...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Monday, February 28, 2005

mAtI ItU pAstI.....

assalamu'alaikum warahmatullah....

it's quite too long since my previous post on updating my life here...

last thursday got mc from zarif.. probably because of the hot weather plus lack of rest plus a little bit of stress on work and some personal matters = unstable health and mood, less appetite and got migraine...

then, went to the office on friday, work as usual.. by around 9.45 am, received call from my cousin, informed me that my younger cousin (17th years old) had passed away becoz of asthma.. innalillahi wainnailaihi roji'un... al-Fatihah to him...

I've took urgent leave to ziarah him at his hometown - Sg Bakau, near Nibong Tebal, P. Pinang... actually arwah's mother is my father's elder sister... thus, arwah and me are quit close actually.. arwah was a nice person, quite, simple and polite boy.. we really miss him and hopefully he will be in the best condition there...

--------------------------------------------

to Farahsu...

Happy Birthday to you!!!

hope you'll achieve all your good wish and gain success in your future life....





Sunday, February 27, 2005

..Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

pagi Ahad..sejuk sgt..bangun2 tido je..laa, hujan lebat rupenye..

hmmm..tahla..tiba-tiba je hati aku jadi sayu + terharu. baru semalam sblom tido aku borak2 ngan momay pasal jerebu ni..pasal Air Pollution Index (API ) yang semalam reported teruk kt 8 kawasan in Malaysia which two of them were KL & PJ..tuh masuk kawasan kita la kan..

Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, hujan lebat pagi ni..tah dah berapa jam agaknya hujan..hilang jerebu semalam..dari nampak blok sebelah samar2 dah nampak jelas sekarang..alhamdulillah..sesungguhnya Allah masih sygkan + kasihkan kita ini manusia walaupun kita selalu lalai dan leka...

teringat pd kata-kata salah seorang sahabat juga waktu saya minta pendapat die pasal camne nak lupakan seseorang yang kita amat kasih, amat sayang, & camne nak hilangkan perasaan kasih + sayang pd seseorang tuh. dia hanya kata pd saya "apalah sgt ingatan manusia kepada manusia berbanding ingatan yang sepatutnya kita ada pada Allah dan RasulNya. Apalah jua kasih dan syg sesama manusia berbanding kasih & sayang kepada Allah dan RasulNya..dan begitulah sebaliknya...fikirkanlah sendiri, Farah..kau pun dah besar"..hmm..jawapan yg saya rasa ringkas tapi cukup buat saya faham dan insaf bahawa saya dah banyak leka & lalai dgn duniawi yg sekejap ni..terima kasih sahabat..

so kawan-kawan, kekalkanlah syukur dengan apa yang kita ada..Moga Kasih Sayang NYA sentiasa ada utk kita..
maaf juga kalau saya tak pandai tulis nak tulis perkara2 mcm ni..please correct me if i'm wrong yek..saya nih pun banyak kena blaja lagi..huhuhu..pantun sket la..

"buah cempedak diluar pagar, amik galah tolong amikkan buah tu, saya budak blom pandai blaja, kalau salah tolong tunjukkan"


---------------------------------------------------
Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu

Ya, Allah, kepadaMu kami berserah, kepadaMu sahajalah kami memohon dan meminta..
Sesungguhnya KAUlah Yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Friday, February 25, 2005

a thought for today

ok..nak share ni..drpd one of my friend yg dh berjaya jdk dr. pun skang..congrats & thanks dalish for sharing this.. ;) ..

assalamulaikum wbt
just wanna share smthg interesting...


1) ada sorg patient tua yg aku jumpa nih dia ada diabetes so d/t that, dia ada diabetic foot... teruk sgt ulcer dia.... and worse, dia jarang bersihkan kaki dia.... nak org mandikan dia, dia tak kasi. hari yg aku jumpa patient nih, dia dtg utk review check up ngan tukar bandage dia..... tetiba aku terbau satu bau busuk sgt menyengit....nurse tuh pon bersapa " what that awful smell".. rupa2nyer dtg dr celah2 kaki dia.... hitam legam, kotor sgt ...pastu nurse nih bersihkanlah sambil bebel kat pt nih suruh bersihkan kaki dia selalu. bukan niat aku nak menghina atau memburukkan makcik nih, kita pon kena faham condition penyakit dia... tp point yg aku cuba nak sampaikan nih ialah...... lps incident tuh, aku pon amek wudhu nak solat, masa aku tgh basuh kaki, teringat kaki makcik tuh....terlintas satu benda dlm kepala.... alangkah bagusnya kita org Islam nih mempraktikkan solat dan berwudhu'...bayangkan... betapa sucinya Islam nih dan betapa kebersihan tuh satu aspek yg Islam menitikberatkan.... kita berwudhu' 5x sehari.... beerti kita membasuh anggota2 tertentu sbyk 5x sehari... beerti kaki kita nih kita bersihkan 5x sehari.... bersihkan !!! kalau org biasa, basu muka pon paling max 2-3x sehari jer.... something to ponder... subhanallah...


