...thoughts of 'Kami'

++ The Chronicles ++

Friday, March 09, 2012

DEQNO'S ANOTHER UPDATE.....

Hehehe....Sya nak dapat adik....tapi pregnancy kali ni lebih berisiko.....
http://www.deqno.blogspot.com/



Wednesday, November 16, 2011

DEQNO'S UPDATES....





HUHU...FOR MORE INFO...GO TO http://www.deqno.blogspot.com/




Saturday, July 02, 2011

ZAZA'S WEDDING 2/7/2011


UTK BEBEH BEBEH YG BELUM TGK DAN TAK SEMPAT PEGI KE WEDDING ZAZA....

CONGRATS DEAR...MOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT



Monday, May 02, 2011

Jemputan Eksklusif ke Majlis Perkahwinan Saliza & Faizul Amin

Assalamualaikum Kroni Sekalian..

Adalah dengan sukacitanya menjemput bebeh-bebeh sekalian ke majlis walimatul urus ku di Kg. Parit Raja Darat, Batu Pahat Johor pada Ahahd 29 May ni.

Kalau nak datang majlis akad nikah, pada hari Sabtu 28 May jam 9.00 pagi. Sori laa sesangat sebab kad lambat sampai sbb bahagian pengeposan kad masih dalam proses mengumpul alamat..(adik aku le tu ).

Kadnya insyaAllah akan dikirim ke alamat Puan Siti Hajar aka momay dan akan diedarkan kepada kalian semuanya..

Harapnya bebeh-bebeh sekalian dapat datang memeriahkan majlis ku ini. Rindunya ngan korang semua.. mmuuaaaahhh!!





Friday, March 11, 2011

TEKA??? SAPER NI???

Wassup my dearest friends..teka saper dlm gambar ni??


Nak citer lanjut???? p la kat http://www.deqno.blogspot.com/
Muahahahaha............



Friday, January 14, 2011

Salams kembali cik leli..

Akhirnya... ada juga kabar beritanya dari kalian. Aku pun minta maaf laa sbb dah lama tak contact kalian semua akibat musibah yg melanda hp ku. Hilang semua nombor.. jadi kalau korang sms aku jgn jupa letak signature yer :D..

Best nyer bertambah anak buah dah.. Alhamdulillah.. samalah ngan aku. Tapi aku lambat sket, anak buah aku InsyAllah lahir bulan March ni. 2 baby sekali gus. Satu anak adik aku, satu lagi anak sepupu yang dok depan umah aku tu... satu boy satu girl insyaAllah. Semoga semuanya selamat. Adik aku yang lelaki bawah aku tuh pulak nak kawen bulan 2 nih. 4 Feb kat K. Terengganu, dpt org Ganu gak dia.. huhuhuhu. Tapi aku tak dapat balik sbb cuti sekolah bulan 3 aku nak balik lagi untuk urusan pendaftaran kawen aku pulak :D. Jadi berita baik untuk korang.. insyaAllah aku nikah 28 May 2011. Walimahnya 29 May. Aku akan hantar jemputannya nanti yer. Walimah sekali dgn adik lelaki aku. Momay macam mane? dah set ke tarikhnya bila? korang update aku nanti yer..

Rindu betol ngan korang semua. Aku ni pon kalau balik kg.. jadi macam malas btol nak kluar jalan-jalan. Aku paham kalau korang dtg kk pon bukan untuk bersantai-santai.. pasti atas urusan kerja. Jadi kalau tak sempat nak call tu standard laa. Kalau aku pun mungkin jadi macam tu.

Aku kat sini masih ok.. tapi ada dah hosmate aku yg dah dapat pindah balik semenanjung sorang. Dan sorang lagi dah kawin, jadi kurang dua orang dah.. macam sunyi laa jugak takde diorang tu. Biasalah kawan lama tak sama dengan yang baru. Masuk 2 orang yg baru.. cikgu jugak. Orang semenanjung jugak. Alhamdulillah laa ok. Risau gak aku kalau tak ngam, merana laa hidup aku.

