...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, August 31, 2007

Happy Independence Day!

Happy 50th Independence Day! Merdeka! Merdeka! Merdeka! (follow Tunku style aaa) Proud to be Malaysian. hehehe. patriotik plak memalam ni.31st August 2007. yer selepas 50 tahun our beloved Malaysia merdeka. a lot achievements aaa. how about us? merdekakah kita ni? merdeka ni banyak maknanya. bukan setakat merdeka penjajah je kan. macam aku, nih haa sekarang bukan time merdeka. maklumle dah start BP2008-2010. malam2 macam nih dokle ngadap laptop buat kerja. buat kata abah aku, sama je kat ofis ke pejabat ke.tuhla kejenye.macam tuh baik takyah balik umah. aku buat tk dengo je. nak wat camne dh mmg byk keje. aku plak skang macam homesick. tak balik umah tak senang hati. isk isk isk. tapi keje ni untuk siapa lagi? untuk TM merintis kemungkinan gak. TM yang banyak berjasa bukan jek pada aku tapi pada sumer rakyat Malaysia. tapi tuhla. tataula bila ni semua nak berakhir. huk huk. nk jadi bes nye, dahle banyak keje yg mmg banyak, PC/notebook aku plak kene worm. sudahnya 2-3 hari ni dok jadi IT technician. worm jahat ni dalam bahasa IT nye dipanggil W32vb.fw and W32 vb.a.
memula pc aku yg kena dulu. bila aku backup kan all my files kat notebook, notebook plak berjangkit.adusssss..tensen!bile aku check kat Google dia kata low threat. tapi nak curenye punyele hampeh. worm ni antaranya dia disable task manager, locked all hidden files, slowkan pc and kat IE ada tulis XXX-Hacked by 1byte {No Virus No Work No Money}. dia merebak melalui removable storage/ drive. tataula siapa yg telah melakukan kekejaman dengans engaja atau tidak sengaja menggunakan removable drive mereka sehingga berjangkit worm ni kat pc aku.huhuhu. aku reformat pc/notebook aku more than 10 times. sebab bila dh format clean sumer, copy jek backup file tetiba adee blk. kat IE dan tulis hacked tuh balik. manela tak sakit jiwa. buat backup files, copy backup files, delete backup files tah berapa kali tak ingat, turn off system restore, install segala anti virus/anti spyware yg available kat mesia mahupun kat dunia. aku scan pc lebih 100 kali. aku restart safe mode, masuk system registry, delete apa yg aku rasa patut (hehe) sampai tetiba gelap terus dah pc aku tu.sebab aku main delete je apa yang aku rasa patut kan.hahaha.
dan tetapi akhirnya selepas 53 jam aku buat semua menda kat atas akhirnya berjaya gak. siang tadi aku rescan sume documents. aku format semua external drive. habis 120GB movie/tvseries aku yg dload dpd torrent. mmg 'virus-virus benci' betul. tapi nak kasitahu yg besnya, NOD32, AVG, Symantec, Kaspersky, Panda, Spyware Doctor, Adaware, Spybot and Anti Hacking (to name a few) semua dapat detect and certain infected files deleted. Cuma yg hidden file been locked jek yg tk dpt diaccess dan di delete. yg TM pakai Trend Micro sihat walafiat macam takde apa2. tak detect apa2 langsung. comel je kata no virus, infection detected. tah hapa2 la.mmg dugaan betul. punyela susah nak recover balik semua files. there were yg tk dpt recover. on emails, habis sumer satu unit aku mintak refwdkan balik email2. blom masuk sumer emails dalam personal folder. mmg tension. rasa nak hentak2 jek kepala org yg buat worm2 macam ni. demotivated aku nak wat keje. dahle mmg kejenye melambak2. argghhh!! org IT plak bile aku lodge report tak datang2. camne tuh? org opis aku advice suruh thro
ugh bos je. tapi macam malas. wat pe la nak involve boss hal2 macam ni. deorg la kene efficient buat keje. dah mmg keje deorg betul/repair pc. dahle tak jaga network bebetul. punyela banyak virus2 benci ni. aku mmg memula macam dh pasrah je. tapi alhamdulillah la. ok gak akhirnya.legala sket. cumanya notebook jek yg blom. belasah jekla. nak wat camne kan.tapi notebook pun kene gak repair before 10 Sept. sebab nak guna untuk Pre-Challenge Session nanti.
tuh pasal PC/Notebook kena virus. belum lg pasal kerenah2 org yang buat BP ni. macam2 la gayanya.takmola citer kat sini.karang macam mengumpat deorg plak.walaupun sebenarnya aku dh mengumpat org IT pun kat atas tadi. hehehe.tahla.kadang2 rasa macam tak tahan dah. tapi kadang2 macam dah immune je.dah takde perasaan dah.lantakla. :D. okehla.nk nyambung keje. karang lagi lambat aku tido. so kat bawah nihla mini work station aku kt umah.
kat sinila antara banyak masa dalam 24 jam aku dihabiskan selain dpd kat hospital (tgk nenek aku sakit, ni nnt cerita :( ), office work station and 4-12-4 :|. sampai bila nak merdeka dpd semua ni? sesungguhnya DIA lebih tahu. ;) .aku akan terus berdoa dan berusaha. moga DIA suluhkan sinarr dan harapan.nnt aku upload gambo worksattion kat opis plak ok.situ lagi kene tidy up sket before amik gambar. bile time2 skrg tak nampak meja dah. penuh kertas keliling .tapi tataula bile. sbb kalau kat opis mmg tak dan le aku nak tulis blog mahupun membaca blog. nih kat umah le baru dapat.oh ye! sebelum abes, nih ada lagu patriotik yang paling disukai oleh housemate aku. bersemangat deorg nyanyi.hapal lirik tu.adusss..takpe, aku pun kene hapal gak. baru bleh join deorg nyanyi. deqno n momay, watch out aa..lepas aku hapal, aku nyanyi lebih soprano dpd korang.hahaha. aku upload dua. "Nyalakan Tekad" n "Dirgahayu Tanahairku". yg deorg suka tu Nyalakan Tekad. wokeh Selamat Merdeka semua! Malaysia ku gemilang!