2) kami yg buat GP/ PSych rotation nih kena pi dermatology outpatient, so nak tak nak kena baca buku dermato skit... masa aku go thru satu buku nih, aku ter'serempak' ngan chapter "Ectoparasite Infections"... bugs yg termasuk ialah kutu... ada satu jenis kutu nih nama dia Crab Lice (Pthirus Pubis)... spt nama diberi... dia ditransmitted thru physical contact (ahah !!) dan sgt active bila host dia tido.... "becomes animated when its host is sleeping......it cannot colonise scalp hair, except at the margins of the scalp, but pubic, axillary, beard and eyelash hair are perfectly acceptable to it....Female crab lice stick their eggs to hair shafts with cement material....." klau nak tgk gambo pi cari buku nih nanti...) clinical features - itch, usually lice are visible on the pubic area or axillae, but sometimes their eggs, which are brown are easier to see. ,........bla bla....

MY POINT here is.. ingat tak ada satu hadis Rasulullah SAW yg berbunyi lebih kurg gini... "antara fitrah manusia ialah cukur bulu kemaluan, cabut bulu ketiak, potong kuku jari mana dulu dan sewaktu dengannya"

pastu lagi... ada kisah dialog antara Nabi ngan Iblis... rasanyer sume pernah baca artikel ginih.. aku quote skit... "

Pertanyaan Nabi:
"Dengan jalan apa tipu dayamu bisa dilawan manusia?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Pertanyaan Nabi:
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba (yakni iblis) mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Subhanallah.... "....Di situ lah hamba (yakni iblis) mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu." --> mcm lah Crab Lice tuh.... and that's MY POINT...

so kawan2, marilah kita amek iktibar dr semua kejadian yg ada di sekeliling kita.
seperti firman Allah dalam surah ra'd (guruh)


[13.3] "Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

[13.4] Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

wallahu'alam


---------------------------------------------
"Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam,
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Yang Menguasai Hari Pembalasan,
Sesungguhnya Hanya Engkaulah Tuhan Yang Kami Sembah dan;
Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Yakni jalan orang2 yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,
Sedang mereka itu bukan orang2 yang dimurkai bukan pula orang2 yang sesat.."



Thursday, February 24, 2005

Jantung berdegup kencang...

Huyooo... menarik jugak article ko tuh leli. Boleh publish buat buku tuh..eheheh..

Something unbeleivable happened today at my workplace. One of my colleagues gave her resignation letter to my boss. Do you know what happened? She (my boss) opened the envelope, read the letter and threw it back to my colleague.. WHOOAAA!! What a boss.. We ( me and my other colleague) were really suprised to here that. I really don't know what to say but, I think that is too much. Yes I know she was very stressed at that time but.. she don't have to do that. Why can't she just say it's was not a good time, talk about that later.. or whatsoever other than throwing things. That was way just too much...

Nanti kalau tetiba satu hari tader org pegi keje, baru padan muka boss aku... >:)

--------------------------------------
Allahumma Bismika Ahya Wa Amuut...
--------------------------------------



Wednesday, February 23, 2005

Meniti hari...

mood.. di manakah dikau.. huhuhuhu...

adei... aku perlu bercuti.. berehat..

minggu depan 4 - 6 mac balik ipoh.. spt yg aku bitau sblm ni, akak sedara (sebelah mak) aku yg last skali nak nikah.. nih nikah jek, kenduri kawen next week nyeh.. aku dan adik aku ditugaskan buat puding karamel utk tetamu2 dr pihak lelaki... hehehe.. kalu majlis kwn2, aku buat main dishes, main tasks.... kalu balik umah family.. buat yg sampingan2 jek.. pakar nyeh dah ramai la katakan... heheheh.. takpe... leh la rilek2 sket sambil belaja2 skill baru....

11 dan 14 mac aku dah amik cuti... dah lulus dah pon.... boss aku cukup efisen bab nih.. sayanggg boss... (yanggg, kata nak amik cuti skali??? jadi ker balik ipoh skali?? aku nak bawak balik kete nih.. :D)... time cuti yg nih balik ipoh gak sbb kenduri pulak... task aku? tak tahu lagi.. tp aku perlu ada la.. at least sbg tukang angkat hidang.. huhuhu.. sbb yg memasak nanti pakcik2 aku jugak (sebelah abah aku)... dah menjadi tradisi keluarga kitorang kalu kenduri kitorang yg buat masak2 sendiri.. drpd kupas bawang.. sampai la kpd menghidang... tp part nih org lelaki jek.. yg pomwan buat lauk pengantin jek.. tu pon beberapa org makcik aku yg akan buat part nih.... kiranya time kenduri org pomwan relek sket aa.. takat layan sedara mara je la yg penat... hehehehe... tp yg nih la yg aku paling suker.. sbb aku akan pilih sedara mara aku yg kecik2.. pehtu main ngan derang (baca:buli) sampai derang nangis.. pastu aku pujuk balik... hehehhe... aku suka tgk budak2 kecik nangis.. hehehe.. comeiiiiii sgt..... (sbb tu korang akan dengar bunyi "tttuuuttttt" bila menelepon aku... heheeheh)

tgh dengar lagu2 dr citer hum saath saath hain... adeiii!!!! aii missss mai hommmeee!!!! :(( :(( :((

