...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, October 10, 2008

D I A


Semalam saya jumpa ‘dia’…mmg tak disangka2…baru je terdetik di hati pagi semalam…tetiba mlmnya Allah dah temukan saya dengan ‘dia’…alhamdulillah.. …apa yg terlintas di hati kita, Allah Maha Mengetahui…segala puji bgMU Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Pengasih….

Seronok bukan kepalang dapat jumpa ‘dia’…lama jugak kami tak berjumpa…hampir 4 thn…lepas salam ‘dia’….saya cubit2 tangan ‘dia’…..rindu betui… ‘dia’ pun agak terperanjat jumpa saya di situ…siapa sangka…pertemuan dua insan tanpa dirancang….subhanAllah…moga2 ukhwah berpanjangan hendaknya….

‘Dia’…dia’ masih sama macam dulu…penampilan…pakaian…gaya rambut…perwatakan….masih tak berubah…masih ‘dia’ yang saya kenai 10 thn lepas….apa yg berbeza….hanya…dia agak berisi sedikit…lebih chubby.. dan lebih kiut…comel comel….hehe…

Dan yang paling buat saya terharu semalam…’dia’ belanja saya makan…dan hantar saya balik….aduhhhhh luluh hati ni…tak sangka sampai begitu sekali sayangnya ‘dia’ pada saya…tu sebab saya pun sayang sangat bukan kat dia jer…tp kat semua kawan2 saya…moga2 kasih sayang kami ni berpanjangan dan di dalam redha Allah selalu…


Punyalah semangat semalam, balik2 umah jer…terus cite kat semua osmet2 terchenta….yang…. saya jumpa ‘dia’…dorang pun tak sangka…ye lah..dah lama benor kami tak jumpa ‘dia’…dorang tanya macam2 pasal dia…jadi saya pun bgtaulah apa yg saya tahu…apa2pun kami sama2 berharap dia akan terus bersemangat dan maju jaya dalam hidup ‘dia’…..

SIAPA DIA?

Dia ialah Normala Ithnin (kawan kiteorg dari MMU dulu)





Tuesday, October 07, 2008

Report: Farah Suhana = Work Momentum < -22x

AKU amat malas+AKU takde semangat nak keje+AKU letih+AKU ngantuk+AKU buhsan+AKU sakan beraya+AKU sedih+AKU derita jiwa+AKU perangai sengal+I HATE my OFFICE X FACTOR = Aku CUTI lagi 2 hari.

Final ResultSambung tidur! zzzZZZzzzz.....
Assumption: Exclude all external factors.

Thank you.



Monday, October 06, 2008

..if loving you is wrong, then I don't want to be right

Salam semua, Selamat Hari Raya! ;) .Hopefully semuanya sihat2 je.
Okeh, kat bawah ni ada sedikit catatan 'sengal' di pagi 6 Syawal 1429 ni. Baca jekla kalau nak baca. Hehehe. Banyak sgt mkn kuih raya kot, tuh yg merapu2. :P

Dear 'awak',
Saya kesedihan seperti yang saya tuliskan kat bawah. Saya juga tuliskan sebabnya adalah kerana 'awak'. 2-3 weeks of sleepless nights and restless mind. Banyak sungguh ingatan saya kepada awak. Saya ingat 'agreement' kita before Aidilfitri. Saya ingat janji saya. & sampai skrg saya & awak tahu ia still sperti yang dirancang. Cuma catatan ini hanya sedikit luahan daripada hati saya. Kalau tak tulis ni mau pecah jantung saya ni. Ok, straight, saya tidak berhenti mengingati awak sepanjang cuti. 'Switch off' awak kata, tapi saya makin 'switch on' plak. Sekejap saya fikir ni, sekejap saya fikir tu. Ia sukar & tak semudah yang kita dah bincangkan.

"Perjalanan di titian, masa kita perlukan.." Yes, itulah yang perlukan dalam kekusutan antara saya dan awak. saya perlukan masa. Masa untuk melupakan. Masa untuk membuang segalanya. Berapa banyak masa perlu, bukankah saya telah ambil masa yang lama kerana perkara ni. Ntahla. Apa yang mendelaykan saya? Apa susahnya perkara ni? Ia adalah hanya sebab seorang 'awak'. Segala kesedihan selama ni hanya kerana awak. Berbaloi ke? Patut ke?

Ia sudah terlalu lama dan saya rasakan saya sudah keletihan dan kelelahan untuk semua ni. 5 tahun mungkin sekejap bagi sesetgh org. Tapi saya kirakan ia adalah panjang dan sudah cukup untuk saya melupakan awak. Tapi kenapa sukar? Kenapa masih degil? Terlalu keras ke hati saya yang satu ni? Atau sebenarnya, teramat lemah ke jiwa ini? Awak kata pada saya 'didik' hatimu wahai Farah. Didiklah ia. Tahla. Saya suka lagi kalau saya dapat mencabar hati saya. Mau saya lihat berapa banyak kedegilan yang ada sehingga akal fikiran saya tidak dapat mengawal kehendak hati dan jiwa saya sendiri.

Saya sesungguhnya rungsing dan adakalanya saya keliru. Keliru ttg apa? Keliru rasa diri sendiri. Keliru rasa kasih kasihan awak kepada saya. Kasih kasihan ke awak pada saya? Tapi setelah lama macam ni perlukah lagi. Mengapa saya perlukan kasih kasihan daripada awak? Bukankah itu hanya membuang masa awak dan juga saya membuang masa saya. Terbuang ke masa kita? Banyak sungguh kenangan, itu semua patutke kita panggil membuang masa?

Tanpa awak, saya sukar. Saya dalam sukar. Tapi selalu saya fikirkan awak tanpa saya? Sukarkah? Seperti sayakah. Pastinya tidak bukan. Begitu banyak kasih sayang untuk awak selain dpd saya. Apa sahajalah nak dibandingkan dengan kasih kasihan awak terhadap saya? Maka itu, bodoh bebal ke saya ni? Tak reti2 lagi ke? Atau saya bertahan hanya kerana kasih kasihan itu? Selfish ke awak? Pentingkan diri ke awak? Patut ke saya tuduh awak hanya mencari kasih kasihan ini tatkala awak rasa awak perlukan saya? Patut ke?

Ok, merapu byk kat atas. Kome maafkanle mike ye. :D .
Nih kira baru Part 1. Akan aku sambung catatan 'sengal merapu' aku ini kemudian.
Nak kena tido plak sebab esok aku kena antar adik gi skool.
Selamat bekerja semula housemate2 aku. Deqno je kot cuti lagi ni. Sama dgn I la.
Sampai jumpa lagi. I miss you all. Mmuuaahh.