...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Thursday, January 19, 2006

ainanurilqalbi

ntah ade atau tidak cahaya di hati ini,
di kala sunyi rasa menusuk sekali,
kabur tak nampak jalan yg bakal dihadapi,
tak tau bila akan sampai ke destinasi

ntah hidup ke tidak hati ni,
tak nampak dah mana yg untung,
masa satu yg rugi,
Betul ke tidak simpang yg dilalui,
apa yg dah jadi?

ntah hitam ntah ke putih hati ini,
amalan hidup ntah apa,
kalau betul tak apa..
kalau tak?
biar tuhan jadi penimbangnya..

rasa gelap,
rasa hitam,
rasa mati,
Dimanakah cahaya hati ini...



Friday, January 13, 2006

SaLaM EiDuLaDHa - MaKaN-MaKaN

--------------
Juadah yang terhidang...
--------------
--------------
...untuk menjamu tetamu yang hadir....
--------------

--------------

....dimasak oleh hanya yang pakar sahaja...


--------------

--------------

... dan sesudah itu....

--------------

--------------

...inilah hasilnya....

--------------



Friday, January 06, 2006

salam dari perantauan...

arakian... dalam kesayuan menyambut eiduladha di perantauan... aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari tangan hingga ke hati... dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.. dari 'to' hingga ke 'cc'... seandainya selama ini aku ada mengguris hati dan perasaan korang semua... maafkanlah aku...

isk isk isk.. aku nak balik sebeno nyeh tapi apakan daya abah aku tak kasik balik... tp mmg reasonable juga reason2 abah aku utk tidak balik.. cuti pon tak dapat sampai rabu.. dpt isnin jek.. nak tumpang orang. orang tuh balik sampai rabu.... nak balik sendiri modal plak tak mencukupi.. namun begitu.. aku berharap aku akan dapat bersama-sama merayakan eiduladha bersama2 yg tidak pulang kali ini dengan meriah sekali...

jesteru.. bagi merealisasikan impian aku dan yg lain yg tak balik dan beraya di perantauan.. aku telah terfikirkan beberapa menu utk dicubamasakkan sempena eiduladha ini.. menu-menunya adalah seperti berikut:

1. bihun soto + begedil + nasi impit
2. lemang + rendang ayam
3. kuih bakar mak ina (satu2nya kuih raya yg ada, nanti kitorang beli sekotak ek...)
4. air oren sunquick/sebarang jenis air
5. lain-lain (jika ada)

jesteru.. kepada yang tidak pulang... semoga kita dapat meraikan sama seperti kita berada di kampung halaman kita.. sekiranya ada menu tambahan atau bantahan.. boleh juga.. kita kan demokrasi... ikut suka hati sumer orang la kan..... kepada yang pulang.. jgn ler jeles pulak sebab korang pon bisa makan sedap2 macam kitorang cuma tak dapat la merasa masakan kitorang yg sedap inih... (kecuali ada lebih dan disimpan utk korang ke)

oleh sebab yang tinggal nya tiga orang jek.. campur sepupu kepada yg sorang tuh... lalu aku telahpun menjemput rakan2 kita yg juga beraya di perantauan atau yg mmg dok kat sini (e.g norli & husband) utk datang ke umah kita utk beraya.. budak-comei-lagi-kulit-lawa-lagi-sore-sedap pon ader gak menjemput spt lisa, cik aa, zaza dan lain2... budak-comei-lagi-realistik-lagi-kuat-perasan pon leh gak kot mengajak yati dan kawan2 nya yg lain yg dia rasa nak jemput dtg ke umah... ari raya eidulfitri tu tak dpt wat mkn2 so kita 'cuba' la wat kali ni... ikut suka ati la kan.. tapi nanti kang kasik la estimate figure supaya nanti kita nak masak senang...

namun begitu.. andaikata sejenis penyakit menyerang tatkala kegembiraan melanda iaitu penyakit 'meem'.. mungkin kita akan tunda rancangan kita ini di lain masa...

sekian, harap maklum...


------------------------------------------

kepada yang lain yang membaca post ini dan rasa2 cam nak datang tuh.. bitau la ek.. nanti kang sumer mai serbu tak cukup makanan laks... nanti senang kitorang nak bajet.. wat sehari sahaja.. hari selasa.. jemput la ek....

---



Tuesday, January 03, 2006

Bersamamu....

Salam tahun baru buat semua kroni....

Tahun baru 2006 dirasmikan oleh salah sorang rakan kroni kita yang melangsungkan pertunangan beliau pada 1 Jan 2006 berlokasi di rumahnya @ Taiping. Tidak ramai yang dapat mengikutinya kerana majlisnya pun namanya 'pertunangan' kan dan jatuh pula di hari public holiday ramai blk kg.. walaupun agak grand ler jugak dgn 2 khemah di hadapan rumah.. huhuhu... temanya pink.. yang best nya org2 yg pegi tuh tak bawak camera... sib baik la enpon memasing canggih2 belaka.. dapat la tangkap gambo dlm enpon masing2.. tapi tuh la.. kalu dapat dan reti nak upload.. org2 yg berkenaan tuh akan upload la kot.. huhuhu..

Lantaran mejlis yg telah di adakan.. maka tuan empunya diri yg telah diikat itu merupakan ahli kroni kedua yg bakal mengorak satu lagi langkah besar dlm hidup mereka.. yeah.. bagaimana dengan yang lain2? rasa2nya ramai juga yg bakal menjejaki mereka dlm thn ini (mungkinkah???), lantaran umoq masing2 bakal mencecah suku dekad pada tahun ini.. hurm... (sedaq2 la diri oii...) tapi apa2 pun.. jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan... jika ada jodoh, tak kira cepat atau lambat, bersama juga akhirnya kan???

Untuk aku, tahun ini masih samar buat aku... belum sempat lagi nak buat plan apa2.. tunggu je lah ek... bulan ni ke.. bulan 4 ke.. bulan 8 ke.. bulan 12 ke.... tahun depan ke.. tunggu je ler..

------------------------------------
Bersamamu (Siti Sarah)

Jangan diucap selamat tinggal...
Pada diriku yang menantikanmu...
Telah kau tunai seribu janji...
Satu kau mungkiri hidup bersamaku...

Tidakkah kau kasihan kepadaku...
Yang mengharapkan cintamu...
Mengalir airmataku...
Merintih dalam pilu bila kau berlalu...

Serikan semula mahligai hati yang lara...
Bertahun lama ku tunggu... bertaut cinta yang satu (lalu)...
Berikan ku cinta... sembuhkanlah luka lama...
Selagi kasih membara... daku setia selamanya...

Jangan diucapkan perpisahan...
Sayup suaramu menghilangkan rindu...
Pasrahku di dalam kerinduan...
Kasihku padamu subur di hatiku...

---