tu cik teratai…
Teratai : (senyum tersipu-sipu)
Mawar : alahai…parking reserve dah kena amik….erm..lewat le kita ari ni..tak sempat ni
Teratai : awak parking lah kat tgh2 tu….ada 2 minit lagi…nak tunggu lif mesti lambat…org dah baca doa….
Mawar : fuh….lega…nasib baik sempat…
Teratai : sempat….(sambil terseyum)

Di talian silaturrahim…….

Mawar : assalamua’laikum, bz ke?? Tgh buat apa tu?
Melati : wa’alaikumussalam..tak bz pun…tgh tulis blog
Mawar : eh kenapa blog kita tu ada 2 comment???
Melati : satu tu haloscan..dia nampak cantik sket……
Yang satu lagi tu, blogger…dia nampak plain….
Mawar : ohhhhhhh…(nada blurrrrr)…oklah..tu je nak tanya..bye..assalamua’laikum
Melati : Wa’alaikumussalam…..



Kahwin percuma di Kuala Lumpur

Kahwin percuma di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 14 Julai - Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menanggung sepenuhnya kos perkahwinan bagi pasangan kurang berkemampuan yang ingin mendirikan rumah tangga di bawah Skim Perkahwinan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che Ali berkata, pada masa ini skim yang diperkenalkan pada tahun 2000 itu, Baitulmal memberi bantuan untuk membiayai sebahagian sahaja kos perkahwinan ataupun sehingga RM3,000.

``Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kurang berkemampuan boleh tuntut agihan ini daripada Baitulmal oleh kerana pada hari ini ramai generasi muda yang tidak kahwin,'' katanya.

Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) berkata demikian kepada pemberita pada bengkel penambahbaikan skim agihan zakat era millenium Mawip di sini, hari ini.

Che Mat berkata, lelaki yang berpendapatan kurang RM1,024 sebulan layak untuk memohon bantuan Skim Perkahwinan itu. (baca lagi)

----------------------------------------


yeah... macam-macam skim ada skang nih.. tp takut plak nak kawen baitulmal bagi sumbangan kewangan, dah kawen bini lak bagi 'sumbangan' kewangan.. penyudah nya lelaki tu tak payah keje teruk2 nak carik duit sbb ada org nak suapkan masuk poket die jek.. huhuh..



Wednesday, July 13, 2005

Dialog antara 2 jiwa

Bacelah dialog di antara 2 kawan ketika sedang menjamu halwa telinga mendengar seminar di salah sebuah bangunan yang tertinggi di kl……..

Mawar : Aduh! Bosannya….apalah yang dia merepek tu….

Melur : Aku pun tak tau…hehehe…patutnya jemput aku je…bakal future C*O :D….ekekeke

Mawar : Tu ler…baik dia anto kita jer g sydney…aku pun leh wat presentation cam gini….hahahah

Melur : Wahahaha….betul sangat tuh…takat nak terang jenama hp 8810 ngan 4400 tu kita pon boleh…nasib baik dah abih merepek…

Mawar : tu le…aku bkn takat 8810 atau 4400 lebih dari tu…nak apa??? 3310? 3210? 3540? 6610? 9900? 11000……..hahaha. Eh awak, mesti org ingat kita ni rajin sungguh tulis nota…..hehehe

Melur : Hahahaha…..aku pun rasa org tengok kita mmg kagum la….tapikan awak, aku takut je ada org perasan pas tu soh kita baca nota ni ….uwaaaaa parah tu…glamor la kita…..dah la aku tulih aku bakal future C*O…:D

Mawar : Apa susah, baca jelag, future C*O kena lah berani…..hahaha…sure En A***r kagum giler ngan ko…..konpem dia p jmp C*O mintak ko stay ngan dia…insaflah Pn Fa***ah…hahahah

Melur : Waaaaa…glamornya aku……ni yang aku nak sgt p beranikan diri pegi ngaku ni…mana tau jadi reality..tapi jgn risau aku tak kan lupkan “kronikiter”…kronism tetap aku amalkan…..:D tunggu je la lap top sebesor tapak tangan hadiah dari aku…:D
p/s ko nak minta sesiap ke tanda tangan aku…aku leh tt…..maklumlah pas ni aku glamor…ekekeke

Mawar : First sekali ko kenale tt kt En A***r dulu, takpun Pn Fa***ah, lepas ni ko takyah ler riso² tada pc, lebih dr pk ko dpt, silap² leh dpt server terus…hehehe…download ler lagu byk2….ekekekek

Melur : Bukan aje server….segala datuk, nenek server aku beli….hahaha….gila blagak….ni yg org kata yang kaya bertambah kaya…..ekekeke….aku dah tahap bosan ni….orang ni pon cita pasal model hp gak….uwaaaaaa

Mawar : Sambung muka br lak, yang sebelah dah penuh….itulah asyik2 merapu jer….sharing apa pun aku tak paham….ckplah pasal MAWI ker takpun pasa mentor ker…br semangat nak nyampuk…..

