...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, May 27, 2005

Jemputan Perkahwinan 04/06/2005

Assalamualaikum wm..wbt..
Sahabat-sahabat & saudara-saudari semua,

Saya rasa sume dah tahu pasal Noli punya kenduri kahwin yang di inform kat bawah by Leli.
So, nih saya mewakili sahabat kita yang sorang lagi, Nadrah untuk menjemput semua datang ke Walimah dia pada 4th June 2005 (Sabtu) nanti. Kalau ada kesempatan nak dtg, datangla yek. Kalau tak dapat 4th tuh maybe on 3rd boleh kot. Hari nikah.

Nak detail kat sini ---> http://azizulnadrah.exki.org

Sekian, wassalam.
--------------------------------------------------

Come What May
Never knew I could feel like this
Like I've never seen the sky before
I want to vanish inside your kiss
Every day i'm loving you more than this
Listen to my heart, can you hear it sings
Telling me to give you everything
Seasons may change, winter to spring
But I love you until the end of time
Chorus:

Come what may
Come what may I will love you until my dying day
Suddenly the world seems such a perfect place

Suddenly it moves with such a perfect grace
Suddenly my life doesn't seem such a waste
It all revolves around you
And there's no mountain too high
No river too wide
Sing out this song
I'll be there by your side
Storm clouds may gather
And stars may collide
But I love you until the end of time
*Chorus
Oh, come what may, come what mayI will love you, I will love you

Suddenly the world seems such a perfect place
*Chorus



Friday, May 20, 2005

Sejiwa...

Assalamu'alaikum semua...

Apa khabar kawan-kawan semua?

Hurm.. hari ini hari jumaat... minggu depan merupakan minggu terakhir di bulan mei ini.. ia juga bermaksud akan berganjak lagi satu bulan di dalam hidup kita... bulan june mungkin merupakan bulan yang agak 'sibuk' bagi ahli kronikiter.. mengundang atau memenuhi undangan walimah yang rancak diadakan di musim cuti sekolah akan datang ini... yeah.. semestinya bulan june menyaksikan juga salah seorang ahli kronikiter (mungkin sudah disebut sebelum ini) iaitu Cik Norli Dolah kita yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya yang terchenta, Tg. Mohd Khairi Nizam Tg. Mohd Adam @ K-dam, sekaligus menjadi perintis di antara ahli-ahli kronikiter, menempuh alam baru, melayari alam rumahtangga ....

Ya.. bagaimana dengan ahli-ahli kronikiter yang lain? Sudah ada yang membuat perancangan menjadi ahli kedua yang merasmikan panggilan "Puan" untuk diri sendiri? Semestinya di kepala masing-masing turut memasang angan-angan untuk menceburi bidang ini juga.. namun jodoh bagi sahabat kita ini telah sampai dahulu.. jodoh kita insya Allah akan tiba juga.. sabar yek semua..... huhuhuuh....

aku ni sedang membilang waktu nak balik nih.. nak tunggu pukul 5.. esok cuti sampai isnin.. bessshh nyehh.... sakan ler cuti.. minggu ni aku nak berehat dulu... sebab start minggu depan aku terpaksa berhadapan dengan dugaan "menahan nafsu makan dsb." aku ketika menghadiri majlis-majlis walimah sahabat2ku ini...

ok... cik ina kita telah menelepon.. perlu pulang sekarang... jumpa lagi nanti.... bubyes.. wassalam....

---------------------------------------------------
Sejiwa - Spring

Pada irama ku berpesan... lagu ini ditujukan padanya yang tersayang....
Kasihku kau pernah dipersia... lalu ku bawa cintamu sebagai penawarnya....
Biar lukamu masih terasa...

Sesaat engkau tidak kutemu... bulan seakan pilu... tiada dapat beradu...
Begitu jika engkau membisu... Badai jauh di lautan... tiada bertepian...
Sebegitu cintaku padamu...

Usahlah cinta dibawa bersama... ditenggalami mentari di timur..
Gelap gelita tiada bercahaya... ku tiada berdaya...

Inginku selalu di sampingmu... tiap waktu siang melambai malam...
Bagaikan senja denyutan cinta kita... penyambung hadirnya....

Akan kubina istana bahgia... menjadi lambang kasih berpanjangan...
Hentikan air mata pedih kenangan... yang mencakar perasaan...

Mekarlah bunga cinta... seharum wangi kemboja...
Mekarlah bunga cinta... di taman kita sejiwa...



Saturday, May 14, 2005

Satu kisah hari ini...

