...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran 1429H

29 September 08/29 Ramadhan 1429 .2 hari sebelum Aidilfitri. Saya still keje hari ni. Sepatutnya esok pun saya keje. Tapi, memandangkan sebab dh malas + takpelah pun biasela last2 minute ni (ayat sedapkan hati), aku amik cuti sampai next Tuesday. Semangat raya? Bebudak umah aku sume semangat gile! hehehe. Dimulakan dengan Momay yang telah pulang ke pangkuan ayah bonda pada 25/09, dan di follow oleh yang lain pada 26/09. Memula Ina plan nak balik 27/09 tapi memandangkan waktu berbuka tu dia banyak sgt dengar lagu raya tetiba je tukar plan. Nak balik malam tu gak.huhuhu.Dan hasilnya aku tinggal sorang kat rumah start 26/09 tu. Busan la gak. Tapi sebab aku pun agak sibuk, Sabtu ada klass 2ptg-930mlm (Note: Aku bangun tidur pun dah pukul 130ptg, skrg susah nak tidur malam, stress kot, :D), so Sabtu abes camtu je. Ahad, pukul 2ptg baru jaga (takleh tidur gak malam tu. penat dah aku lelap2kan mata). So aku kemas2 umah (tataula dok kemas apapun, sebab tak sepah le benonye). then tgk2 citer kat TV dah malam pun. :D . Dan skrg pagi Isnin, aku kat opis. Pukul 915 baru sampai. Sbb? Hehehe.aku lajak tidur lepas Subuh tadi sampai kol 820. Aku bukak2 je mata laa hai dah terang rupenye. Sayu syahdu aku tidur sorang2 takde org kaco. :D .mandi2 siap2 terus gi opisla.Naseb baik hari ni tak jam langsung. Parking occupied 1/5 je. Sume dah balik raya ni.huhuhu.

Ok back to semangat raya aku. Aku biase je. Aku sedih sebenanye. Apa yang buat aku sedih?hehehe.biasela hal2 dalam 'hati' ni. :D . nak cerita pun tak guna kan. Hal2 macam ni ada org paham, ada orang tak paham (sanggup perlekeh lagi tu), so takyahla cerita.Biar Allah, aku, 'dia' ,dan tidak ketinggalan 'blogger' umah aku je yang tahu.Kalau sudi doakanla moga aku tabah dalam segalanya. Sebenarnya aku rasa malas nak gi mana2. Ialah, orang yang tak bape nak happy cam aku ni boleh spoil kan modd org lain gak. Maklumla kita ni kan ada aura. Kalau gembira, kita akan menyebarkan aura2 positif. Begitu gak sebaliknye. So, ada baiknya kalau aku tak spreadkan aura negative aku tu. :D .Rasa macam nak raya je kat sini.Tapi bila fikirkan balik, yes aku ada tanggungjawab lagi pada mak, abah, adik2 kat umah & family aku balik gak la. Adik aku pagi2 dah antar msg. Dia tulis "kak farah, nih Ya la. Bila kak farah nak balik raya ni? Yah rindu kat kak farah. kak farah ngan abang wan je blom balik. Nanti Kak Farah balik cepat tau". Terus syahdu plak rasanya. So, aku takleh pk kan diri aku je. Aku ada banyak orang lain & other things of equal important. Pasal cerita sedih laa ni, aku put aside dulu la yek. ;) .

So, ada a few entries more. Tapi nanti dulula becoz this one untuk hari Raya. Di kesempatan ni, saya & semua housemate 4-12-4, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429. Maaf Zahir & Batin. Drive safely pergi dan balik okeh. Jumpa lagi lepas Raya.
p/s: pics kat bawah ni sume yang lama. the latest (19/09) ada pada Leli tak sempat copy lagi. Lagipun kami mmg susah nak amik gambar serumah sekali. Ada je halnye sume.bz2.ngeh ngeh ;) .





Monday, September 22, 2008

Remang Harum Jasmin yang ini..

Semalam, bukan semalam yang satu malam,
Semalam yang mengiringi malam-malam yang indah
Untuk jiwa-jiwa yang sedar..

Hari ini, bukan sehari yang seliteral sehari
Aku bercanda lagi dengan malam-malam yang indah
Untuk jiwa-jiwa yang khabar

Lautan jiwa yang engkau hidangkan
Menepis mudah indah lampu-lampu kota yang berkerlipan
Yang Ingin mengiringi bintang kejora..

Malam-malammu menghamparkan sepenuh alam
keasyikan indah dalam kasih dan sedar
lalu aku lupa kasih disini
lalu aku lupa resah disini
lalu aku lupa kekalnya sementara ini

berjuta jiwa engkau simbahi dengan kasih dan seni
piala-piala engkau sediakan menanti pelayar-pelayar berpedoman
malah yang tak pernah mengerti seolah-olah mengerti
mentajalikan zahir yang setulus tak di paksa malah tak dimengerti
dimana menjauh shahwat ku selama ini?
Mengapa hilang secara tiba-tiba?

Jiwa apa yang ada pada mu?
Zarah apa yang engkau kandungi?
Cubalah engkau zahirkan dirimu
Aku ingin menyingkap apa ada pada mu
Seperti berjuta turun menghantar keramat
Memacak pagar-pagar kesedaran di jiwa-jiwa tak terpilih

Harumnya malam ini
Indahnya malam ini
Segarnya udara mu
Indahnya mentari mu
Berdesir merdunya dedaun dan angin mu

Apa ketemukah lagi aku dengan mu
Di interval yang lagi satu?

by Shahrir Ramli

salam semua. lama tak tulis.saya barangkali amat sibuk kot. :D .banyak gk sy nak update. esp. pasal gathering kita. tapi sajak ini perlu saya postkan dulu. kenapa? hehehe.sebab sajak yang ditulis pd 2006 nih adalah khas untuk melambangkan betapa mulianya Ramadhan buat kita. penulis nya pesan pada saya, sajak ini hanya boleh deberikan pada orang2 yang saya sayang je. maka itulah saya abadikan di sini. ok, selamat meneruskan ibadah puasa dan ibadah lain. saya akan cuba update dalam masa tak lama lagi wokeh..