----------------------------------------------

Something Stupid...
Look Through My Eyes...
I Cant Stop Loving You...
I'll Be There For You...
Can't Take My Eyes of You...
If You Had My Love...
To Where You Are...
Unbreak My Heart...
It's My Life...
You Raise Me Up...
Come Into My World...
Listen To Your Heart...
Where is the Love........



Tuesday, February 22, 2005

Topik...

nak tulih aper ek....

two hectic weeks...

tadi tak sempat nak serahkan report kat boss... tapi sebenar nya dah siap... dah boss tak mintak... hehehe.. tapi sebenarnya aku still tak puas ati ngan report tuh.. sbb buat agak kelam kabut kan.... tuh yg nak simpan dulu.. nak kena check balik dulu.. esok boss start out station sampai isnin depan.. selasa baru ader balik.. seminggu aku 'relek' sket.. tp takpe.. akan aku setelkan sumer keje2 yg tertangguh sbb nak siapkan report tuh.. insya Allah boss balik opis nanti dier tgk aku dah ready for next task!!! ganbate!!!!

life.. as usual...

semalam seperti biasa kronikiter yg bekerja di menara - farah, ina dan aku (tak cukup2 jumpa kat umah) lunch skali kat tkt 3 bersama2 k aiza dan nad...

topik hangat yang dibincangkan semalam ialah topik kahwin & curang - kaitan dgn kerja.. heheh.. ye ke? lebih kurang tu la.. isu nya pasal kita2 ni.. yg bekerja dan sudah berkahwin tetapi menjalin/terjalin 'hubungan' bersama teman sekerja yg berlainan jantina... alasannya kerana kita lebih byk (dr segi masa) bertemu dgn teman sekerja, tiada org lain satu unit/satu bahagian @ kita mmg berkerja secara langsung ngan dia, berdua shj, jadi rapat sehingga wujud satu perasaan yang sukar ditafsir sedangkan kedua2nya atau mungkin salah satu telah pon berkeluarga... tambahan ada yg mendakwa benda nih sesuatu yang sukar dihalang kerana tuntutan tugasan/kerja yg menjadikan kita rapat tanpa sedar ngan org tuh...

hehe.. panjang nyeh penjelasan berkaitan isu.. takper la kan... yg pasti kitorang diskas2 sampai la ke pukul 2.. apa yg didiskan tuh malaih ler nak tulih... panjang sgt...

ok.. this is my opinion... org lain tak tau la kan... mungkin sumer ahli kronikiter yg lain leh kasi pendapat sama kot.. ehhehe....

ok.. cuba bayangkan..
A = si lelaki, sudah berkeluarga dan B = si perempuan juga sudah berkeluarga....
setiap hari si A akan berjumpa dgn si B seawal pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang, bekerja bersama, makan bersama, berbincang, bersembang bersama.. = 9 jam,
balik ke rumah, 10.30 dah tidur = 5 jam,
tidur = 6-7 jam,
pagi.. mungkin spend masa bersama2-3 jam..
tu pon tolak masa sibuk memasak, melayan anak2, mandi, makan sumer.. baper jam sgt kita berinteraksi bersama pasangan kita.. maksudnya mmg masa kita 'lebih byk' bersama teman sekerja kita...


Punca:

1. Environment - keadaan sekeliling yang mengarah kepada situasi tersebut..
- kerja - of course la tak bley pilih partner kan.. so benda nih tak leh nak elak.. kecuali dlm keadaan tertentu...

2. Individu - mungkin kekurangan benteng pertahanan diri dari segi 'soal hati' ini.. mudah berubah2 atau mudah tersemai satu perasaan mudah menyenangi org lain atau kesepian atau tiada tpt meluah rasa lantaran masa yg berkualiti lebih byk diluangkan waktu kerja...

3. Nature/Lumrah Kerja - bergantung pada syarikat.. budaya syarikat tu.. contoh cam company kronikiter keje nih.. budaya dier sumer pepaham je la ek..


Cara mengatasi:


1. Berhenti/Bertukar Kerja

Bagi org pomwan cam kita, yg nih paling senang.. tak payah susah2 nak pk pasal keje.. dok umah jaga anak dan keluarga... tp pomwan zaman skang bukan jenih dok umah keyh.. penat la belaja tinggi2, pastu dok umah.. kalu keje at least duit ade dlm tangan, bley tolong mak ayah kita.. kalu berenti nak cari keje lain bkn nyer senang...
bagi org lelaki mungkin payah sket nak berenti/tukar keje... pucuk pangkal skang mmg susah nak cari keje lain.. kang tade keje hancur la rumahtangga tuh nanti....
so cara ni kurang berkesan la..


