...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Thursday, October 27, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Sahabat-Sahabat yang saya kasihi,
Sekejap je sebulan dah nak habis. Kadang-kadang tu rasa macam baru nk start Ramadhan. Tetiba jek, dah nak balik raya dah. :D .
Untuk tu, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Selamat raya sakan lepas jenuh kerja. selamat bercuti.
Maafkan saya atas segala salah dan silap. Yang mana saya sengaja atau tidak disengajakan. Tapi, banyak sangat, saya tahu tak terkira rasanya. Maafkan saya ye.
Pada yang balik kg naik kereta tu, berhati-hati di jalan raya, samalah yang naik bas ke, naik plane ke or apa-apa ke ok. Selamat Hari Raya semua. Kirim salam semua kat kg halaman tercinta sana. Sampai jumpa lagi lepas raya nanti.
so, ada lagu this time. pastinya daripada kakak saya, cik siti. lagu asal p-ramlee nyanyi rasanya.

-farahsu-
--------------------------------------------
Suara Takbir
Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi
Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci
( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan



Tuesday, October 04, 2005

Selamat Berpuasa Semua!

Assalamualaikum wm..wbt..
Sahabat-sahabat saya,
Esok Ramadhan datang balik. Sekejap sangat rasanya.
Macam baru kelmarin Sembahyang Tarawih sama2 dekat rumah kita.

Tapi kalau ingat2 balik apa yang jadi between Ramadhan ni Ramadhan tahun lepas, barulah dapat rasa lamanya kan.
Banyak sangat benda yang jadi setahun ni. Sama ada involve saya directly or indirectly, begitu juga pada sahabat-sahabat saya. Moga semua yang dah terjadi, kalau baik, alhamdulillah, kalau buruk, kenalah kita muhasabah diri kita balik ok. Adalah mana2 yang tak kena tuh.

So, Selamat Puasa semua. Tahun ni tak tahu arrangement macam mana. Nak sembahyang terawih sama2 ke, nak sendiri2 ke, nak pergi masjid ke, pun tak sure lagi..tapi yang penting selagi boleh, sempatkan jugala yek, kerja tuh apala sangat, ramadhan pun setahun sekali je(cakap pada diri sendiri gak ni, ;), :P).

++Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka Sama2, Selamat Sahur Sama2++


p/s. saja je letak gambar ni (tah, tetiba aku syahdu plak).dah lama kita sama-sama, maafkan saya untuk salah & silap yang saya dah buat selama ni.sorilah kalau ada orang yang termasuk dua kali. tapi ok apa. hehehe. pada yang sekali tuh, sorila kan, maksudnya tukang amik gambar la. sebab kamera ada dua kan..hehehehe..



Monday, October 03, 2005

Suara Yang Didengar Mayat

fwdd by deqno. dia tulis email subject "Lagu-Lagu" tu. hehehe.anyway bacalah.

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya


Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu:
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"


Ketika Mayat Siap Dikafan...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah


Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."


Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....
terdengar Suara Memekik Dari Langit,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia

Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....

Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku


Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,

"Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"