Nyalakan Tekad


Dirgahayu Tanahairku



Sunday, August 26, 2007

...tidurlah permaisuri

ahaaa.sekejap sudah jam 12.15mlm. baru lps tgk cerekarama "Suara Saliha" kt tv3. sedihla jugak cerita nya. ada quality tapi biasala. cerita melayu mesti ada part2 yang boleh dipertikaikan.heheh.ok2, i'm not going to review that drama. i'm confident my housemates kat kl tu mmg tgk punyela cerita ni.hehehe.so, kalau aku review nanti mesti depa gelak sebab selalunya aku akan salah interpret. :D . so better don't aaa. sebenarnya dhnk tidur ni. masa tgk cite tuh dh terlelap2 pun. masa iklan sempatle amik masa lelap mata. tgk plak sambil landing atas tilam sbb tgk kt bilik adik. tuh yg tambah bes nk tido. lepas abes cerita balik bilik igt nk tido. skali tiba2 terdgr la plak lagu tidurlah permaisuri yang version jamal playing kt my winamp. adusss..terasa jwg plak seblom tido. sbb apa? sbb lagu ni buat aku igt pada seseorang. seseorang yg agak penting la gak.bukan agak, mmg penting pun.hehehehe.sebab die suke sgt lagu ni. kalau dia dgr mmg layan habis. bg aku lagu ni mmg manjalara betul. music and lyrics fantastic.tapi sebenarnya org yg td teringat yg fantastic.hahaha.okla, nak tidurla. nama pun lagu suruh tidur.untuk bebeh housemate sume i dedicate lagu ni untuk u all la skali okeh. luv u all!
---------------------------------------

lirik..



Saturday, August 25, 2007

..the good old days

test for picts. i think i don't have to describe anything..the following is enough to tell how happy and joyful we were before. now? hmm...takpa, nanti saya tulis lagi naa...tido time already! :D






Friday, August 24, 2007

test mode: song "Malam Ini Kita Berpisah"

ok, still in the test mode. need to polish and recall back my blogging skill yg dah berkarat marat tu. the funny thing masa nak post entry kat bawah was I even forgotten my login name and password. kirenye penatla otak dah recall balik segala common username and password saya.fiuuuhh!! punyela lama tak masuk sini.. :| how time flies...
ok, this is the song that currently playing in my winamp. already played and repeated for almost 50 times as it is the only song in my playlist.hehehe.the jwgs lagu ni. sang by Habibah Yaakob previously. recorded back by Liza Hanim for her Tribute album to PRamlee. donno why after uploading it to the server the sound quality has become low. anyway, just enjoy it ok.


here comes the lyric..



...after a year two months and two days

...and i'll be writing back here soon, insya Allah.
-------------------------------------------------------
Two poem from "In Her Shoes" film. I really love these poems. Remind
me of someone who was very dear and important to my heart.

One Art by Elizabeth Bishop
The art of losing isn't hard to master;
so many things seem filled with the intent
to be lost that their loss is no disaster.

Lose something every day. Accept the fluster
of lost door keys, the hour badly spent.
The art of losing isn't hard to master.

Then practice losing farther, losing faster:
places, and names, and where it was you meant to travel.
None of these will bring disaster.

I lost my mother's watch. And look! my last, or
next-to-last, of three loved houses went.
The art of losing isn't hard to master.

I lost two cities, lovely ones. And, vaster,
some realms I owned, two rivers, a continent.
I miss them, but it wasn't a disaster.

--Even losing you
I shan't have lied.
It's evident the art of losing's not too hard to master
though it may look like disaster.


