...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Thursday, December 29, 2005

Trip to Taiping

As'kum sumer...

ekoran drpd sms yg diterima drpd cik bakal puan nor fadliza niah ahamad, sy dgn ini, ingin memaklumkan bahawa satu rombongan kroni terakhir bagi tahun ini ke tepeng akan berlangsung pada hari sabtu terakhir di tahun ini, selepas habisnya kelas ina dan memei akan bergerak lah AEB214 ke ipoh, dengan membawa 3 dara pingitan leli, ina dan memei, singgah sebentar di slim river mengambil deqno di situ..

sesampainya di ipoh, tidak lah tahu bagaimana norhaslina nak sampai ke kuala melainkan ayahnya datang mengambilnya di ipoh ataupun dia mengikut AEB214 pd hr ahad pagi yg hendak ke tepeng (nanti letak jek dia kat kaw rehat sg. perak)... untuk makluman si dara pingitan ina tidaklah dapat meneruskan perjalanan ke utara semenanjung kerana langkahnya lebih berat ke pantai timur... siapalah kita yang hendak menghalang hasratnya itu kan...

jesteru... di pagi ahad pertama di tahun hadapan.. bermulalah kiranya perjalanan ke tepen dengan singgah dahulu di taman meru 2c untuk mengambil tuan puteri lindungan yan yang turut ingin mencemar duli menghadiri mejlis gilang-gemilang ituh....

sesudah habisnya mejlis itu.. eloklah kiranya kita yg pergi itu berjalan2 di sekitar bandaq tepen (kalu nak) ataupun pergi ke kuala membeli labu ke atau pergi ke kg kuak menziarahi pakcik hamid.. tapi kalu pakcik hamid tadek tak sampai lagi dr negeri besannya ituh... apakan daya terpaksa lah meneruskan perjalanan ke rumah pakcik mohamad dan bermalam di situ sahaja... oppsss. tidak lupa juga untuk menghantar tuan puteri kembali ke singgahsana baginda di rumah pakcik azmi dahulu...

arakian.. pada hari senin pertama di tahun hadapan.. setelah segala penumpang dr kuala, tmn meru 2c, slim river, menantu tak jadi pakcik mohamad dan drebar telah bersedia, tidak kira lah di pagi atau sore hari.. bergeraklah AEB214 kembali ke kotaraya kolumpo untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja TM yg merintis kemungkinan...

buat tuan puteri farahsu.. kisah ini hanya untuk makluman sedari... sekian, terima kasih.



Wednesday, December 28, 2005

Lamanya...

Lama sungguh tak berkunjung ke sini...
bermacam perkara telah terjadi...
yang pergi tak kembali...
yang tinggal terus menyepi...
yang dinanti tiada pasti...

Lama sungguh tak berkunjung ke sini...
ada yang gembira meniti hari...
ada juga yang makan hati...
ada yang riang di sana sini...
ada juga yang senyap sunyi...

Lama sungguh tak berkunjung ke sini...
pohon maafkan diri ini...
tiada kemampuan diri...
untuk berkarya di sini...
lantaran kesibukan mengejar duniawi...


isk isk isk isk isk iskkk....


----------------------------------------------------

Hati terluka (Billy Zulkarnain)

Waktu kita bersama indahnya ku alami...
Waktu kita berdua, janji2 bersemi...
Apapun rintangan dapat kita harungi...
Apapun persoalan dapat kita jalani...

Namun semuanya berubah dalam sekelip mata...
Hati terluka bila ku sedar kau khianati cinta...
Jiwa meronta bila ternyata kau menduakan cinta...
Sungguh ku tak menyangka begini di akhirnya...
Kau tinggalkan ku hati terluka...

Menggamit kan kembali waktu kau lafaz cinta...
Sambil ku sarung cincin sebagai tanda setia...
Menggamitkan kembali waktu kau kesedihan...
Kukesat air mata yg jatuh berlinangan...

Ku terima semuanya dengan tabah...
Mengharapkan ada hikmah...



Monday, December 19, 2005

...never say goodbye

hmm..ini mungkin post yang terakhir saya kat sini. ;) .
selepas hampir setahun, saya rasakan saya patut berhenti membuat posting kat sini. di blog yang dibuat khas untuk sahabat-sahabat kronikiter berkongsi idea dan pendapat yang mana saya rasakan kebanyakan post saya adalah tidak mencapai objektif ini. posting2 saya, saya rasakan lebih bersifat peribadi yang tak sepatutnya di post kat sini. takde 'value added' pun orang putih kata.
buat masa ini saya telah pun menarik balik kebanyakan post2 yang saya rasakan 'personal'. dan dari masa ke semasa saya akan membuat clean up untuk memastikan semua post2 yang tak sesuai tidak berada di sini lagi. kepada semua sahabat-sahabat yang sudi membaca apa yang saya dah tulis kat sini terima kasih banyak2 saya ucapkan.
diharap terus menghidupkan blog ini dengan something yang lebih berguna.selamat maju jaya!
sekian, sampai jumpa lagi!
wassalam.
-farahsu- Dec, 19 2005 9.19a.m.