Melur : Kalau pasal mawi+mentor takyah nyampuk…ntah2 kita yang jadi speaker….hahaha…..kalau org kat depan tuh…siap leh beri briefing 24hours tu pun tak tentu habis…kene sambung esok….

Rasa-rasa koranglah kan…sapa si melur…dan sapa si mawar…eheheheheh….



Syor nikah wanita menopaus

Syor nikah wanita menopaus

SIDANG Dewan Rakyat, semalam gamat apabila Ahli Parlimen disaran mengambil wanita yang berusia lebih 65 tahun jika mereka berminat untuk beristeri lebih daripada seorang.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika membahaskan isu itu, menyarankan lelaki termasuk di kalangan Ahli Parlimen mengambil wanita dalam lingkungan usia berkenaan kerana jumlah mereka melebihi lelaki di negara ini.

Terdahulu, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mencelah, berkata poligami dibolehkan apatah lagi dengan jumlah wanita di negara ini melebihi jumlah lelaki pada nisbah 1:7.

Fong menyangkal dakwaan Bung Mokthar itu dan menjelaskan angka itu tidak tepat kerana perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berbeza.

Beliau berkata, perangkaan kementerian itu, menunjukkan pada usia 4 hingga 64 tahun jumlah lelaki lebih daripada wanita, manakala pada usia 65 hingga 76 tahun, jumlah wanita melebihi lelaki. baca lagi



Tuesday, July 12, 2005

...ketika dan jika

Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia,
Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha...

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung airmatamu...

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berlalu begitu sahaja,
Allah tahu berapa banyak kau telah bersabar...

Ketika engkau bersendirian dan teman-teman terlalu sibuk untuk menelefonmu,
Allah sentiasa berada disampingmu...

Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah mempunyai jawapannya...

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan,
Allah sentiasa bersamamu untuk menenangkanmu...

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu...

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur,
Allah telahpun memberkatimu...

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah akan tersenyum kepadamu...

Ketika kau miliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Ingatlah, bahawa di manapun kau berada…
Allah akan mengetahui dan sentiasa di sampingmu…

terima kasih pada yang memberikan ini kepada saya. suka saya nak sharekan. macam 'chicken soup for the soul' la kirenye..
------------------------------------------------------
lagu untuk semua sahabat-sahabat...

Mirwana ft. Jay Jay - Aku Tanpa Cinta-Mu
Izzat:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Faizal:
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

JayJay:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMuYang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih



Friday, July 08, 2005

Hindari Kegelisahan...

ini diberikan oleh seorang sahabat kepada saya dan selalu saya baca dan cuba ingat dikala hati dan fikiran saya resah dan gelisah sekali. terima kasih banyak. Insya Allah menjadi ingatan yang baik kepada kita juga.

Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd.Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd,nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.

Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.

Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah.

Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.

Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram,mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu.
Setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Wallahua'lam.
--------------------------------------------------------
Saujana - Nur Malam
Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam
Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran
Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati
Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding
Yang Esa Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku Allah yang satu
Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat



Thursday, July 07, 2005

LAPAR DAN DAHAGA

Assalamu'alaikum semua...

lapar dan dahaga?

hahaha... itu yg terlintas di ruang fikiran aku waktu nih.. apa nak makan ek ari nih.. hurmm....

tengah hari tadi dah buat operasi (actually sejak pagi lagi), operasi menukar layout blog nih.. ari tuh ada error sket.. pehtu malaih nak baca2 sumer.. tuka jek lay out senang sket.. others remain unchanged.. huhuhu..

skang dah masuk julai '05.. yeah.. macam2 peristiwa dah berlaku... tak tercerita.. penat sket ari nih.. seminggu dua nih pon keje agak byk & menekan2, so tak punya byk ruang utk mencoret kat sini..

ok la. nak pulang dulu.. penat lah.. adei adei.. penat penat penat..

wassalam...



What’s Wrong With A Lustful Gaze?


Many of us who are used to watching Sinbad or Temptation Island, or are addicted to Bollywood movies, or enjoy the company of people of opposite gender, may wonder what’s wrong with lustfully staring at the attractive features of the opposite gender? Perhaps one saying of our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) sums it all:

“The furtive glance is one of the poisoned arrows of Shaytan, on him be God's curse. Whoever forsakes it for the fear of Allah, will receive from Him (Great and Gracious is He) a faith, the sweetness of which he will find within his heart.” (al-Haakim.)


Therefore, a secret lustful look at a person of opposite gender has been compared by the Prophet (peace be upon him) to an arrow from Shaytan that:

  • poisons our hearts
  • ruins our intentions
  • gives rise to false hopes and desires
  • distorts our perception of 'reality'
  • deprives us from enjoying and concentrating in Prayers
  • gives rise to constant feeling of guilt and depression
  • sometimes leads to sleepless nights
  • renders our heart weak for continuous Shaytanic attacks
  • promotes hypocrisy
  • weakens our memory
  • eventually leads to Zina (adultery)
  • above all, diminishes our love for and fear of Allah


Source: "Watch Out For The Arrow" - Young Muslims Publication