...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, January 14, 2011

Salams kembali cik leli..

Akhirnya... ada juga kabar beritanya dari kalian. Aku pun minta maaf laa sbb dah lama tak contact kalian semua akibat musibah yg melanda hp ku. Hilang semua nombor.. jadi kalau korang sms aku jgn jupa letak signature yer :D..

Best nyer bertambah anak buah dah.. Alhamdulillah.. samalah ngan aku. Tapi aku lambat sket, anak buah aku InsyAllah lahir bulan March ni. 2 baby sekali gus. Satu anak adik aku, satu lagi anak sepupu yang dok depan umah aku tu... satu boy satu girl insyaAllah. Semoga semuanya selamat. Adik aku yang lelaki bawah aku tuh pulak nak kawen bulan 2 nih. 4 Feb kat K. Terengganu, dpt org Ganu gak dia.. huhuhuhu. Tapi aku tak dapat balik sbb cuti sekolah bulan 3 aku nak balik lagi untuk urusan pendaftaran kawen aku pulak :D. Jadi berita baik untuk korang.. insyaAllah aku nikah 28 May 2011. Walimahnya 29 May. Aku akan hantar jemputannya nanti yer. Walimah sekali dgn adik lelaki aku. Momay macam mane? dah set ke tarikhnya bila? korang update aku nanti yer..

Rindu betol ngan korang semua. Aku ni pon kalau balik kg.. jadi macam malas btol nak kluar jalan-jalan. Aku paham kalau korang dtg kk pon bukan untuk bersantai-santai.. pasti atas urusan kerja. Jadi kalau tak sempat nak call tu standard laa. Kalau aku pun mungkin jadi macam tu.

Aku kat sini masih ok.. tapi ada dah hosmate aku yg dah dapat pindah balik semenanjung sorang. Dan sorang lagi dah kawin, jadi kurang dua orang dah.. macam sunyi laa jugak takde diorang tu. Biasalah kawan lama tak sama dengan yang baru. Masuk 2 orang yg baru.. cikgu jugak. Orang semenanjung jugak. Alhamdulillah laa ok. Risau gak aku kalau tak ngam, merana laa hidup aku.

Sekolah pon masih yg sama. Dulu kan masa korang datang kelas aku tgh renovate, sekarang dah siap dah. Masuk 2 tahun dah dok kelas baru. Alhamdulillah karenah budak-budak ngan mak ayah diorang kat sini ok semua. Tak banyak menyusahkan aku. Boleh buat kerje dengan tenang.

Bila korang nak datang sini lagi? aku ni lepas nikah mungkin nak minta tukar balik kot.. kalau dapat. Tengok keadaan.. jadi kalau ada sesape nak melawat sandakan ni lagi, cepat2 laa sebelum aku dapat pindah balik semenanjung. Boleh makan ikan bakar byk2..

Kirim salam aku untuk yg lain-lain ye.. ina, deqno, momay, farah, zaza.. kalau ada kelapangan bulan May nanti, datang la kenduri aku. Doakan segala urusan ke hari itu lancar ye.. amiinn..


Gambar korang dtg sandakan dulu tu..

sokkies



Sunday, January 09, 2011

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: AGAR BERPISAH TIDAK GELISAH

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: AGAR BERPISAH TIDAK GELISAH: "Sukar untuk saya menggambarkan rasa hati. Kerana itu, saya sering tersenyum, berfikir dan mencari makna ketika membaca komen daripada teman..."