Malam semalam aku menonton cerita "Tentang Dia" di salah satu pusat membeli-belah yang dikenali ramai bersama 2 orang temanku... sudah lama tidak menonton pada waktu malam sebegitu... namun, bukan tempat menonton yang aku ingin ulaskan di sini.. apa yang ditonton sebenarnya yang mencuit hatiku...

Kisah "Tentang Dia" bagi aku secara keseluruhan lebih berkaitan dengan sesuatu bergelar "kehilangan"... kehilangan tanpa rela lantaran pengkhianatan di dalam cinta dan juga persahabatan... betapa kehilangan itu amat menyakitkan.. ianya telah digambarkan di dalam cerita ini... kehilangan itu membuatkan si gadis hilang arah dan tumpuan dalam hidupnya... hilang teman, hilang kekasih, hilanglah senyum tawa, dan baginya hilanglah segalanya... tiada lagi yang bergelar bahagia, tiada lagi yang menaruh harapan... yang tinggal hanyalah derita... tiada lagi ruang buat insan lain kerna baginya semua itu bakal mengundang pengkhianatan cuma..

Kehadiran insan yang turut pernah merasai kehilangan menjadi pengubat kesepian.. bagi diri si gadis... dia merasakan dia tidak keseorangan.. dia punya teman yang pada fikirannya akan memahami jiwa deritanya.... namun bahagia sekejap cuma... jodoh, ajal, pertemuan.. sekian lama telah dimaklumi, semuanya terletak di tangan Tuhan.. lantas sekali lagi kehilangan melanda dirinya.. dia sekali lagi kehilangan.. kehilangan insan yang dirasakan akan mengubat kesepiannya.. insan yang turut pernah merasakan kehilangan sepertinya... namun.. kuasa-Nya mengatasi segalanya... teman barunya punya umur nan singkat di dunia ini...

"aku kehilangan sekali lagi insan yang kukasihi".. itulah rintihan si gadis.. yeah.. sayu skali tatkala melihat situasi itu.. betapa kesedihan itu ibarat tidak berpenghujung...

bagi pendapat aku di sini.. kisah ini hanyalah salah satu kisah yang sering berlaku di dunia masa kini.. kekecewaan yang amat akibat pengkhianatan, kecurangan, ketidaksetiaan dalam hubungan cinta dan persahabatan... rata-rata kini manusia sering mengejar sesuatu untuk kepentingan diri mereka sendiri... mereka suka mengecewakan dan mempergunakan insan-insan yang bergantung dengan mereka... mempergunakan kepercayaan? kejam sekali..

aku susah nak percaya kat orang.. tapi bila aku dah percaya kat seseorang tu.. itu bermaksud aku benar-benar percayakannya... dan bila kepercayaan itu dikhianati, sukar bagi orang itu untuk mendapatkan kepercayaan aku kembali.. hati ini terlalu rapuh untuk dilukai lagi.. huhuuhuh...



Wednesday, May 11, 2005

Ada Apa Tentang Dia....

salam hormat dan penuh kasih buat semua...

sudah genap seminggu tidak mencoret di sini.. rasa2nya catatan yg terdahulu masih ramai lagi yang belum habis membacanya dah bukak catatan baru.. tiada apa yang menarik.. sekadar mengemaskini perkembangan diri dan sekeliling cuma...

tanggal 8 may 2005 iaitu pada Isnin yang baru lepas ini merupakan hari kelahiran ke-24 (tp dia rasa dia baru 19) salah seorang ahli kronikiter yang tersayang iaitu DEQNO... lantas tiada harta segunung emas, selaut intan yang mampu diberi... cuma sepotong doa semoga dianya sentiasa sihat, gembira, murah rezeki, dipercepatkan jodohnya dan berkekalan sampai bila2....

begitulah lumrah hidup kita.. ada yang baru tiba mengecap nikmat dunia, ada yang pergi tak kembali.. namun hidup ini perlu diteruskan... seperti roda, sekejap kita akan berada di atas, satu waktu roda hidup kita akan berputar ke bawah.. tidak kira sama ada kita di atas mahupun di bawah.. bagi Dia, kita sentiasa di bawah lindungan-Nya... insya Allah...

heheh.. dah merepek aper la plak nih.. tak pe la.. pengisian jek sket..... hurm.. ada yang mencadangkan blog ini ditutup lantaran kesukaran ahli2 kronikiter untuk mengemaskini atau meletakkan catatan masing-masing di sini... namun begitu.... biarlah ia terus bertahan di sini selagimana ia mampu bertahan.. selagi mana ianya percuma di alam
siber ini... ;) mungkin ada waktu dan ketikanya ada ahli kronikiter yang begitu menginginkan mencoret sesuatu buat teman2nya... lantas, di sinilah ruangnya... mungkin juga bagi yang tidak berkesempatan menaip setiap hari di sini boleh melakukannya seminggu sekali, atau sebulan sekali.. cukuplah sekadar mengemaskini perkembangan diri atau apa sahaja yang diingin dibincangkan...