2. Elakkan berinteraksi secara langsung terlalu kerap

Kalu boleh dielakkan interaksi secara lansung berdua2an, elakkan lah.. lagipun tak baik kan kalu seorg lelaki dan seorg pomwan yg bukan muhrim ni berdua2an kan... Islam telah lama gariskan panduan dan batas2 dalam pergaulan... kenapa? antaranya adalah kerana tak nak timbul masalah2 spt yg isu yg kita bincangkan ini la... aku pernah baca dulu seorg pekerja yg professional tidak akan mencampurkan soal peribadi dlm kerja.. maksudnya bkn shj kerja kita tidak boleh diganggu kerana urusan peribadi, rakan sekerja pon tak boleh/tak digalakkan diganggu kerana urusan peribadi kita.. heheh.. btol ke ek..

contoh: si A ceritakan masalah peribadi/keluarga pada si B dan sebaliknya.. lama2 derang jadi rapat.. so masing2 nak tolong.. tiba2 jadi lain plak..

kenapa si A kena citer kat si B? nak buat aper? apa gunanya citer kat si B kiranya akhirnya lebih meruntuhkan kehidupan si A? kenapa tak ceritakan pada yang lebih berhak, yang lebih sesuai, atau yang lebih reliable???





tulis, taip, cakap memang la senang!!!!

------------------------------------------------------

penat dah.. nanti korang sambung2kan la...

------------------------------------------------------

aku bukanlah sasterawan negara...
aku hanya manusia biasa...
menulis sekadar meluah.. rasa jiwa...



Mencari ketenangan jiwa menerusi alam

BAGAIMANAKAH hendak mencari ketenangan jiwa? Ada orang menonton wayang, merokok, mengambil dadah atau berkunjung ke pusat hiburan dengan tujuan untuk mencari ketenangan jiwa.

Bagaimanapun cara begini hanya boleh menjadikan jiwa mereka tenang seketika, kemudian bercelaru kembali. Ia bukan cara menenangkan jiwa yang abadi.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko, bahkan akan mendatangkan penyakit jiwa seperti runsing, resah gelisah dan yang lebih parah, menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan secara wajar.

Oleh itu, dalam mencari ketenangan jiwa, seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya tidak terbabas daripada batasan agama.

Memang sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak-pinak, bermain, makan minum dan pakaian.

Kehidupan dunia ini sendiri bagaikan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah bermaksud: "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan." (Surah al-An'am, ayat 32)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Ruum, ayat 21)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya. Ia bertepatan dengan tujuan asal manusia itu diciptakan untuk sentiasa menyembah Allah. Firman-Nya bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah al-Zariat, ayat 56)

Syarat bagi ketenangan hati adalah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah bermaksud: "Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-! Ra'ad, ayat 28)

Oleh itu, orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara sunat seperti zikir, puasa dan sedekah. Begitu juga berinteraksi dengan alam ciptaan Allah dan menerima segala ketentuan daripada-Nya.

Dengan melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana berasa perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan. Malah, kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadat itu.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat, mereka berasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka juga terhibur, lalu bersabar.

Mereka yakin dengan firman Allah bermaksud: "(Katakanlah wahai orang yang beriman: "Agama Islam yang kami telah sebati den! gannya adalah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat." (Surah al-Baqarah, ayat 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah. Mereka sentiasa berasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya.
Melihat, mendengar dan berfikir mengenai keindahan itu sudah cukup bagi mereka untuk merasakan keindahan alam dan kebesaran pencipta-Nya.


Ia adalah sifat orang yang bertakwa iaitu mereka yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah.

bagus artivle ni..tq aznur fwd this pada kita..

sibuk sgt lately..br hari ni teringat nk masuk blog..nih pun ada keje pending..lepak jap..jenuhla..penat tuh..tadi ngantuk sgt..terlelap jap kt meja..sakitla pergelangan tgn kanan ni..lenguh..tuh physical..mental + emosi pun tk sihat ni..bile time byk keje time tuh gak nk serabut pkran pasal lain..tahla..doa banyak2..moga Allah kurniakan kesabaran pada aku n korang2 sume in whatever yg DIA nak uji kita..


-------------------------------------------------------------------

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan..

Tak harus kuturuti kelemahan diri

Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...



Monday, February 21, 2005

yg dtg pasti pergi jua..

ari sabtu lepas dpt berita sedeh, wife kepada kawan aku (wife die pon aku kenal gak) pulang ke rahmatullah akibat cancer ( cancer aper tak tau le pulak). Mati tak kenal umur. Kalau dah time tuh, pegi la juger. Al-fatihah buat allahyarham, semoga rohnyer dirahmati Allah..