I Carry Your Heart With Me By E E Cummings
i carry your heart with me (i carry it in my heart)
i am never without it (anywhere i go you go,my dear;
and whatever is done by only me is your doing,my darling)
i fear no fate(for you are my fate,my sweet)
i want no world(for beautiful you are my world,my true)
and it's you are whatever a moon has always meant
and whatever a sun will always sing is you

here is the deepest secret nobody knows
(here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life;
which grows higher than the soul can hope or mind can hide)
and this is the wonder that's keeping the stars apart
i carry your heart(i carry it in my heart)



Thursday, August 16, 2007

Rimas???

Hari ini sekali lagi aku di sini.. saja nak melepaskan rindu pada semua... di sini ibarat dapat bercerita kepada semua meskipun tak bersua...

Semua orang mempunyai cara mereka yang tersendiri... kadang2 kita memang tidak memahami mereka... tapi kadang2 mereka juga tidak memahami diri mereka sendiri... dan kadang2 mungkin kita lebih memahami mereka lebih dari diri mereka sendiri sebenarnya... tapi segalanya adalah bergantung kepada masa dan keadaan semasa... sesuatu yg sukar ditafsirkan...

Semakin kita mengenali seseorang itu, semakin kita terasa banyak yg kita tidak tahu mengenainya... setiap insan itu punya keistimewaannya yang tersendiri... begitu juga kelemahan.. bukanlah hak kita utk menghakimi mereka.. cukup sekadar memberikan pendapat, mungkin... namun sesuatu yg teramat sukar utk dimengerti dan difahami - hati - sampai bila pun kita takkan tahu apa yg terkandung di dalamnya...


---------------------------------------
Rimas - Fabulous Cats -

Lari, lari, lari... Aku lari tingallkan semua ini...
Untuk mencari, cari, cari... Ketenangan diri……… hi……

Pergi,pergi,pergi... Engkau pergi dari hidupku ini...
Ku tak mahu, mahu... Engkau hadir dalam diri ini… hi…
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu...
Ku simpan semua sebak di dada... Biar ku yang terluka...
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu...
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu...

Lafaskan kata dari bibir... Adakahnya dari hati...
Mungkin kau tak fahami maksudnya... yang tersembunyi...
Titisan air mata dari pipi ke bumi...
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini...

Mengapa… Aku yang terluka…
Aku yang merana… Aku yang menahan sisa baki cinta ini...
Engkau yang meminta… Aku yang sengsara…
Rimas, rimas.. aku rimas...

Tidak pesona kecundang... Istana jiwa ku goyang...
Roboh dan tumbang... Sawan ku lantang...
Tidak berpantang... Letupnya siang-siang...
Bukannya alang-kepalang datangnya perang...
Dan bawa ku ke jurang... Pulanglah sayang janji ku tatang...
Ku hapuskan dalang... Dalangnya sayang...
Sayangnya hilang... Hilanglah garang...
Garang ku Terbang melayang...
Terbongkang ku terbangkau terhoyong-hayang...
Tak pandang belakang... terkangkang kira ku tak diundang kurapuh...
semua tak bertiang janji ku kini kan berulang...



Friday, August 10, 2007

Sehari selembar benang...

Assalamu'alaikum buat semua...

Apa khabar?

Lama tak mendengar cerita... semua nya dah semakin sibuk dan mungkin ada juga yg dah lupakan pasal blog nih.. cam aku nih... kekadang tu ada la teringat... kekadang tu tak sedar ada gak blog sendiri.. huhuh...

Hari ini hari ke sepuluh, bulan ke lapan utk thn dua ribu tujuh ini... so far semuanya ok.. dak2 4-12-4 semuanya sihat wal'afiat belaka.. semuanya semakin gumbira (ye ke?) selepas mencecah suku abad.. oppss.. ada gak yg dah lepas sikit dr border suku abad tuh... cthnya pepaham sendirik la ek...

masing2 pun dah punya rancangan sendirik.. contohnya ada yg dah beli rumah... ada yg dah beli beli mesin jahit... ada yg dah pegi blind date... dan tak lupa juga ada yg dah set date 08.08.08... dsb... ada juga yg masih lagi "setia bersamamu"... bekerja tanpa mengira siang dan malam... tak tahu lah apa yg ingin dicapai.. tapi insya-Allah adalah hasilnya... cuma jgn lah sampai memudaratkan diri sendiri.. badan tu nak pakai lama... (quote from someone) huhuhuhu....

rumah di alam maya ni memang la dah lama bersawang... sori la to all visitor yek.. dapat apdet nih pong sbb dah penat sgt buat keje tp tak bley blk lagi sbb nak kena teman member kat opis nih keje dier tak siap lagi.. kalu tak memang dah cabut nak balik tido jek.. penat sgt hari nih... huhuhu... rumah yg di alam betul tu pong dah lama tak berkemas.... weekend nih cam biasa operasi lah.. anyone willing to help???

pergh... cukup setahun tak apdet blog... sabo jek la... :(