------------------------------------------------------
Nazam Berkasih (Syura)

Pandang-pandang hati berkenan, Tidur malam wajah terbayang,
Renung-renung hati keliru, Siapakah dihatimu,
Jeling-jeling malu memandang, Dua mata bertentang mata...
Harap-harap ulang bertemu, Bimbang nanti resah menunggu...

Lama-lama... lama apa, Lama rindu... pada siapa, Pada teruna idaman,
Rasa-rasa... rasa apa, Rasa pilu... Eh! kenapa, Hai dia buat tak tahu,
Jauh-jauh... jauh apa, Jauh hati... hati siapa, Hati kita yang terluka,
Rasa-rasa... rasa apa, Rasa malu... Eh! kenapa, Tangan bertepuk sebelah,
Dapatkah.. ku inginkan, Hatimu dan hatiku, Berpadu jadi satu...

Jauh-jauh orang berpesan, Yang di sana sedang merindu,
Harap-harap masa terluang, Ada waktu ingin bertemu,
Jauh-jauh menuai padi, Tidak lalang tumbuh sebendang,
Harap-harap kasih menjadi, Dua jiwa berpasangan.l..

Cintaku... cintamu, Suci berpadu... Rinduku... rindumu, Mekar menjadi satu,
Dua jiwa berpasangan, Dua cinta berpautan, Senandungkanlah alam, Irama cinta suci…

this song is for him..

hati..
sekembalinya dikau...
akan ku cantum kembali serpihan itu...
pencarian itu tidak berhasil...
biarkan saja ia berlalu di arus masa...
biarkan saja jika itu mahunya...
mungkin ada yang lain menantimu di sana...
atau mungkin kau ditakdir bersendiri selamanya...
pasrahlah dikau wahai hati...
meniti hari-hari sepi...



Thursday, May 05, 2005

Mencari Sinar...

Assalamu'alaikum semua....

sungguh lama tidak ber karya di sini.. pasti nya ramai yg merindukan nukilan aku di ruangan ini.. (heheh.. ayat perasan sekali sekala takpe la kan...) namun begitu, aku sebenarnya yang rindu nak menaip di sini... rindu juga nak membaca coretan kroni-kroni yang lain di sini.. bagaikan ada musim pulak ahli-ahli kroni ni meletakkan posting masing2 kat sini... tak mengapa lah.. bukan perkara wajib pon kan.... ada byk lagi tugasan/tanggungjawab penting yg lebih penting menanti kita semua di sana....


ok.. berbalik kepada diri aku sendiri.. minggu ni seperti biasa sibuk la dgn kerja2 dan tugasan2 yang menuntut aku memerah fikiran, tenaga dan masa... di akhir waktu kerja sebegini aku mula memperlahankan rentak tugasan aku kerna aku yakin jika aku tidak melakukan demikian.. berlanjutlah waktu kerja aku di luar batasan masa yang ditetapkan walaupun aku tidak layak untuk meminta bayaran untuk bekerja lebih masa.. hehehe... dan di sini lah aku meninjaukan diri....

sebentar tadi aku membuka buku (planner) oren aku.. melihat kepada tarikh di dalam nya terlintas aku untuk menulis kembali aktiviti aku kebelakangan ini, yang telah lepas, semasa dan akan datang... bermula seawal minggu ke-8 bagi tahun 2005 ini (25 Feb) aku memulakan rutin pulang ke kg hampir setiap hujung minggu. Izinkan aku senaraikan aktiviti di luar jangkaan aku ini.. hehe... :

- Minggu ke-8 (25 Feb) itu menyaksikan pulangnya kerahmatullah adik sedara aku yg baru berusia 17 thn kerana penyakit lelah... aku pulang ke kampung di Parit Buntar, Perak.

- Minggu ke-9 (5-6 Mac) pulang ke Ipoh, kakak sepupuku sebelah mak bernikah.

- Minggu ke-10 (12-13 Mac) pulang lagi ke Ipoh, majlis kenduri kawen kakak sepupuku yg nikah minggu sebelum tu.. huhuh.. time nih pancit abih aa aku..