Bersangka-sangka

Nice quote to share :)

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.



Friday, February 18, 2005

Kehidupan......

hurm... smalam pulang keje agak lewat.. selepas maghrib... tu pon sbb aku nak kejar tgk changjin.. kalu tak mmg aku stay lagi kat opis.. keje nimbun.. ari ni kena anta report tp aku leh buat rilek lagi... takpe.. pepagi gini kena cool down dulu.. warm up sesikit.. huhuhu... bess nyeh... bos aku baru jek lalu gi meeting... pagi nih konpem aku dpt rilek sket.. aku kan tak leh tertekan.. kang kalu kena tekan aku langsung tak mo buat dah sbb nanti jadi tak kena sumer benda.. kalu tertekan aku tak suka buat aper2 keje yg menjadikan aku tertekan sbb nanti buat keje tu sure dlm keadaan kelam kabut, tade konsentrasi, come out nyeh sure aku tak puas hati dan hati pon tak ikhlas kan... buat keje ape pon kena lah dgn rela hati.. jgn sbb kena paksa sumer kan....

hurm... weekend minggu pertama bulan march aku kena balik ke ipoh, akak sedara aku yg last sekali (sebelah mak aku) nak nikah.. sbb aku pon rapat ngan dia... aku nak balik gak aa kasi support.. lagipun aku rasa cam tak sedap ati sgt pasal perkahwinan dier nih.. tp takpe... hanya Dia shj yg tahu segala rahsia di hati.. kan kan....

then.. weekend minggu kedua bulan march pulak aku kena balik ipoh lagi sbb nak wat kenduri pulak.. maybe aku amik cuti la, ari jumaat ngan isnin tuh... yg nih sure penat nyeh la.. alamak.. nanti kenduri sumer org pakai baju biru muda.. adei.. aku tadok baju lagi nih.. mano den nak carikk nih.... huhuuh...

selepas akak sedara aku... the next cucu pomwan yg dah 'baligh' nyeh aku la kan.. hahahhaah..... tgk la nanti aku dulu ke.. abg aku dulu ke (baca:ina ker), adik aku si syahir dulu ke (baca:momay ker) , adik aku si ina ker (boypren dia nak pi sbg belajaq) atau adik aku si wajiha tuh (form 1 dah ader boypren baya kakak dier)

sebelah abah aku plak.. yg pomwan2 ni tak kawen2.. maksu aku sorang lagi tak kawen, akak sedara ader dlm 2 org lg... huhuhuhu.... yg lelaki plak berlumba2 nak kawin... bulan april nih.. minggu kedua dan ketiga... kenduri kawen 2 org sepupu lelaki aku serentak, derang ni adik beradik.. jimat banjer.... sorang tua aku setahun, sorang muda aku setahun... hahaha... skang ni tiap kali balik kg tok musti tanya ngan aku sbb dier riso tgk cucu lelaki dier jek yg kawen.. cucu pomwan dier cam tak sedar2 diri umo dah makin meningkat semua.. hahahahhaahha....

apa2 pon.. insya Allah akan tiba juga hari tu.. tunggu je la ek....

------------------------------------------

nih aku dpt dr kawan aku, dier forward kat email...

marriage do not marry a person that you can live with, only marry someone that you cannot live without
(betul ker? abis satu hari nanti kalu org tu mati ke, terpisah ngan kita ker... kiter pon tak leh idop ler ek?? eeeee.. tak bley tak bley... )

value : what is the most valuable is, not what you have in your life but who you have in your life
(hurm... yg nih mungkin.....)

trust : it takes years to built trust, and a few seconds to destroy it
(sometimes it happens.. tapi nampak cam tak baik la la.. penat buat baik bertahun2... tiba2 hancur gitu je... apa2 pon depends kat apakah maksud dan niat disebalik pengkhianatan itu.... )

dont hurt anyone : it takes a few seconds to hurt people you love, and it can take years to heal
(hahahahahha..... part nih ada la gak pengalaman... tp org kata org pomwan lagi susah nak lupakan org yg buat dier sakit ati... "I can fogive but not forget!!" )

money : money can buy everything but not happiness....
(money is not everything but everything nowadays need money... )

live today : there are two enternities that can really break you down YESTERDAY AND TOMORROW, one is gone and the other doesn't exist, so live today!
(heheheh... yg lepas jadi tauladan dan sempanan, yg sekarang jadikan kenyataan.... yg akan datang jadikan sandaran harapan... ;) )


moral: jgn percaya bulat2 apa yg org forward... fikirkan dulu keyh!

---------------------------------------------
ku meniti awan yang kelabu... ku tempuhi lorong yang berliku...
mencari sinaran menerangi kegelapanku....
ku percaya nanti suatu masa.. sang suria kan menyinar jua...
membawa harapan yang menggunung bersamanya....
kau tiba bagaikan pelangi.... tak bercahaya namun kau berseri....
tapi cukup menghiburkan hati ini.....
seharian waktu bersamamu... tak terasa saat yang berlalu...
bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua...............