Sekolah pon masih yg sama. Dulu kan masa korang datang kelas aku tgh renovate, sekarang dah siap dah. Masuk 2 tahun dah dok kelas baru. Alhamdulillah karenah budak-budak ngan mak ayah diorang kat sini ok semua. Tak banyak menyusahkan aku. Boleh buat kerje dengan tenang.

Bila korang nak datang sini lagi? aku ni lepas nikah mungkin nak minta tukar balik kot.. kalau dapat. Tengok keadaan.. jadi kalau ada sesape nak melawat sandakan ni lagi, cepat2 laa sebelum aku dapat pindah balik semenanjung. Boleh makan ikan bakar byk2..

Kirim salam aku untuk yg lain-lain ye.. ina, deqno, momay, farah, zaza.. kalau ada kelapangan bulan May nanti, datang la kenduri aku. Doakan segala urusan ke hari itu lancar ye.. amiinn..


Gambar korang dtg sandakan dulu tu..

sokkies



Sunday, January 09, 2011

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: AGAR BERPISAH TIDAK GELISAH

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: AGAR BERPISAH TIDAK GELISAH: "Sukar untuk saya menggambarkan rasa hati. Kerana itu, saya sering tersenyum, berfikir dan mencari makna ketika membaca komen daripada teman..."



Friday, October 15, 2010

salamss cik sokkies...

no wonder aku terasa cam nak masuk sini hari ni setelah sekian lama.. dekat setahun apa.. huhuuh.. aku pun rindu kat ko sok.. takde ke ko nak dtg kl ke.. sori la ari tu aku gi kk kejap 2 hari setgh - pegi 29 sept ptg blk 1 oct pg.. out station.. tak sempat nak call ko.. lg pun tgh minggu susah juga ko mau turun kk kan..

sori lah sudah agak lama tidak meng kontek mu.. mmg la sgt bz sampai lupa dunia sekejap.. utk makluman.. adik aku si husna itu sudah pun bersalin baby girl 3 september yg lepas.. nama nye nur amani... spt biasa, aku musti lah suka kan men ngn baby nih.. thn ni jek dh ada 3 kazen aku kt kl ni beranak - 2 baby girl, 1 baby boy.. sumer beranak dekat2 - bln feb ngn mac hr tuh.. so sgt meriah lah hidup aku sekarang nih.. kalu tak pegi umah mkck aku men ngn anak kazen aku, aku blk ipoh la tgk anak sedara aku yg sulung ituh...



ape kah cerita mu skarang wahai cik sokkies.. td aku jumpa budak2 nih.. lunch sesame.. ade deqno, ina, farah n noly.. yan n momay tak berkesempatan nk joins.. anyway.. semoga kita stil keep in touch lah.. aku ni bkn nye tak ingat kan korg.. cuma kdg2 jer "terlupa"... maklumlah insan biasa...



Thursday, April 15, 2010

Di manakah kalian??..

Nampak nya masing2 sudah sibuk dengan urusan masing2.. yang sudah bersuami, pasti sibuk menguruskan suami.. yg sudah naik pangkat, pasti bertambah2 beban kerja.. masing2 sibuk memikirkan masa depan. Apalah kabar semua orang yer.. missing all of them badly. Do yall miss me??



Monday, October 05, 2009

JEMPUTAN PERKAHWINAN - 10 OKTOBER 2009






Assalamualaikum Wbt. dan Salam Satu Malaysia,

Dear Kakak-kakak, abang-abang dan rakan-rakan yang disayangi sekalian......

Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput semua rakan taulan ke Majlis Perkahwinan kami pada 10 Oktober 2009 di Slim River, Perak atau 17 Oktober 2009 di Shah Alam, Selangor. Pasangan dan ahli keluarga juga adalah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis kami.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Aidil Fitri dan Maaf Zahir & Batin.

Doakan semoga hubungan yang baru dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Jemput datang ye.....