- Minggu ke-11 (20-21 Mac) tidak ke mana2 tapi adik sepupuku sebelah abah (lelaki & muda aku setahun) nikah ngan org kat2 sana (Kuala Kurau)

- Minggu ke-12 (26-27 Mac) pulang ke Ipoh, perpindahan rasmi mak dan adik2 dari 'umah sementara' kami di Ipoh ke umah tetap yg telah siap untuk diduduki, sempat la buat makan2 sket utk jiran2 sekeliling...

- Minggu ke-13 (2-3 Apr) ke rumah makcik di Jln Ampang, ahli keluarga sebelah abah semua dah kumpul kat sana, abg sepupuku (tua setahun aku) nikah dgn org gombak, dan kenduri sebelah pomwan tu skali... aku jadi drebar sepenuh masa la...

- Minggu ke-14 (9-10 Apr) pulang ke Ipoh, perpindahan rasmi barang2 di Taiping (2 x lori besar, 1 x lori kecil, 1 x van, 2 x kereta).. abah aku still keje di Taiping.. berulang la dier mana2 yg dia larat... kg parit buntar ke, ipoh ke, stay hostel ttc tepeng ke..

- Minggu ke-15 (16-17 Apr) pulang ke kg Parit Buntar, 2 org sepupu aku yg nikah ari tu nyer kenduri (derang ni adik-beradik).. huhuh.. yg ni pon penat ooo yg...

- Minggu ke-16 (18-24 Apr) berada kat Ipoh sepanjang minggu nih.. direct cuti dr kenduri weekend sebelum tuh.. cuti berehat kat umah sambil amik kesempatan ngemas2 dr yg pindah2 ari tu...

- Minggu ke-17 (30 Apr - 1Mei) pulang ke Ipoh.. saja2 balik sebab rasa cam seronok lak balik tiap2 minggu.. tambahan isnin tu cuti hari pekerja kan.. huhuhu...

ok.. tu minggu2 yg telah dilepasi.. non-stop!!!~ minggu ni, minggu ke-18.. kalu bley nk berehat2 di sekitar kl... gi servis kete, gi gathering dak2 skulah lama dulu (maybe) dan bersantai bersama2 osmet ter chenta (kalu derang sudi ler...), usrah dsb...

then.. bila check e-mail dsbnya plak.. aku letak la plak apa akan berlaku pada minggu2 akan datang... tgk sini keyh...

- Minggu ke-19 (14 May) - register utk kursus kat menara ngan yan sabtu tuh....

- Minggu ke-20 (21 May) - ada perjumpaan kat luar..

- Minggu ke-21 (29 May) - walimah dari beberapa sahabat.. yg ingat dan ditulis dlm buku nih Abg Aza & K Amir.. eh! silap.. Abg Amir & K Aza.. huhuhuhuuh... yg nih insya Allah mmg nak gih nih.. tak leh terlepas...

- Minggu 22 (4-5 Jun) - looonngggg travel ever in my life.. heheh... on 4th salah sorang ahli kroni kiter, Cik Norli Dollah kite nak kawen!!!!!!!!! so kronikiter akan buat konvoi ramai2 ke Kuantan, Pahang.. tapi ada yg akan gi jumaat tu, ada yg gi sabtu.. buat masa ni aku gi ari jumaat tu ngan deqno & shadow nyehhhh... hhuhuuh then ptg tu kitorang terus gerak ke Perak sbb on 5th nyeh our fren skeimc aka firdaus fadzil plak kawen kat tepeng... mmg jauh la nak jalan nanti... KL-Kuantan-KL-Perak (Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping)-KL... huhuuhuh

-Minggu 23 (11 - 12 Jun) - ke Melaka plak.. abang Farahsu kawen.. kitorang sumer dah dijemput ke sana... so kena pegi la.. lagipun dah lama tak gi umah dier.. huhuhuh...

- Minggu 24 (18-19 Jun) - kursus di Cameron Highlands!!!! aiyarks.. jauh gak tuh..

- Minggu 25 (25-26 Jun) - hheheheh.. takde ape lagi!!!! kalu bley nak berehat2 la...

WOW!!!!

tu je yg mampu aku katakan... packed nyeh jadual aku!!! boleh la nak kata ni lah aktiviti aku untuk separuh tahun 2005 yang pertama.. muahahahahha... tak tahu la plak macam mana ngan separuh tahun ni yang kedua... harap2 tak packed sgt la... huhuh...

ok la... nak pulang dah ni.. esok aku sambung lagi keyh.. ada org gi ajak minum laks.. ;) huhuhu..
jumpa lagi sumer... bubyes.. wassalam.....