Thursday, February 17, 2005

Kekalutan..

Ntah laaa.. aku pon tak tau nak kater aper. Abih sumer org kat tempat keje aku tuh nak benti keje. Boss aku tu pon satu, dah tau org nak benti, cepatlaa carik org ganti. Nih dok ilek2 gak wat keje lain.. please laa.. bukanyer dier tak kasik notice, aku rasa dari january ari tuh dier dah kater nak benti, pastuh buat bodoh jer. Dah org tuh bebtol nak benti, dier kater plak org tuh nak benti tetiba. Tak paham betol aku org2 camnih. Tak pernah nak pikir masalah org lain. Org lain pon nak pikir pasal masa depan, tak koser laa nak keje lelame kat tempat camtuh. Bengang gak aku nih. Kalau ikutkan ati aku nih.. nak jer aku lari. Baru padan ler ngan muka diorang tuh. Tapi aku masih ader hati dan perasaan. Tak tau laa sampai biler aku boleh bertahan. Ya Allah, bagilaa aku kekuatan, lancarkanlah perjalanan hidup aku nih.. hanya Kau laa yg tau aper yg terbaik untuk aku. Tunjukkan lah aku pilihan yg betol dlm hidup nih. Tabahkan lah hati aku jika dugaan menimpa...



ia akan tiba jua...

seorang kawan Jasinian aku tulis artikel ni..just nk share..banyak lupa & leka aku lately ni...mudah-mudahan boleh jadi peringatan utk kite yg selalu lupa dan lalai ni....insya Allah...

Mengingati mati, sebelum kita terlewat…

Apabila ia akan tiba, ia akan tiba. Ia akan tiba tanpa sedetik terlewat mahupun sedetik terawal. Ia akan tiba, maka manusia itu akan terbeza samada meninggal dunia atau mampus kemudiannya mereput menjadi tanah. Perginya akan menyebabkan alam ini terkesan dan menangis ataupun perginya akan menjimatkan pembaziran makanan dan oksigen. Kehidupan manusia di muka bumi ini bukan untuk membazirkan makanan atau menghabiskan oksigen, tapi punya matlamat yang besar.

Manusia dijadikan oleh Allah swt bukan secara sia-sia mahupun untuk membuang masa. Maha suci Allah swt daripada bersifat sebegini. Manusia dijadikan sebagai hamba untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Perhambaan ini yang bukan bersifat pemalas, penuh masa lapang atau tidak bermatlamat. Perhambaan ini adalah sepenuh raga, tenaga, masa, dan sepanjang waktu. Malahan seluruh alam, termasuk segala macam binatang pun mengabdikan diri kepada Allah. Tapi malang, terdapat juga manusia suka memperbodohkan diri kerana lebih selesa bertuhankan manusia lain dan hawa nafsu.

Apabila manusia terlupa dan sengaja melupakan matlamat besar ini, maka tiadalah kehidupan itu kecuali bermain-main dan melekakan. Bermain-main untuk menghabiskan masa umur yang terasa begitu panjang, padahal umurnya ciput dan pendek. Tapi memandangkan kehidupan ini tiada matlamat, maka terasa masa umurnya begitu panjang. Adakah manusia fikirkan nyawa seperti iblis? Iblis yang meminta umurnya dipanjangkan sehingga hari kiamat. Tapi kalau manusia dapat umur sepanjang ini pun, apalah gunanya sekiranya kehidupan semacam ini penuh dengan main-main dan membazir masa. Iblis pun tidak membazir masa. Iblis akan menggunakan setiap detik masa yang ada padanya untuk menyesatkan anak Adam. Kehidupan Iblis pun bermatlamat, tapi kehidupan manusia ini pula tidak bermatlamat. Kehidupan yang membazir masa sementara menunggu masa untuk mampus dan mereput untuk menjadi tanah.

Bilakah saat kita pula akan tiba? Adakah episod kehidupan kita akan menjadi suatu kisah perjuangan yang bercita-cita besar dan bermatlamat agung demi untuk Islam atau sekadar kisah pembaziran makanan dan oksigen di muka bumi? Kehidupan ini hanya sekali, kerana kita bukan penganut Hindu yang percaya kepada kelahiran semula. Maka gunalah ia sebaik-baiknya. Gunakan setiap detik waktu yang berlalu supaya ia menjadi saksi di akhirat nanti sebagai bukti perhambaan kita sebelum terlewat. Janganlah kerana kelewatan ini akan menjadi laknat dan sesalan menggila di akhirat nanti. Apabila ia akan tiba, ia akan tiba. Ia akan tiba tanpa sedetik terlewat mahupun sedetik terawal…
-----------------------------------
Memandang pemandangan yang indah, hati ingat kepada Allah yang menjadikannya.
Makan makanan yang enak, hati ingat kepada Allah yang memberikan rezeki.
Mendapat kesakitan, hati ingat kepada Allah yang ingin menguji kesabaran hambanya...



Tuesday, February 15, 2005

Cerita hari ini...

Hari yang busy... huhuhuh...

petang semalam dah tulih dah sket dlm nih tp tetiba... tupp... black out.. sumer pc dlm opis nih (maybe satu menara kot)... terdengar la jeritan2 'tensen' pekerja2 yang berdedikasi lantaran kerja2 yang sedang dibuat masih belum disimpan secara selamat (termasuk lah aku...) kol 4 lebey nak dekat kol 5 pc dah bley on.. tp mood keje dah tadek.. so buat je a keje2 lain... ader plak query data dr sambadi.. buat je la keje urgent org tuh... plus bos aku kalut nak data.. urgent gak.... so setelkan dulu mana2 panggilan urgent tuh sumer.. tup tup dah kol 6.. terus balik... malaih nak sambung keje sumer... tp pagi semalam boss aku dah kasi task besar kat aku... yg memungkinkan aku utk busy lagi sepanjang minggu nih... report utk semua main data aku by end of this week.. dan statistik daripada data2 tuh sumer... adei.. byk tuh... masalahnya data aku tu tak update... data as of oct 2004... huhuhuh.. kalu nak update kena matchkan satu-satu ngan data yang terkini.. huhuhuh... pancit aku!!! beratus data tuh.... :((

jadi pagi tadi dtg dgn keadaan 'empty' sbb sumer keje yg aku buat smalam tak menjadi... pastu aku bukak2 blog.. cari2 mood nak start keje yg 'hectic' tuh... baca2 surat khabar.. pastu tetiba ader org msg kat yahoo.. sembang2... sambil2 tu mood dah start dah... terus sambung wat keje... alhamdulillah... siap dua worksheet excel tuh ari nih... satu file tuh ader 5 worksheet.. ader lagi dlm 4-5 file... waduh waduh... byk skali kerja aku... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oppsss... saba saba... saba saba....

huhuhu... apa nak makan mlm ni? still tatau nak makan ape... nak beli makanan kat depan tu dah tadek selera dah... asik lauk & menu yg sama jek.... muak btol... nak makan kat umah tu ader sardin ngan telur jek.. pon agak muak jugak sebenarnyeh... selera pon cam tadek jek.. tgh ari tadi makan soto nasi impit... skang nih dah terasa2 lapa plak.. tp tade selera.. huhuhu...

ok la.. nak balik dulu la.. nanti la pk nak mkn aper.. nak memasak la.. masak telur masak asam.. dah lama tak makan masak asam... tadi pon rasa cam nak muntah.. agaknya sbb dah tak tahan nengok data2 tu sumer kot... kalu org operation busy nak entertain org ngan daily task... org development plak busy wat analisis itu ini ngan data2 sumer, anto2 org training... anto2 training nih penat nak deal ngan org.. wat analisis nih penat nak ngadap data.. uish.. nak muntah dah aku.... biler ler aku leh tuko kerjaya yang lebih mencabar nih....

-----------------------------------------------------

Chaha Hai Tujhko - Mann -

Chaha Hai Tujhko Chahunga Hardam...
(I loved you, I will love you with every breath)

Mar Ke Bhi Dil Se Ye Pyaar Na Hoga Kam...
(Even after death, this love won't lessen in my heart)

Teri Yaad Jo Aati Hai Mere Aansoon Behte Hain...

(When the memories of you overtake me, my tears flow)

Apna To Milan Hogaa Pal Pal Yeh Kehte Hain...
(Every moment they tell me that we shall meet)

Kya Yeh Zindgani Hai Bas Teri Kahani Hai...
(What is this life (of mine) save a story about you? )

Bas Teri Kahani Hai Ye Jo Zindgani Hai...
(It’s just your story, this life (of mine))

Teri Woh Baatein Woh Chaahat Ki Rasmein...
(Your words, those acts of desire - )

Jhoothey Teh Vaade Kya Jhoothi Thi Kasmein...
(Were they lies, those promises? Were those oaths lies?)

Jaane Tamanna Kya Ye Sach Hai Bas Itna Keh De...
(Beloved, are they real? Tell me at least that much!)

Toot Jayee Na Lamha, Aitbaar Ka...
(Don’t break this moment of trust)

De Koi Silaa, Mere Intezaar Ka...
(Give me some repayment for my wait)



10 Reasons Why You Should Leave Work at 6.00p.m



Thanks to Akmar. ;) . muahs!

-------------------------------------------------------------------------
Memandang pemandangan yang indah, hati ingat kepada Allah yang menjadikannya.
Makan makanan yang enak, hati ingat kepada Allah yang memberikan rezeki.
Mendapat kesakitan, hati ingat kepada Allah yang ingin menguji kesabaran hambanya.
Sentiasalah kita dalam keadaan berzikir selama kita ingat kepada Allah,

..kerana zikit itu bermaksud ingat.



Sunday, February 13, 2005

....aku yang kalah

aku yg kalah,
yg akan sentiasa kalah..

aku yang kalah,
banyak & suka bermain,
tapi tiada satu pun yg menang..

aku yang kalah,
mengapa nak teruskan,
kerana keputusannya telah sedia ada..

aku yang kalah,
kerana tiada apa utk menang,
yang ada hanyalah kekalahan..

aku yang kalah,
dunia yang banyak warnanya,
mengapa aku nampak satu warna sahaja?

aku yang kalah,
terang yg banyak,
mengapa yg gelap itu juga aku mahukan..

aku yang kalah,
kawan-kawan sumer,
lihatlah pada kawan ini,
hopeless & helpless..

aku yang kalah,
ya..benar kata ina..
ya atau tidak je pilihan yg ada...
tapi tahuke aku yg mana ya yg mana tidak..

aku yang kalah,
hahaha, aku yang kalah ini...

--------------------------------------------------------

SHEILA ON 7 - BERHENTI BERHARAP

aku tak percaya lagi akan apa yg kau beri
aku terdampar disini tersudut menunggu mati

aku tak percaya lagi akan guna matahari
yg dulu mampu terangi sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat

mengapa ada derita bila bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam bila putihmenyenangkan...
*
aku pulang tanpa dendam kuterima kekalahanku
aku pulang tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu


kau ajarkan aku bahagia kau ajarkan aku derita
kau tunjukan aku bahagia kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita....



--------------------------------------

"Tuhanku, aku hilang bentuk kembara di negeri asing ini...."



Wednesday, February 09, 2005

sin nyen kuai ler

sabaik saja aku menjejak kan kakii kaki kat pekan parit raja nih, adik aku terus ajak gih cc.. ahhahah, aku dgn hati terbuka mengiyakannya.. (saper taknak weh). seharian aku berjalan ari nih sblm pulang. carik spot yg tader org kat kl. rasa cam nal pengsan dah tadi time nak gih tiket balik johor. tak dapat nak digambarkan dgn kate2. mmg teruk. dgn mamat2 indon penuh melepak kat kawasan pudu tuh... ikutkan hati mmg tak sanggup menempuh kawasan 'hitam' tuh. akhirnya aku membuat keputusan untuk melarikan diri ker muzium negara, tempat yg aku rasa takder org nak pegi. tempat ilmiah laa katakan. sampau kat saner, rasa hampa seketika sbb muzium tuh tader letrik. aduuuhh... tapi nasib baik sekejap. Rasa nye sejak kali terakhir aku dtg muzium nih, agak banyak jugak perubahan nyer, cume nyer... banyak galeri yg under construction. waktu nih ader pameran pasal cina peranakan aka baba nyonya. hmmm... agak bernasibb baik jugak laa sbb dapat tgk org tgh broadcat wanita hari ini LIVE dari muzium tuh... dapat laa tgk ezah aziz fauzi tadi.... lama jugak meraound muzium tuh.. na dkat 3jam jugak laaa.

nak balik aaa, lama dah nih. Thanks to ........... sbb sudi teman jenjalan tadi : D.. really appreciate it. lain kali kiter buat lawatan kat tempat lain pulak yer.. taman rama2 ker, taman burung ker... time square ker ahahhaha. okiess.. adios chalosss.. wassalam



Tuesday, February 01, 2005

Lagu Peberet aku.. foreber n aber

"Where You Are"
There are times I swear I know you're here
When I forget about my fears
Feeling you my dear
Watchin over me And my hope seeks
What the future will bring
When you wrap me in your wings
And take me:
[Chorus]
Where you are
Where you and I will breathe together
Once again
We'll be dancing in the moonlight Just like we used to do
And you'll be smilin back at me
Only then will I be free
When I can be
Where you are
And I can see your face
Your kiss I still can taste
Not a memory erased
Oh, I see your star
Shining down on me
And I'd do anything
If I could just
Be right there:
[CHORUS]
Then I will be free
So take me where you are
Now baby there were times when selfishly
I'm wishing that you are here with me
So I can wipe the tears away from your eyes
And make you see T
hat every night while you are dreamin
I'm here to guard you from a far
And anytime I feel alone
I close my eyes and just be there: Where you are
Where you and I can breathe together (and we will breathe together baby)
Once again (oh, we'll be dancing in the moonlight)
We'll be dancin in the moonlight Just like we used to be
And you'll be smilin back at me (only then will I be free)
Then I will be free
Baby I still believe
Oh I've got to believe
I will touch you that sweet day
That you take me there
Where you are I still believe
Oh I've got to believe I will touch you that sweet day
That you take me there Where you are
Oh where you are I've got to believe
I'll always be waiting here That sweet day yeah
Only wanna be where you are I still believe
Jessica Simpson feat. Nick Lachey